Thursday, October 20, 2011

cruelty

these few days terlalu banyak cerita-cerita kekejaman berlaku.. like tooooooo many tooooo much.. i really can't stand it.. macam kemarin kan pasal budak kena langgar tanpa orang tolong (what the hell were in their right minds.. erghh).. pasal kelar baby (nak type pun tak sanggup T_T.. crying my heart out).. why? how could they do it? dah hilang sudah sume rasa timbangrasa.. dah gelap sungguhkah hati-hati mereka? serius aku seboleh-bolehnya taknak tau benda-benda ni.. bukan sebab aku tak pedulik, tapi aku tak sampai ati nak tau.. sebab aku tau aku akan sentiasa terbayang-bayangkan gambo-gambo video-video tu dah citer-citer tu akan terngiang-ngiang kat telinga aku terpandang-pandang kat ruang mata aku.. to make it worse, peoples been sharing the picture in their facebook and aku asik la terpandang.. walopun aku scroll lelaju tanpa tetap la mata tertengok.. haihhhh.. oh no more..

---------------------------------------------------------

on two last weekend, aku bercita-cita nak feeling cantek so sabtu pagi aku round la area uda pegi carik tempat nak buat facial.. pepagi buta ko kol 10 dah semangat pegi.. pegi satu kedai ni akak tu kata boleh buat after 1 hour sebab dia nak urut orang and kebetulan dia sorang je pagi ni, pastu aku gi lah pulak kedai spa kat ujung situ, punnnnn tak boleh buat sebab nak urut orang.. amboii apa pasal sume orang sibuk berurut-urutan ni.. tapi disebabkan aku dah tak sabo nak feeling cantek tak kira tak kira nak facial skang gak maka off to hunt another kedai..

aku rasa dah lebih setahun aku tak penah memfacialkan muka maka haruslah muka aku yang bermasalah ni berkerak-kerak dengan segala sel kulit mati tak tanggal.. almaklum aku memang tak reti pun pakai macam-macam alat pembersihan segala dekat muka (patutlah kulit ko bermasalah ya hehe).. pastu jumpa la ada satu kedai ni.. rega tulis kat kedai dia promosi facial RM25.. ahkak suka uolsss.. murah bangatttt.. so hoyeah hoyeah jump jump skipping skipping eh catwalk catwalk masuk kedai tu..

'okayyy.. kita kalo facial biasa RM25 tapi itu basic saje la.. so kita suggest u tambah (tunjuk list panjang) ini atau ini atau ini.. ha u bagus amek ini tambahan collagen.. cuma tambah RM25 saje and kalo u tambah ini baru kita ada kasik urut bahu, kalo tak takde urut'

kejjjiiii sangatttt.. dasar penipu.. i terpaksa diperdayakan uols.. aku penah je buat facial rega dalam RM30++ siap urut bahu tangan kaki sume okayyy.. so malas la nak bertekak aku pun okay je la..

then bermulalah drama..


'eh muka u keringg sangatt ni, pakai apa kat muka'
'pakai pencuci muka simple'
'ada pakai krim muka ke?'
'hmm ha'a safi'
sambil buat muka 'oh safi ke, jangan pakai la, safi awal-awal memang okay tapi lama-lama nanti dia keringkan muka'
'ohyeker? okay'

sambil cuci-cuci muka aku
'eh u umur berapa?'
'31'
'eh bawah i 2 taun jer.. tapi kulit u kering sangat teruk ley.. kedut-kedut semuaaa.. eeiii'

and again and again and again dia komplen kehuduhan kulit muka aku.. tak lama lepas tu..

'eeiii rambut u ni gugur ya?'
'oh ha'a right now baru lepas bersalin ni tengah breastfeed memang banyak gugur'
'eeeiii sampai nak botak tepi-tepi ni'
'.......'

well.. sepanjang kita preggy 9 months rambut kita tak gugur tau.. susahhhh sangat nak jumpa rambut sehelai je pun gugur.. memang rambut jadik bushy full of volume tapi ha amek ko lepas bersalin nanti perghhh gugur ya amat.. okaylah kan.. 9 bulan tak gugur tu.. tapi malas la aku nak cakap ngan minah tu..

‘eh u baru lepas bersalin ke? Baby dah berapa bulan?
‘4 bulan’
‘eh perut tak Nampak macam orang bersalin pun, kempis jek’

Hmm tu je la yang dia mampu puji aku koooo.. yang lain-lain sume aku terkutuk..

Lepas abis tu aku tunggu danda pick me up tu dia cuba la promote jadi ahli dia la itu la ini la.. harammm aku takmau.. letