Thursday, December 30, 2010

emmm..

i was on leave for quite a few days.. since friday lepas sampai la semalam.. arini masuk keje sebab nak siapkan yearly report.. oh baru ku tahu esok jumaat cuti disebabkan menang menang menangg!!

so tadi malam aku mimpi yang aku dapat surat kena tukar kat certain department.. and pagi-pagi sampai opis aku tatau nape aku terus belek tray masuk aku and there ada satu surat dalam sampul yang tulis 'sulit'.. aku amek bukak and tengok.. yup btol kena tukar and boleh dikatakan 90% btol mimpi aku tu sebab the same name of department yang aku kena pindah..

tarikh pindah isnin depan ni.. yeah rightttt.. nak siap serah tugas, kemas bilik and everything dalam masa satu hari ni.. brilliant.. aku takde apa-apa perasaan langsung.. aku tak rasa happy ke sedih ke confused ke apa ke memang takde.. kosong jek rasa buat masa ni..

well maybe sebab aku dah tau sooner or later memang aka kena pindah dari sini.. aku dah few years dok sini.. but then tukar tempat in short notice is not something i'm looking forward to.. duhh.. dahler isnin depan ni aku dah cadang nak cuti sebab both of my girls masuk school.. yeahhh skang aku dah termasuk dalam golongan parents yang akan amek cuti on first day of their children went to school..

so better skang ni aku ngadap la buat yearly report, then siapkan nota serah tugas, then kemas bilik.. emmm..

Thursday, December 23, 2010

my beijing trip part I

early this month, my colleagues and I plus few other department's staff headed to Beijing for about 6 days 5 nights.. its actually a part of company punya program.. urusan rasmi + pelancongan juga.. so seperti biasa aku perlu jot down my experience for future reference.. iyolah mana tau nak poie lagi..

on 5th Dec tu kitorang naik flight Air Asia kat LCCT dalam kol 0830, sebab penerbangan adalah selama 6 jam, maka aku berdoa supaya banyak seat kosong untuk aku berpindah ke seat2 yang x pack.. luckily flight tidak bape penuh, ada a lot of tempat kosong, so sebaik sahaja selamat untuk bergerak aku trus memburu krusi kosong dan conquer terus 3 seat kosong dan bleh tido dengan amannya sepanjang perjalanan (tapi tak begitu aman sebab aku telah pilih seat belakang sekali yang dekat dengan pintu toilet dan pintu toilet tu jenis tak reti tutup diam-diam setiap kali orang kuar masuk mesti gedegang gedengang bunyinya, nasib baik x busuk)

disebabkan lamanya terbang maka perlu makan dalam flight, dahler menu pilihan tak banyak pastu sebab aku dok belakang bila time aku, menu yang aku harapkan nasi ayam hainan dan abih yang ada cuma Vegetarian Kung Pao Chicken With Rice.. hmmpph tak sedappp!! tapi sebab lapor maka makan sampai habih tak toleh kiri kanan sampai sorang pramugara tu lalu terus tegur amboi sedapnya makan tak toleh kiri kanan.. nampak na aku tengah melantak dengan burok dan khusyuk sekali.. ces..

Tido bangun borak tido bangun borak last-last dalam kol 1500 kitorang sampai ler ke Tianjin Airport.. oh disebabkan Air Asia takde flight terus ke Beijing maka perlu ke Tianjin dolu dan amek bas ke Beijing yang akan ambil masa lebih kurang 2 jam.. sebelum kuar flight sume orang dah kuarkan winter coat memasing dan ada yang sarung stokin sampai 2 helai sebab badan tak kalis sejuk.. langkah jek kuar dari pintu flight dah rasa angin sajuk serbu muka.. ouuu i likeee (terus terang i sangat jakun okay sebab belum pernah pegi negara pada musim sejuk and aku suka sejuk-sejuk ni).. excited giler sume orang hehe..

Lepas setel imigresen amek beg segala, kuar-kuar tu Tourist Guide, Henry dah tunggu dengan pegang nama member kitorang yang jugak kiranya ketua la dalam tour kali ini.. tunggu sume orang kumpul kitorang pun kuar la dari Airport itu dan sekali lagi 'huaaaaaa sejukkkkkk gilerrrr'.. yelah dalam airport tadi sah-sah ler ada heater so idaklah rasa sangat sejuknya.. dok luar amek ko nganga jek mulut terus berasap-asap kuar..

Sempat lah kitorang snap-snap picture dolu depan airport tu.. pelancong kan kejenya memang amek gamboooo jek kejenya.. masa ni dah dekat kol 1600.. suasana sekeliling nampak berkabus dan suram.. pokok-pokok sume togel-togel belaka takde daun.. ranting jek tinggal.. tak silap suhu dalam sekitar 7 - 8 degree celcius.. kitorang naik bas yang dah sedia tunggu dan gerak ke Beijing..


Masa Beijing ngan Malaysia adalah sama iaitu kalo Malaysia kol 4 petang maka di Beijing pun kol 4 petang cuma musim sejuk ni siang pendek sket, kol 5 dah gelap dah masuk Maghrib.. Subuh masuk cam biasa dalam kol 0535 gitu, zohor masuk dalam 1230 kot, asar masuk dalam 1500++ dan maghrib masuk dalam 1655 lebih kurang. isyak masuk errr lupa lak dalam 1830 tak silap..

Sampai ke Beijing first thing first adalah dinner, masa ni dah kol 1800 gitu, dah malam perut sudah berkeroncong.. makan dekat restoran muslim.. memacam lauk ada.. banyak sayur-sayuran.. timun adalah antara menu wajib kat sini.. hari-hari lantak timun, nasib baik timun dia sedap.. minum pun hari-hari teh cina.. air masak kadang-kadang ada kadang-kadang takde.. teh cina teh cina teh cina..


Lepas makan kitorang dibawa gi tengok acrobatic show, masa ni dalam kol 1900 makk aiii sojukkk sangatlah sebab angin kuat giler.. sebenarnya stakat sejuk jek bleh lagi tapi kalau datang bersama angin kuat erghhh tak tahannn.. kitorang sempat singgah jap kat muslim mini market.. just beli air-air sahaja rasanya..

acrobatic show ni dalam sejam lebih kot entah ek lupa lak nak tengok jam.. memacam ler show-show dibuatnya.. ada gak yang aku rasa nak tertidur tengok sebab dahler suasana kat tempat dok penonton gulap gulita kan pastu kepenatan memang sangap arr.. aku rasa aku ada dengor dengkuran dari selang beberapa seat dari aku.. orang tak penuh sangat dalam tu.. banyak pelancong jek la.. rasanya mcam ramai Russian..

oh acara muto ni aku kagum sekalik.. diorang leh pusing laju-laju ramai-ramai dalam sfera kecik tu.. gilos ar..

so itu aktiviti untuk first day.. xdelah banyak aktiviti yer tapi bercerita panjang lebar tak kuasa orang nak baca kan.. ala-ala baca skip-skip jek.. huahaha..

Wednesday, December 22, 2010

friend again??

yesterday pagi-pagi aku bukak fb tiba-tiba ada beberapa request untuk jadik kawan.. ada yang aku memang tak kenal langsung dan ada yang aku rasa macam kenal dan ada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab memang aku kenal..

dolu-dolu aku approved jek sape nak jadik kawan.. sebab masa tu aku giat main Mafia Wars so bagi mengukuhkan kumpulan mafia aku, haruslah aku add sape jek yang main Mafia Wars.. but then dah lama aku tinggalkan segala game dalam fb yang menyebabkan aku tinggalkan dunia fb (nampak sangat la takde kawan pastu bukak fb setakat nak main game ajek).. so bila gitu, aku mula delete orang-orang yang tak berkaitan dalam kehidupan sebenor aku (Mafia Wars people dan orang-orang yang dok promote MLM ke Jana duit hari2 ke dan yang sewaktu dengannya)

sume rakan-rakan dalam fb aku buat kategori, dari kategori sekolah rendah, sekolah menengah ada 2 group sebab geng dari Form 1-3 dan geng dari Form 4-5 (sekolah lain-lain kekdahnya), pastu group masa blajo kat U, group tempat kerja pertama, group tempat kerja kedua, family nya group dan lain-lain lagi lah.. dalam 11 group sumenya.. siap ada group unsure iaitu masa aku tatau sapekah yang add aku lalu aku bantai approved jek, maka mereka dikategorikan sebagai unsure..

oh berbalik pada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab request friend ni adalah kerana sebelum ni memang kitorang friend pun dalam fb hinggalah aku dan member aku sorang komen something kat wall fb dia.. actually komen tu biasa jek pun takdelah pedih ati punya komen sangat pun, member yang sensitif sangat, dah dia yang dok mula kutuk-kutuk orang pengurusan itu la ini la dan sah-sah member aku tu dok buat benda yang dia dok kutukkan, so kitorang just bagi komen membina jek kat post dia tu.. pastu tetiba dia kata 'oh bahaya ni ada officer spy' and the next thing we knew, he removed us from his fren list.. well it's a joke for us, we laughed at it.. ayooo tak matang btol sesetengah orang ni.. takpelah kitorang memang tak amek ati langsung plus actually kitorang rasa relieved sebab takkan wujud lagilah post-post dia yang kejenya nak salahkan sume orang dalam dunia ni..

so bila tiba-tiba dia request friend balik ni memang aku berdekah sangat.. member aku siap kata'dia tu apahal, dah gila talak?' huahahah.. so skang aku tak sure whether nak approved ke tak.. memang tak kesah tak terasa ati bila dia removed kitorang cuma pkir kang friend balik tak sanggup plak nak tengok post-post status dia yang penuh amarah tu.. akan dipikirkan..

Tuesday, December 21, 2010

there goes my anniversary..

my 5th anniversary is coming.. for once i feel like i want to celebrate it.. takpenah celebrate ko.. mana taknya.. tahun pertama kedua aku tengah sibok pantang.. huahaha.. tahun ketiga keempat eh nape ek.. tak ingat plak nape tak buat apa-apa.. tapi sebab kitorang ni memang jenis tak reti romantis romantis tak macam all lovey dovey couple yang lain.. maka anniversary is just like any other day..

so aritu cakap la ngan danda apa kata kita cuba brangan untuk celebrate.. nothing special sangat la.. just spend a day together ke pi simple dinner ke apa.. hehe.. but then danda cakap cemana nak together gether.. jiran sebelah kan buat keje kawen.. and sperti yang diciterkan sebelum ni, kan ke diorang nak tumpang umah kami.. hok aloh.. yer xyer.. sah2lah kitorang pun kena la rewang merewang jugak yer.. takkan nak nyombong, 'hah nak pakcik amek la kunci umah kitorang ni, kitorang sbok xleh tolong' huahahaha.. eh masih baik gitu sebab bagi kunci umah.. takpelah berkorban ler ni.. lagipun jiran kami ni memang baik.. bukan selalu pun mintak tolong.. small matter jek la tu kan.. so there goes my anniversary..

Monday, December 20, 2010

umah sewa oh umah sewa

weekend smalam diabihkan dengan menyiapkan umah macam nak buat keje kawen adanya.. jiran sebelah nak kawenkan anak dia, kitorang yang beriya2 dok cat umah segala.. mana taknya, aritu jiran datang bagitau majlis anak sulung diorang 25 Disember ni, diorang nak tumpang umah kitorang kat garaj depan untuk orang bungkus berkat.. ok no problem cuma bila tengok balik burok benor area depan tu dengan cat murah yang sudah berbelak-belak, buat ilang selera pembungkus berkat jek nak buat keje makanya danda ngan adek dia pun dok la mengecat semula.. takdelah cat lawa mana sangat pun, buat cover area burok sahaja..

tu lah kan bila dok umah sewa ni, memang tak bape minat nak kejekan umah cantik-cantik.. katanyaaa.. entah-entah dok umah sendiri nanti pun sama sahaja kekdahnya.. tetap malas segala.. apa la salahnya pun kan dok umah sewa cantik-cantikkan sket.. ko gak yang dok dalam tu beranak pinak kat situ..

semalam gak berjam-jam danda dok ngadap nak kejekan sinki kat bilik air yang terbakor aritu.. ha amek ko sinki kat bilik air terbakor.. bibik aku buat keje bijak.. pasang lilin kat situ tak bubuh alas, bubuh jek kat alas tempat letak sabun segala yang hanya berunsur plastik tu.. sudahnya mencair semua dengan sinki sekali abih.. sinki tu lak jenis fiber apa ke.. musnah segala.. punyalah lama dah terbakor baru skang nak buh sinki baru.. tak ke rajin sume orang dalam umah ni.. hehehe..

Friday, December 17, 2010

their birthday..

today is Adrieyana's 3rd birthday, last 30th Nov was Alisyia's 4th birthday.. dah besar anak2 itu.. time flying so fast.. they cheer me all the time.. bayangkan everyday balik keje tengah bukak pagar rumah, they stand in front of the grill and sing 'ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku.. bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu..' and i smile i laugh with joy in my heart.. i love u girls.. membesarlah jadik anak yang baik yang solehah..

Thursday, December 16, 2010

thinking of writing something in here again..
untuk mengingatkan diri sendiri about things happen around me.. coz i found out that my blog helps me remember a bit of whats revolves each day or week or month.. i tend to forget a lot of things though i think i'm still young.. duhhhh..

Wednesday, July 28, 2010

babooss

smalam birthday danda.. so kena la jalan-jalan carik makan.. aku tak reti la bab-bab nak jjcm ni.. so bukak la page 'Tempat Makan Yang Best & Menarik Kat JB' kat FB.. maka dengan gigih la aku baca thread lama mencarik idea..

Ada macam-macam jugak tempat makan yang diorang rasa menarik yek.. some yang aku dah tau and some langsung tak dengor.. aku macam tertarik ngan seafood Mandela kat Pontian ek.. uishhh tapi jauh ler bebenor.. sampai kang sume anak-anak sudah terbongkang tido plak.. eh bleh makan dengan aman ek.. heheh..

Carik punya carik rasa terminat lak dengan ada satu Restoran Baboos.. penah dengar sebab ada member penah sebut.. lokasi kat Taman U area Mama Chop Papa Grill.. specialty dia western food.. aku makan grilled lamb chop.. hmm quite yummy la.. rasa gravy dia lain dari lain.. pekat.. ada masam manis pedas (mcm 3 rasa la plak kan), aku tuduh ada sdikit rasa sos prego utk spagethi.. erkk mungkin tak benar.. aku buat tuduhan jek.. harap x menjejaskan apa-apa.. price dia pun ok.. cuma agak lambat benor u nak tunggu makanan sampai.. kalo ko datang dengan agak kebuluran, maka mungkin tiba-tiba bleh jadi singa kembang-kembang rambut ke tudung ke sebab marah.. hehehe.. aku lak nasib baik sebab posa siangnya pastu masa buka dah makan roti john yang glamer dekat uda..

kek birthday danda.. kes lapis masam manis eh asam ke masam.. tatau.. hehehe.. sedapppp u.. bukan buat tempah ngan mak arah kat kota tinggi.. jauh kek ini didatangkan khas okayy..

ini lamb chop.. sedapp..

ini fish n chip untuk kanak-kanak riang ria yang sik berlari sana sini lupa nak makan.. sedap kot (aku tak rasa)

lain-lain takde gambo sebab lambat sampai dan bila sampai sume orang makan pantas..

semalam kiranya amek 3 lamb chop, 1 beef steak, 1 chicken chop, 1 fish and chip, 1 mushroom soup, jemput-jemput udang sebakul (ada 5 pieces sebesor diameter 6 1/2 inci hahaha yekyyer aku main tibai anggar), 2 nasi goreng kampung cili padi, 2 mee hailam, 1 wanton soup, 4 air durian belanda (fresh squeeze), 5 kiwi (original buah katanya jugak), 3 fresh orange (rasanya ini jus rahul jusss) price dalam RM 160.. boleh boleh..

lain kali bleh datang lagi kot.. tapi takleh datang rreramai.. oh teringat lak ada orang penah kata nak belanja aku kat sini.. mungkin aku cuba tuntut lenkali.. heheh..

Tuesday, July 27, 2010

crazy toy sale


baru-baru ni aku ada baca pasal crazy toy sale kat OZ every July from Salam2Benua. its one of my hari-hari baca blog.. hehehe aku just silent reader la a.k.a stalker.. hehehe..

so kemarin masa pegi takashimaya kat singapore, terserempak satu crazy toy sale.. pastu terus terpikir.. eh memang toy sale kena buat on july gamaknya..


emm murah ke? pada singaporean murah kot.. yelah S$1, S$5, S$10 longgok-longgok sume.. sume orang jimbit kiri kanan.. me and danda pun join the club.. hehe.. actually niat asal masuk spore sebab nak abihkan duit yang ada dalam autopass kitorang.. memandangkan autopass tu dah nak expired and before ni org kastam tu kata kalo expired dia punya duit dalam tu hangus maka sayang la jugak sebab ada dekat S$90 dalam autopass tu..

so danda cadang nak pi kinokuniya nak beli manga dia.. nak cukupkan manga 'one piece' dengan apa ntah lagi satu tu pasal perang-perang.. mau la aku taktau apa-apa memandangkan manga tu fully in japanese.. haremmmmm.. tapi in the end biasalah, berbelanja melebihi kemampuan gitu.. dah belik buku sambung belik toys.. *pengsan*

hmmphhh.. tak abih-abih manga dia..

the girls sbok membelek buku gak while waiting for ayah carik manga

and aku pun ada gak belik buku citer.. memandangkan stok buku kat umah dah banyak kali khatam.. apa ntah tajuknya 'Fallen' dengan 'All Glitters Are Not Gucci'.. tapi tak start baca lagi.. tapi dah belek selai dua A.G.A.N.G tu rasa mcm tak best sangat la.. sangat overdose rasanya tahap prasan buku tu.. later later..

Saturday, July 24, 2010

jalan jauh

pagi ni bangun pagi-pagi pastu pegi breakfast.. tau dekat mana? mersing! no wonder my MIL beriya suh kitorang balik kota tinggi malam semalam gak.. rerupanya nak ajak gi breakfast kat mersing.. huahahah..

kitorang gi untuk makan nasi dagang.. ada satu warung kat almost bandar mersing, dekat simpang empat entahlah tatau la kawasan mana.. my danda and his family memang dah bertahun-tahun makan situ.. everytime nak gi pahang balik skolah dia sana mesti wajib singgah situ.. sedap kot.. for me memang sedap gak lah.. but is it worth travelling for 1 hour just to have a simple breakfast.. hmmm depends.. me tak kesahlah coz i just slept all the way.. teeheheehehe..

didn't take any picture la.. i left my camera and handphone in a car.. i should remember la next time utk bawak supaya cita-cita untuk bercerita tentang apa yang dimakan menjadi kenyataan..

masa balik nak sampai umah, request kat danda suh belik belangkas.. but then i guess dia dah full sangat so dia takdelah selera sangat nak makan apa-apa so balik jek terus.. ada satu kedai jual belangkas kat kota ni.. glamer.. belangkas mahkota kot orang panggil.. memang sedapp oo.. ok maybe boleh cite pasal tu di masa lain..

Friday, July 23, 2010

*yawwwwnnnnnn*


aihhhh.. its been too long since i wrote anything in here.. lost of interest maybe.. still i don't think i have anything to say now.. i'm too busy in my dreamy world..

i think everything started when i open up a blogshop, (oh and no, of course the model is not me, i'll scared people away if i'm the model), trying to focus on that, but after a while, i'm kind of lost interest in that too.. teehee.. but still going on cuma a little ignored gak coz my working hour doesn't allowed me to do other thing than what i'm supposed to doo.. thats good la kan coz i hope that my makan gaji should be more 'berkat' for doing things i am paid for..

and plus my laptop hates me so much she was now in coma.. can't even turn it on.. oh kan coma of course la xleh turn on.. *sighhhhh* and its still sick at home, haven't bring it to Cytech yet.. too lazy to skip my working hour coz i hate to be back to office and had to 'tawaf' around the parking space for almost half an hour just looking for an available parking lot.. grrr..

oh puasa is just around the corner.. yeayyyy.. maybe i can post new entry everyday.. buat mcm orang-orang selalu buat.. amek gambo makanan citer tiap-tiap ari buka apa.. huahahahahaha.. ha ha ha haaa hmmmmm.. emmm.. ehem ok.. tapi masalahnya lak takde yang menarik la dalam makanan harian aku nanti.. macam dah leh agak dah apakah bakal menu itu..


pics taken from here


pics from hmm haa tu kat gambo tu ada watermark..


this one chef hanieliza punya gambo rasanya


pics from here


pics amek from tu ha watermark kat gambo..

terima kasih kepada empunya gambo.. pinjam yek.. takpe bulan posa kalo aku tak sangap macam sebulan dua ni mungkin aku akan berjaya ambek gambo sendirik walopun tak cantek gambo itteww.. susahlah nak amek-amek gambo.. dengan gendong anak lagi.. bawak hasil belian kiri kanan tangan lagi (wahhh ingat belik jek tak ingat nak masak ke mal oiiiiii).. kat umah kang lak sbok nak hidang lagi.. silat dengan anak-anak lagi.. huargh aiihhh nape la aku tak seterer orang lain yang leh amek gambo proses masak dari mula sampai akhir walopun anak-anak kaco.. terer la.. supermummy..

choii apa aku merepek nih.. sedikit ilang akal kekdahnya ni.. oh berat dah mata aku.. haruslah aku tido rasanya.. layan manga asterisk jap pastu moh la kitaaaaa...

Friday, April 23, 2010

STOP

aku jumpa sign post ini di blog karut ini.. kreatif betul la orang-orang nambah2 macam2 kat sign STOP tu..



kejji.. bersusah payah nampal..



yang ni bila aku tengok jek terus aku sengeh sebab..
aku terus teringat mamat ni..


pastu aku terus nyanyi dengan semangatnya..

ice ice baby
ice ice baby
all right stop
collaborate and listen
ice is back with my brand new invention
something grabs a hold me tightly
ladskjasuh (tatau lirik)
will it ever stop yo i dont know
turn off the light and i'll glow
kshdusagcidhuw (tatau lirik)

selepas2 itu hanya berjaya menyebut

ice ice baby (pastu buat muzik guna mulut)
ice ice baby

sampai abih lagu.. huahaha entah apa-apa..

Monday, April 12, 2010

bunian?? part deux..

maka aku sambung balik citer terputus.. masa dah hampir subuh belum subuh dalam kol 5 cekgu kuar khemah kitorang pun cuba-cuba la bertanya apa yang berlaku? member aku duorang yang mula-mula beristighfar dengan kuat dan semangatnya pun bagitau kenapa diorang terkujat, agak lawak la sbenanya reason diorang terkujat, sebabnya dalam keadaan sekitar yang memang dah agak gelap gelita kecuali dekat area kitorang yang sedikit diterangi dengan lampu gasolin hidup segan mati tak mau itu, diorang ternampak kepala orang tanpa badan, macam seram la dengornya, tapi yang lawak pulak, kepala tu dipunyai oleh member kitorang yang dah bersikap pelik si S tu, adaker patut dia berdiri kat kawasan yang gelap gulita pastu dia gi suluh kepala dia ngan lampu picit.. hahahah mana la orang tak berisgtighfar dengan kuat lagi semangat, badan sume tak nampak tetiba jek ada kepala tergantung.. hahahaha klako sey siseh jek..

tapi bila aku dengar reason diorang terkujat, aku terdiam, diorang pun takde tanya nape aku terkujat sebab sume orang bajet mestilah aku nampak perkara yang sama kan.. aku tak terus bagitau apa yang aku nampak.. apa yang aku nampak? well sebenornya takdelah seram pun, tapi aku memang pasti aku nampak seorang budak perempuan berbaju putih bertudung putih duduk dekat sebelah kawan aku.. dia tak kelihatan solid, dia kelihatan macam satu tubuh badan yang agak telus ala-ala transparent tapi dengan bentuk nyata pasti.. ceh cemana aku nak sampaikan ni.. susah lak nak jelaskan.. paham-paham sudahlah.. aku terus terkujat sebab memang sah-sahlah sebelah member aku tu kosong sebelum tu takde sesape.. aku berderau gak sebab terpikir sape budak perempuan tu? kalo nak kata hantu, err pakai tudung gitu..

so bila siang menjelang kitorang berani la lagi bincangkan balik apa yang berlaku malam pagi tadi. tapi si S ni macam marah sangat bila kitorang bincangkan hal yang berlaku.. dia siap warning kat member aku yang nampak jelas perbuatan dia tu jangan kecoh-kecoh, nanti ada benda ikut sampai balik hostel.. ha lebih kurang gitu kot amaran dia.. aku lak memang masih tak bagitau sesape apa aku nampak.. sebab aku macam tak pasti dek aku sorang jek yang nampak budak tu so takut kang orang tuduh aku buat citer palsu la plak..

tapi sume2 AJK ni dah mula bising sebab diorang kata si S sangat pelik.. tak berapa nak macam dia sangat.. dahler pakai cap secara biasa (si S biasa pakai cap yang awning (uih macam tudung skang lak ada awning) dia tu dia letak kat belakang, pakai terbalik la kiranya).. then yang buat budak2 lain makin pelik masa angkut barang turun dari hutan nak kuar, si S jalan depan diorang, diorang kata rasa macam jauh giler perjalanan lambat sangat, diorang potong jek si S terus rasa macam biasa smooth jek jalan..

bila dah naik train nak balik JB suku jalan si S berubah dah, normal balik.. dia pakai cap macam biasa.. pastu kitorang dok kumpul dalam 6 8 orang kat kafe dlm train tu kitorang tanya dia macam-macam pasal kejadian malam semalam.. dia antara ingat tak ingat.. dia pun tak ngaku dia ada warning member aku pasal kecoh-kecoh tu.. kitorang pelik.. kitorang paksa dia citer apa sbenanonya jadik kat dia..

S pun citer, dia kata masa ari kedua kat bekok, dia tengah round area utan dekat-dekat area camping, dia sorang, dia jumpa sorang budak pompuan, petang masa tu, budak pompuan tu kata nak kawan dengan dia, budak pompuan tu bagi dia something, aku tak ingat apa, tapi S kata dia takde nak bagi apa-apa, budak pompuan tu kata bagi jek apa-apa sebagai tanda kawan so kalo tak silap dia bagi la ada batang kayu ka batu ka apa ntah yang ada dekat situ..

S kata lagi malam tu budak pompuan tu datang dengan family dia tolong kitorang jaga kawasan tu sebab memang agak keras malam tu, kata nya lahhhh.. aku tanya dia, budak pompuan tu pakai tudung putih baju putih ker? ha'a kata S, dia duduk sekali dekat kumpulan yasin (wah macam kumpulan yasin makcik-makcik kat kampung gitu) kitorang ikut baca sekali.. maka tau la aku tak berilusi.. (wehh ayat-ayat aku dalam penceritaan ni sangat skema la lagi bertatabahasa yang tinggi..)

so bila macam tu paham lah kitorang nape S marah-marah pasal makanan buang sepah-sepah.. yelah dalam utan memang tak elok kan.. banyak benda-benda suka.. tapi S kata bukan dia sebenarnya tu.. entahlah aku pun tatau la S tu nak kelentong ke apa.. tapi S ni antara budak yang sangat baik kat sekolah, kurus, tinggi, putih, chinese look, debator sekolah.. memang bagus la budaknya.. tapi kesudahan dia tak berapa baik..

aku tak satu kelas dengan dia, cuma sebab kitorang satu kelab yang sama maka tau lah sket-sket citer pasal dia, dalam seminggu dua lepas camping tu, kitorang dok sembang kat bilik kelab dengan cikgu yang bawak gi camping, S citer idup dia agak tak tenteram, budak pompuan kawan dia kat bekok tu selalu datang tengok dia, kat sekolah pun dia datang, kalo orang ramai-ramai, budak pompuan tu akan perati dia dari jauh, kalo takde orang budak pompuan tu akan datang dekat dia..

pak dia bawak dia gi jumpa bomoh ka ustaz ka aku tak ingat, diorang kata S dah terbond dengan budak tu sebab diorang punya exchange barang, so S kena pegi balik kat bekok tu pulangkan balik barang yang budak tu bagi, S kena naik sendrik tade sape leh teman.. kalo S jumpa budak tu dekat perkampungan dia, maka ketahuilah bahawa S takkan turun kembali dari utan tu.. maka bapak S kena la balik JB sorang-sorang.. tapi nasib baik la, S turun balik, dia jumpa budak pompuan tu sekali dengan family dia, pak mak abang ngan girl tu di kawasan bukan kampung diorang.. cemana S menyeru budak tu tidakler aku tahu.. cuma aku sempat tanya S hensem tak abang budak tu? hensemmmmmm jawab S.. kata S budak pompuan tu pun sangat cantek..

walopun hal tu dah mungkin setel, tapi aku dengor citer lepas-lepas tu S selalu ponteng sekolah, walhal sebelum-sebelum tu rekod dia di sekolah sangat baik, leh dikatakan tak penah ponteng, maka disebabkan strict nya peraturan kat skool aku itu, almaklum skolah ala-ala tentera gitu undeng-undengnya, maka S telah diberentikan skool.. kesiannnn.. tapi sebetulnya apa sebab S selalu ilang takde sape yang tau.. ish ish ishhh.. sejak dari itu aku tak dengor kabo brita S lagi..

huahhh gigihnya aku bercerita.. walopun takde unsur klimaks tapi tetap la aku sanjung kerajinan aku bercerita ni.. maka memang mungkin la kot orang bunian memang memakai baju putih seperti citer sumpah bunian itu walopun aku baru nampak sorang jek.. hehehe...

notes: aku tatau la sejauhmana kebenaran citer si S itu.. anggap je la ni sebagai citer boring-boring nak isi masa luang layan je la malkomal ngan citer merapu itu..

Thursday, April 8, 2010

bunian??

adalah sangat frust kan bila blog malas diupdate.. macam aku tiap-tiap sebelum mula kerja aku akan bukak blog-blog yang aku suka baca dan akan rasa aiseeee takde apa-apa citer diupdate ke kalo orang tu tak update citer.. tapi hal tu berkecuali la untuk blog aku sebab aku sorang jek baca.. dan 2 3 orang kawan2 yang terbaca.. heheh..

aku rasa sepanjang aku berblog selalu benor ada tajuk pasal blog berabuk la bersawang la.. eleh.. ntah apa-apa aku ni.. aku sebenornya skang tak sibuk tapi aku malas dan aku takde idea.. rutin harian aku terlalu sama.. takde apa yang menarik.. kalo ada satu dua benda menarik pun aku terlalu malas nak tulis apa-apa..

eh apa kena mengena ngan tajuk ni.. oh ok balik ke landasan tajuk.. last week masa aku ikut danda pi kl, sementara tunggu danda balik keje, dok lepek2 dalam bilik hotel terbukak tv3 kot ada citer sumpah bunian.. sumpah aku tapenah tengok citer ni walopun penah dengar pasal citer ni.. apa nak buat.. tv kat umah cuma ada sebijik je pastu 24/7 ngadap 612, 613,615,616 astro.. harap paham yek anak tengah membesor naik memang itu jek dia nak tengok..

so sebab aku tau la serba sedikit citer pasal sumpah bunian ni lebih kurang pasal nora danish ni anak bunian yang suka kat lelaki dunia kan maka paham la sket jalan citer.. tapi apa yang aku tertarik ialah pakaian orang kat dunia bunian.. sume putih kan.. so memang btol ke orang bunian sume memakai baju putih sahajork?

jadik aku terus terimbau kenangan aku tak sengaja ternampak orang bunian.. yeee.. aku pernah nampak orang bunian.. sangat berdebar-debar walopun in glimpse.. peristiwa berlaku sekitar tahun 1997 masa aku bercamping kat hutan bekok.. masa malam kedua kitorang kat situ, dalam kol 8 mlm kitorang ada sesi ceramah, masa tu pakcik guide kitorang sorang pakcik agak tua yang sangat berpengalaman duduk sambil mata dia melilau merenung kawasan di balik pokok-pokok kat situ, abih jek sesi ceramah dalam kol 10.30 malam, pakcik tu panggil kami yang AJK tertinggi. Dia kata dia kena balik malam ni sebab esok dia nak kena bawak orang lain masuk utan, tapi dia tinggalkan pesan, dia kata malam ni agak keras, dia dapat rasa, mintak beberapa org AJK bergilir-gilir baca yasin sampai pagi.. ah sudahhhh..

so kitorang AJK dalam 10 orang, 6 perempuan 4 lelaki pun bergilir-gilir duduk berkumpulan dok baca yasin sementara sume orang lain sodap-sodap tido.. ada sorang AJK ni aku namakan dia S berperangai agak pelik malam tu, kitorang tak berapa nak prasan sangat tapi dapat terasa sket tapi tak pkir apa-apa, dia asek ke hulu ke hilir macam risaukan something, dia dok pusing kawasan camping kitorang pastu marah-marah sebab ada budak chinese yang camping sesama telah masak maggi ke apa pastu sisa makanan diorang buang sepah-sepah.. tak pasal-pasal AJK makanan kena dok bersihkan sebab S dah bising kata bahaya biorkan makanan sepah-sepah..

dalam kol 3.30 ke 4 pagi lebih kurang, dengan unggun api dah makin malap, lampu gasolin pun dah tak berapa sudi nak nyala, kawasan keliling memang dah gelap hitam pekat, turn aku ngan group aku abih baca dan disambung group lagi satu, tetiba member sebelah aku jerit "ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM" aku ngan dah ala-ala ngantok pun dengan keponya "HAH APA KENAPA SAPE MANA??" sambil toleh sana-sini, tertiba aku tertoleh sebelah member aku, aku terus "Allahh" terus capai balik Yasin yang kitorang dah letak bawak terus ikut group satu lagi baca yasin tapi memang obvious giler suara kitorang menggigil2 baca tergagap2..

Apa yang kitorang nampak? Abih baca yasin tu kitorang tak bincang balik apa yang berlaku, tak berani nak timbulkan apa sebenarnya yang kitorang nampak, cuma bila subuh dah jelma cikgu dah kuar dari khemah baru kitorang berani tanya, apa yang korang nampak.

dahler nak balik.. lain kali sambung..

Thursday, March 18, 2010

love the skin..

oh bukan my skin.. tp firefox punya skin.. hehe maybe aku dah ketinggalan ketapi sume orang dah naik ketapi sampai penang tp aku tak naik pun lg memandangkan aku ni jenis ignorant tak bape nak peduli apa berlaku sekeliling aku (yea memang burok perangai aku tau) dan jugak jenis malas nak update apa-apa yang perlu diupdate termasuk antivirus utk pc maka slalu la aku ketinggalan.. hehehe..

tapi kan firefox aku telah mengupdate diri dia sendrik maka aku terperasan yang skin dia bleh tukor2.. yeayyyy aku suka.. walopun ada sesetengah skin yang nampak nyemak ala2 sakit mata aku xnampak button mana nak tekan tapi aku tetap suka.. leh variasi skin macam2.. so ari2 aku tukar skin firefox.. ari ni aku pakai totoro.. sangat comel.. yeayyyy sukaa..




dah bape lama ek bleh tukor gini? giler jakun aku nih..

Tuesday, March 16, 2010

the wondergirls dancing boy is haunting me

oiiiii.. scary mehhh.. well bukan la dia datang melayang-layang dengan mata putih takdak mata hitam kepala bulat montel-montel mengganggu tidur.. tapi dengan cara asal aku bukak mata jek aku terbayang-bayang dia joget sambil lagu nobody terngiang-ngiang kat telinga aku.. sangat menakutkan..

asek-asek aku terpandang budak tu gelek-gelek dengan tangan lembut gemalai sangat mengikut rythm pergerakan dia ittewwww.. oh shoooo shooo.. gangguannnn..

Monday, March 15, 2010

sooo gayyyy

iyer iyer tau dah lama berleluasa video nih.. tapi tak tahan aku melihatnyaaa.. mesti kak dia praktis selalu dia teruja lalu follow sama2.. tapi tera seyy.. bagi aku praktis lelama pun aku xleh nak hapal step gini..

Tuesday, March 2, 2010

jurus hikmat elak lecak

aku heran la.. kenapa setiap kali kalo aku tengah drive ker takpun aku jadi penumpang tido ke, asal ari ujan pastu ada lecak tersimbah kat keta aku mesti elak lecak tu.. bukan elak lecak dengan menswerve keta ke kiri atau kanan.. tapi mengelak dengan menswerve badan ke kiri atau kanan dan kadang-kadang lebih dramatik siap tutup muka dengan tangan sambil kejam mata..

tingkap keta bukannya bukak pun takut kebasahan.. sangat spontaneous reaction.. dan sangat siseh (read: burok huduh) keadaannya.. dan bleh juga membawa kepada sangat bahaya.. kadang-kadang dalam keadaan sedar aku akan perasan yang aku bakal disirami lecak sebab dah nampak contoh keta hadapan kena siram limpahan air berlebihan di jalanan yang tak masuk ke longkang oleh keta dari lane sebelah.. so aku cuba dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi saat-saat itu.. aku cuba berlagak tenang dan bukak mata dengan jelas tengok depan.. tapi tak dapat jack.. otomatik aku akan cuba elak lecak itu.. sekurang-kurangnya aku akan terpejam mata.. cis cis..

tapi aku rasa bukan aku sorang kot alami masalah ni, ramai gak orang lain yang mesti mempunyai tindakbalas macamtu.. aku ingat dolu masa naik bas skolah, aku ngan kawan-kawan aku slalu gelakkan pasal isu elak mengelak ni.. bukan setakat elak air lecak sahaja, malah elak ranting-ranting pokok pun selalu jadik bahan gelakan..

ada sekali tu ada budak ni apakenama dia ek Suresh ke Sarmilan, dia dok depan sekali masa tu, waktu dah remang-remang senja Uncle bas tengah anto budak-budak balik umah lalu taman perumahan kecik yang ada pokok-pokok rimbunan tepi jalan, tetiba bas lalu dekat dengan satu pokok ni maka ranting-ranting pokok tu pun dok libas la bas ni, si Suresh ke Sarmilan dengan pantas mengelak.. bukan elak sikit-sikit jek, siap jatuhkan badan lagi.. punyalah drama king cara elakan itu.. aku tengok muka kawan aku dia tengok aku pastu kitorang tengok tingkap bas - tutup - maka kitorang terus ketawa besar-besaran.. haaaaaaa klakooo.. well suka ar pada aku memang klako.. aku leh bayangkan lagi situasi tu.. haaaahhhhh.. adehh penat aku ketawa.. ah sudahlah..

Wednesday, February 24, 2010

sarcastic

dis year will be my fifth year in this opis. dunno how much longer i'll be here sebab rutin kat organisasi ni akan merotate staf. even skang ni bos aku terkini adalah bos baru. ada 3 bos besor kat opis ni. yang paling besor pun baru jugak la. baru masuk sini tahun lepas. bos kedua beso dah agak lama dari aku belum masuk. bos ketiga beso baru masuk jugak tahun lepas. bos ketiga adalah bos yang aku direct report kat dia. sama sbenarnya jawatan dengan bos kedua beso. tp bos kedua tinggi sket gred.

well aku nak cite pasal second big boss. He is one of the most patience boss. Aku rasa aku tapenah nampak dia naik angin ke apa. Dia sangat cool. Sangat bertenang. Tak pernah tinggi suara. Kalo orang buat silap pun dia panggil pun dia cool jek. Even dia ni penah dapat offer from other organisation nak bagi dia jawatan ke tahap boss yang terutama. tapi dia tolak. sebab dia tak kuasa nak pindah randah kot. hehe aku tatau.

second big boss ni pun tak pandai2 sangat nak perli orang ke apa. dia memang relax abih la. tapi kitorang tetap respect dia. tapi semenjak dua menjak ni aku prasan dia pandai dah mula perli orang. tapi dia buat dalam bentuk lawak la. contoh macam silent mode phone dalam meeting.

Aku cukup nyampah orang yang tak reti nak buh silent mode kat phone bila meeting. tak respect majlis langsung. kalo terlupa kita paham la tapi kalo dah 2 3 kali lepastu tepon ko menyanyi2 dengan kuatnya takkan la lupa lagi kot. aku rasa macam nak penampo. even aku pernah gado ngan colleague aku yang tak reti silentkan phone dia. kalo ringing tone ko tu level 1 ke 2 bunyi slow2 manja bleh tahan lagi. ni ko buh level 5 tahap loudest tak ingat. terganggu weh. tapi takpe skang dia dah pandai silentkan tepon dia. lepas gado ngn aku dolu.

So dolu 2nd big boss akan senyap jek dan buat-buat tak dengar jek kalo ada tepon sesiapa menyanyi dengan hebatnya dalam bilik mesyuarat. tapi skang dia dah mula pandai perli2. hehehehe.. bagus bagus. kalo tak diorang ni tak paham2 bahasa. ada bape kali dia mula sebut kalo ada tepon orang bunyik. "hah kita brenti dulu la mesyuarat ni kita dengar lagu-lagu" tapi dia tetap cakap dalam nada lembut berhemah sambil senyum. kemarin aku paling suka apa dia cakap bila tepon sorang mamat ni berbunyi memang kuat giler, lagu genre disco techno gituuuu, sedang mamat ni terkocoh-kocoh nak kuarkan tepon dari poket dia, 2nd big boss dengan spontan cakap, "on jek mikrofon kat depan tu letak tepon kat situ bior lagi kuat" dia cakap sambil ketawa2.. tapi aku dengar memang aku terus ketawa besor sebab tak sangka dia cakap camtu.. so smalam mesyuarat lain bila ada member2 aku yang terbunyik tepon lupa nak silent dengan pantas aku quote balik ayat 2nd bis boss.. mak sukaaaaa..

well ada la lagi bebrapa ayat2 berbunyik sindiran maupun sarcastic yang 2nd big boss mula dah pandai cakap. maybe dia dah letih ngan orang-orang yang tak reti dengan situasi. thumbs up boss!!

Thursday, February 4, 2010

Suri








pic source googles

ye aku tau gambo ni dah lama menerawang di internet di mana2 bersepah-sepah tapi tetap aku nak buh sini sebab sangat tidak tahan melihat kecomelan anak orang puteh ini.. memakai heel.. siap ada yang taksub buat satu blog la untuk suri ini..

Wednesday, February 3, 2010

sorong sorongan

sangat mengantok arini.. sehinggakan bermuka masam.. 2 3 ari ni gi keje aku mengantok?? hah?? adakahhhhh.. biasanya kalo mengantok di siang ari bagi aku ni adalah petandaaaaaaaaa... preggy kahhh?? wahahaha jangan perasan..

semalam masa dengar VC berucap pun aku ala-ala tak boleh bukak mata tapi al rupa-rupanya bukan aku sorang sebab sat gi ada 2 3 orang datang kat aku cakap.. 'ehhh tadi kat dewan ngantoknyaaaa tak boleh tahan' haa takkan la sume orang nak preggy sama-sama kan.. (eh tapi jangan tuduh ucapan VC membosankan pulak.. mati aku.. ucapan VC sentiasa penuh semangat dan idea baru (cover lobangg itu))

adusss ngantok btol ni.. sorong-sorongkan lah bantal itu di kepala kuuuu..


oho kemarin muka dan badan gemokku terselit di Berita Harian.. penat aku lari supaya tidak tercapture gambo oleh wartawan masa diorang nyebok2 kat tempat pembuangan undi (ala ala pilihanraya peringkat universiti).. sekali terkena jugak daaaa siap masuk paper lagi.. huahahaha...

Monday, January 18, 2010

makan luar makan dalam?

aku seorang yang sangat pemalas. dan sangat bahaya bila orang pemalas diberikan bibik sebab dia akan menjadi sangat over extra malas. tapi dalam pada malas ada satu benda yang tak boleh nak malas. MASAK.

setiap ari balik keje mesti kena masak. dan sangat penat sebab setiap kali nak masak nak pikir nak masak apa. kadang-kadang aku bukak peti sejuk ngadap ikan ayam daging tu aku termenung pikir nak masak apa.

orang kata masak kat umah lebih jimat dari makan kat luar. yeker? jimat ker? kalo ko makan sorang dua baik ko makan luar je tak? tapi sebab aku perlu isi 4 perut orang dewasa + 2 perut budak comel maka baik masak sendrik kot.

aku beli lauk seminggu sekali. kalo sampai jumaat dah susut maka mungkin lauk berikutnya sardin ke ikan bilis ke. nasib ler. tapi kadang-kadang aku datang malas masak jugak aku paksa danda makan kat luar.

'u xkluar ke malam ni? pegi la kluar makan sekali tau kat luar'
ataupun
'u balik awal ke lewat? lewat? makan terus tau balik umah xyah makan lagi'
:p

burok perangai punya bini..

tapi semenjak dua menjak ni aku makin risau. sebab bila pegi kedai beli lauk harga lauk pauk sayur mayur dah makin tinggi. kebiasaan lauk pauk sayur mayur plus bawangbawangan dan rempah ratus lain-lain aku beli kurang RM50 untuk seminggu. tapi skang dah mula lebih. amek ikan selar besar yang xbrape besar 5 ekor sudah RM 5.60. campur sana sini gedebak gedebuk melayang RM 85. ternganga sedikit aku kat kaunter.

tapi aku rasa penyumbang kemahalan adalah lauk ketam. hahahaha padan muka sape suh beli ketam. memang mahal. ketam 4 ekor bersamaan dengan RM 28.00. *pengsannnnn* tapi danda suka ketam. masak cili padi.



eh kalo pegi kedai kan biasa aku jumpa 2 jenis ketam. satu kaler macam purple biru2 pastu cantek sket. lagi satu yang kaler hijau2 coklat lumut yang ala2 menggerutu tak cantek kan. aku selalu beli yang cantek sebab kelihatan lebih selera untuk memakannya. tapi ada sekali tu pakcik kat pasar kata 'amek yang ni banyak isi' sambil tunjuk yang tak cantek kulit menggerutu. mula2 aku macam xnak percaya, dalam ati nak tuduh mesti takde orang nak beli pastuh suh aku plak. tapi aku amek jugak yang pakcik tuh suruh. tak salah mencuba. and it turns out hoyeahhhh memang banyak sangat isi berbanding yang cantek kaler purple biru tuh. so don't judge a crab by its uglyness.. huahahaha..

Wednesday, January 13, 2010

khidmat bomoh??

*sighhh* aku masih tercarik2 jam aku setiap pagi nak pegi keje.. blom membeli jam baru lagi.. belum ke singapura.. dunno when.. so for the time being, my hand will feel the nakedness of surviving a day without my watch (i've been wearing a watch since i was in standard 2 and i always wear watch since that day even sometimes when mandi.. so giler lor.. because for the early years my watches were Swatch so tarak hal basah-basahan with me)

oh y Singapurak.. since few years back, most of my handbags and watches were bought at Singapurak.. eh come to think of it, not most la, all of them.. its much more cheaper (because its on Sale.. must buy when its a sale time la kan, i dont care if its outdated).. just like 2 weeks ago, i bought a new handbag, Guess (its all i can afford), only S$70.. and its not a small handbag or a clutch one, its big and pretty as well (well most of my handbags are bulky so i can stuff everything inside - but then need a few minutes to find things inside ho ho)..

back to the lost, i remember one story about the lost of friend's watch, its happen when i'm in standard 3 year 1989.. wahhh bukak sejarah lama ni.. and i always tot that's one wird funny story.. it came like this..

one fine morning when i was lepak2 in class (cikgu mana ntah), Zainur Adila bt. Mohd Nasir (bukan nama sebenar) grab my hand and drag me outside to one empty corner

"Malkomal, aku nak bagitau ko satu benda la" dia kata
"Benda apa? bagitau je la" aku pulak kata
"Aritu jam aku hilang dekat perpustakaan" dia kata lagi
"Hah? cemana boleh hilang?" aku soal
"Aku letak jam tu dekat kaunter, pastu aku pergi carik buku nak pinjam, dahtu bila aku nak amek semula jam tu, jam tu dah takde dah" (aku tatau apa motif dia meninggalkan jam dia di kaunter) penerangan dia
"Itu sebenarnya jam kakak aku, aku pinjam pakai pegi sekolah" dia sambung lagi
"emmm.. jadi ko nak suh aku buat apa?" aku rasa masa tu aku pustakawan la so aku ingat dia nak suh aku tolong carik ke apa gamaknya..
"errr.. tadi malam aku ngan family aku pegi jumpa bomoh suh tengokkan sape amek jam tu" dia bagitau
aku tengok dia ngan muka blur, tapi dalam ati memang aku muskil giler 'apekehe nya jam hilang jumpa bomoh, pelik sungguh'
"bomoh? hah? pastu?" tanya aku
"lepastu dekat air dalam mangkok bomoh tu kuar muka si Nur Farawahida binti Abdul Karim (juga bukan nama sebenar)" kata dia lagi..
wahhhh dah macam citer nujum pak belalang la ek tapi dalam case ni dia kata one whole family memang bleh nampak bayangan tertuduh..
"eh ko ni biar btol.. takkanlah Nur Farawahida binti Abdul Karim nak amek jam ko tu, aku tak percayalah" sebenarnya Nur Farawahida binti Abdul Karim tu bestfren aku yang juga classmate kami so mestilah nak mempertahankan bestfren kann..
"yer malkomal memang betull.. lagi satu jam kakak aku ada tanda merah dekat belakang muka jam" dia kata
"aku tak percayalah.. nanti aku tanya dia" muncungku
pastu masa waktu rehat aku pun mengajak bestfren aku pegi jauh-jauh dari orang ramai dan ceritakan segala-galanya
tiba-tiba tanpa aku sangka si Nur Farawahida binti Abdul Karim telah menangis teresak-esak..
'ah sudah apa kena pulak ni sedey dituduh macam2 ka' getus hati aku (hahaha drama sey ayat-ayat aku ni)
"ha'a memang aku amek jam tu" akui si bestfren
"hah?? what the helll??" (tipu lah kecik2 dulu tak reti langsung cakap omputeh apakan bahasa2 tidak elok) terkejut aku
lalu bestfren bagitau yang sebenarnya jam si Zainur Adila bt. Mohd Nasir tu sebenarnya sama sejibik macam jam dia yang juga kepunyaan kakak dia yang telah beberapa hari hilang sebelum dia nampak jam di atas kaunter di perpustakaan itu so dia ingat itu jam kakak dia itu lalu dia pun mengambeknya la.. (sume orang suka barang kakak-kakak dia kannnnn)
esoknya bestfren telah membawa jam yang dibomohkan ke skool dan ternyata memang ada tanda merah di belakang muka jam lalu aku pun memulangkan jam bomoh kepada si Zainur Adila bt. Mohd Nasir dan bagitau ni sume salah paham sahajork.. tamattt..

tapi ek aku pun sampai skang tatau memang btol ke si Zainur Adila bt. Mohd Nasir pegi jumpa bomoh bersama keluarga.. kalo yer, jin mana lah bomoh tu pakai.. huahahaha.. tapi atau mungkin jugak ada orang ternampak bestfren amek dan bagitau Zainur Adila bt. Mohd Nasir masa dia tengah carik lalu dia takut nak tuduh secara terusan maka dia make up story yang mungkin dia bajet orang sume percaya bomoh.. hahahahaha.. ntahape-hape..

Tuesday, January 12, 2010

at last..

dalam sibuk mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim, banyak sangat pendapat yang kita dengar sama ada menyokong atau membantah.. dan perbuatan membakar church pula menjadik2.. sangat bodoh sekali orang yang buat benda tak guna akal fikiran..

dalam banyak sangat pendapat itu akhirnya kereta mayat punya pendapat bagi pendapat aku adalah antara yang terbaik.. read it.. ringkas tapi lengkap dan padat..

Sunday, January 10, 2010

sibuk-sibuk jadi juri AJL24

aku tau ramai orang jadik juri, bertauliah atau tidak, maka aku buat julung kalinya nak sibuk-sibuk jugak jadi juri.. ikut suka aku la kan.. yang aku ingat jek aku nak jurikan.. kalo aku tak ingat maksudnya persembahan yang sangap atau takde kelainan yang nak ditonjolkan atau takde apa yang dapat dikutukkan.. (review ini dibuat tanpa mengambilkira siapa pemenang kerana seperti kata Vince sume orang adalah pemenang tiada pengalah).. ianya juga dibuat tanpa mengikut turutan.. takde gambo ar malas nak carik.. lain kali kalo ada bleh bubuh jadik entri bergambo..

Aurora by Estranged - oh aku tak sempat tengok.. sebab tengah fight ngan Alisyia yang marah 'xnakkkkk tengokkk ni, nak tengok kartunnn' 'akak ni asik kartunnnn jek.. takde takde ibu taknak layan' 'ibu pegi masuk bilikkkk pegiiiii' sambil tolak aku.. last-last tak kuasa gado ngan budak kecik maka terpaksa tukar.. hahaha ini review apekebenda daaaaa..

Cinta Adam dan Hawa by Misha Omar - walopun aku tak brape nak minat MO ini tapi aku agak suka lagu ini.. persembahan ok as expected.. well suara dia memang camtuh jugak.. pakcik puisi tu besungguh2 menebeliakkan mata dia kasik feel tapi aku agak takut.. memang itu tujuan dia agaknya.. dan MO seperti biasa dengan jelingan2 mata dia yang macam gatal tu sket..

Pergi by Aizat - aku sebenarnya jarang giler dengar lagu ni.. tapi aku suka la kakak bollywood tuh.. sesuai gitu elemen aaaAAaaAaaAaAAaaaaaAAa diselangselikan dalam bait-bait lagu.. beautiful ammaaaaa...

Situasi by Bunkface - hmmmmmm Sam a bit scary tp memang dia tu punya gaya nyanyi cenggitu kan.. tapi dia suka macam ketap mulut bahagian atas dia ek.. tapi aku suka kasut warna merah itu.. sesuai ngan gitar dia.. hahaha apa kena mengena..

Pakai Buang by Stacy - errrr i like KRU, they always have a nice idea tapi walopun aku dah dengar lagu ni banyak kali aku tatap xboleh nak minat sangat cuma memang kagum dengan stamina Stacy.. joget terkinja2 pun bleh maintain nyanyi.. aku baru lompat 3 4 kali kat padang semalam terus cakap terputus-putus walopun dah xmelompat malahan xtra sakit kaki sampai la ni tak baik2..

by Tomok - ceh bermodalkan Diana Danielle.. rambut Tomok giler keras wehhh.. kejung jek atas dahi.. mesti make up artis tu menyumpah jek sebab terpaksa habiskan gel rambut dia 2 botol.. walopun cuba menggunakan pendekatan dramatik dengan memaparkan hubungan di kampung dengan DD tapi aku rasa letih nak tunggu lagu tu habis..

Aku Rindu Sayang Kamu by Black - eh apekehe nya mamat ni pakai baju Tomok.. cepat giler passing baju.. oh bukan memang baju dia.. tomoknya baju ada stud di dada, Blacknya baju ada renda2.. hahahaha lain kali bincang ah sket nak pakai baju apa.. tak pasal2 ala2 sama.. dahlah persembahan sebelah menyebelah.. Black ni walopun menjerit2 tinggi suara dia tapi tak sun la pada aku.. sebab nyaringan dia tu macam kat dalam ajek tau macam tak bape nak keluar..

Aku Skandal by Hujan - aku suka starting dia tu kan, ala2 di kelab tahun 60-an ke 70-an gitu tapi skejap na props tu digunakan.. penat jek suh member sekolah adek buatkan.. pastu tetiba ada mamat dua orang meroyan layan gigs kat depan stage.. pastu cameraman fokus muka si Noh muka Noh macam seolah2 'eh boleh ke diorang ni joget2 kat depan ni mana sekuriti ni tak tangkap ke mamat nih' dan boleh juga ditafsirkan 'eh mana peminat kuat yang lain ni kan aku dah bayor suh layan kat bawah ramai2 siap buat formation sekali'

Masih Jelas by Hafiz - seperti persembahan I believe I can fly di AF dahulu.. suara dia a bit tenggelam la.. muzik kuat sangat kot.. aku tanya Alisyia, 'akak nak buat rambut macamtu tak?' 'Taknakkk tak cantekkk' huhahah..

Bengang by Akim - choiiii teballl giler nyah mekap ko.. pastu seperti di angkasa lepas gitu.. macam citer2 omputeh lama dolu2 nak buat tentang makhluk asing..

Dan Sebenarnya by Yuna - memula dia ketuk-ketuk menatang xylophone ke apa gamaknya tuh aku ingat dia main atau memang mungkin dia main gak tapi pastu dia letak benda tu bunyik masih lagi kedengaran so aku pikir ceh xyahlah eksen main kalo xmain.. aku sangat suka suara yuna.. sangat norah jones.. lagu ni memang sedap tapi sebab dah beribu kali dengar macam dah penat sket nak dengar..

Kau Aku by Aizat - yelah memanglah konon cute guna budak2 kecil.. tapi last-last tu macam tak brape sesuai la ko dok ngajor budak2 tu buat gaya layan gigs.. dahlah pakai baju sekolah.. kecik-kecik dah kuat berhibur.. huahaha..

Bencinta by Faizal Tahir - aku selalu suka persembahan FT sebab dia selalu buat lain dari lain.. tapi mungkin sebab dia pakai tongkat susah nak buat macam-macam.. menggunakan konsep ala-ala Jacko sahajork kali ini.. cuma dah last-last bukan ke lepas si FT blah si Sheila anak ND Lala dok ganti tempat dia.. aku ingat si Sheila tu sambung nyanyi dengan menukar lirik pleading seperti

Ku masih ingat lagi waktu ku bersama mu
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku juga cinta pada mu
Rindu pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
jangan kau benci aku
Ku cinta kamu
jangan kau pergi
terus kembali
Teruslah mencintai diri ku
Ku rindu... Kamu
Ku cinta... Kamu

goodbye my precious..

i'm in a sour mood.. i lost my favorite watch yesterday.. and it's my one and only watch.. call me selfish but i really adore and love everything i owned whether i bought it myself or present from someone..

yesterday was a sports day for our department.. and i played netball so i take off my watch and keep it away with some of my stuff.. i had to take it off even yesterday game like no rules whatsoever.. but then my watch is big and i don't mind if i smashed someone head with it.. huahaha.. kalo kepala orang tu pecah no problemo cuma not my watch yang pecah la..

then after the game i forgot to wear it straight away.. so it happens.. when i took back my stuff i realized the watch is gone, only my shirt, car key and my handphone.. so i guess the watch tercicir somewhere.. asked the urusetia to make an announcement but still no watch.. our game did not covered a big area plus my watch is bulky one just cannot missed it..

*sighhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh*

i really miss by Baby G.. i don't think the design is in the market anymore.. i just hope somebody that found my watch an intend to keep it to take a good care of it..


now kena hunt for a new watch.. means fly money flyyyyy...

Thursday, January 7, 2010

The Madness

sudah 2 hari aku menggunakan 'the madness'.. semalam masa balik keje.. tapi sekejap jek.. area UTM ujan lebat giler barbadoss.. siap kilat-kilat guruh berdentam dentum.. scary maaa.. tapi bila kluar UTM sampai jek sri skudaii ilang segala lebat giler barbados kilat-kilat guruh berdentam dentum.. hanya tinggal ujan rintik rintik air belum banjir.. sampai Uda clear abessss langsung xujan..

Pagi ni from Uda to Skudai ujan lebat giler so 'the madness' digunakan sepenuhnya.. dah lama tak guna 'the madness' rasanya.. sebab biasanya kalo ujan lebat giler aku memang tamau kuar umah apatah lagi drive.. tapi 2 hari ni terpaksa sebab balik keje nak pegi keje..

ini adalah 'the madness'.. biasa bila ujan kan kita bukak wiper, pusing satu wipe tu kuar sekali-sekala, pusing kedua, wipe tu wipe tak brenti-renti, selalu aku guna tahap ni jek, pusing ketigaa yaaa itu dia 'the madness'..


serius masa memula guna dulu aku selalu kata 'eh macam orang gila wiper ni'.. sebab dia laju giler (pada aku la) sampai tengok tu aku bayangkan dia nak tercabut jek.. wiper tu ala-ala menjerit 'arghhhh wipe it wipe it i've got to wipe everything huarghhh arghhh erghhhh' uishh serius la macam giler.. aku takut guna 'the madness'.. huaha entah apa-apa.. aku yang tak brape btol gamaknya..

Monday, January 4, 2010

S.Hi.T 2010

yeaaa itu diaa.. kalo keje dipanggil Sasaran Kerja Tahunan maka untuk life ini dipanggil Sasaran Hidup Tahunan.. well aku tapenah rasa la aku ada apa-apa sasaran nak capai secara tahunan.. tapi mesti soalan wajib tanya oleh orang-orang 'apa azam ko untuk tahun baru?' 'haa azam? azam apa? azam abang ipar aku tu aku tau lah' huahaha bodo sey lawak itu..

but then y not.. aku nak berazam tahun ini.. aku nak tetapkan S.Hi.T untuk 2010..

1. Bebas Jerawat

sejak aku dibalighkan aku memang mempunyai hormon yang menyintai jerawat.. never in my life i'm free from jerawat.. oh tidak, pernah pernah.. ada 2 kali aku telah bebas jerawat sepenuhnya iaitu
(1) sepanjang tempoh aku mengandung atau tempoh tidak datang bulan.. yer tiba2 kulit bersih aku kagum ingatkan akan kekal selamanya tetapi oh tidak sebaik sahaja tamat tempoh tadi maka here i come bebeh i will never leave u, kata jerawat itu..
(2) semasa aku kena demam denggi, masa ni aku masuk spital xde ler lama dalam 3 ari sahaja tapi dalam tempoh itu, sebanyak 8 botol air berjaya dimasukkan ke dalam badan aku dan sangat ajaib selepas itu tiba-tiba jerawat sume ilang tetapi hanya mampu bertahan selama lebih kurang 2 minggu sahajork..
so rumusan: sama ada aku kena preggy lagi atau pegi spital ke klinik suh doc masukkan air dalam badan selang beberapa ari.. huahaha.. actually minum je la air masak banyak2 kata orang.. masalahnya berbotol2 aku minum pun takde hasil la.. takpe mungkin blom ckup banyak aku minum.. jangan terlebih minum sampai mati sudah.. kan ada kan kes tuh.. nauzubillah..

2. Turunkan berat badan sebanyak 10kg..

Huahahaha.. hahahaha.. ridiculous.. eh tak boleh negatif kena positif.. tak boleh 10kg, 1 kg pun jaaaadilahh.. hmmm.. *sighhhh*

Cukup dua dolu untuk sasaran hidup tahunan.. kesukaran tahap tinggi tuh..

Bagi sasaran hidup abadi S.Hi.A aku harap aku akan jadik manusia yang lebih bersyukur.. satu sahajork kerana bilan menjadi manusia yang bersyukur maka point dalam situ sudah mencakupi segala-galanya.. mudah-mudahan..

Friday, January 1, 2010

danda vs me

ever read men from mars and women from venus? ditulis John Gray (aku google nama penulis ni jangan harap aku leh ingat).. ada banyak siri rasanya.. 16 siri katanya? agaknya kot.. aku cuma baca yang main book men from mars women from venus jek.. tapi rasanya pun tak khatam.. dalam separuh jek aku baca pastu sangappp.. tak abih2 baca last2 kawan aku mintak balik buku dia..

yang kat malaysia cover dia version lain.. plain sahajork..

aku pun xbrapa nak ingat nasihat yang pakcik gray bagi, hmm tapi ada satu yang aku ingat pasal dia kata cara tangani stres antara lelaki dan pompuan yang berbeza.. orang pompuan kalu ada problemo mesti sbok bising2 satu kampung citer kat kawan2 masalah dia.. nak share sesama meluahkan segala.. kena share maaa.. but for men pulak kata pakcik gray diorang xsuka gitu, kalo ada masalah depa lebih suka dok dalam gua.. so kalo diorang tengah senyap seperti ada masalah ko orang pompuan jangan dok sbok tanya x abih2..

F : u ada masalah ke?
M: hmmm..
F: kenapa dengan u ni? cuba cakap dengan i..
M: takde apa-apa..
F: takkan la takde apa-apa, kalo takde apa-apa takkan la u senyap jek macamni..
M: i ok, takde apa-apa (bangun dan blah masuk bilik)
F: (pegi follow masuk bilik xpuas ati) u ni kalo ada masalah taknak citer dengan i
M: (diam)
F: kalo i cakap mesti u buat bodo jek.. u ingat i ni tunggul.. (suara makin tinggi)
M: u ni dah kenapa? i kata xde apa-apa, xde apa-apa la.. (suara naik jugak)
F: (muka sedey dah nak menangis) sampai ati u marah i
M: (buat bodo)
F: (rasa tersinggung, keluar dari bilik bersedih-sedihan membawa ati yang luka dan terus rasa stres memikirkan yang bukan-bukan adakah lelaki itu sudah membenci diri ini dan macam-macam lagi pikiran karut marut)

hah tu contoh conversation yang direka.. see orang laki memang susah nak bukak mulut, dan orang pompuan terlalu kepoh pastu berfikiran negatif yang membawa kepada stres.. padahal yang lelaki maybe memang takde masalah pun atau paling tidak dia sakit ati team bola dia kalah ker dsb..

untuk aku yang cuba memahami pakcik gray sebelum ni biasa kalo danda aku senyap kelihatan xde mood mula2 memang aku kepoh tanya 'u pesal? ok ka?' (aku memang kasar dan tidak bersifat keayuan romantisan) 'hmm ok' (jawab sambil buat muka malas) so dats it aku just shut up dan bolayan dia.. sebab memang lepas dia berdiam diri dan masuk ke dalam 'gua' dia, dia akan ok balik.. so ko just kena paham paham sendrik la..

so tu antara beza dia.. kalo rasa nak paham lebih lagi, gi la baca buku tu sendrik..
 

Template by Best Web Hosting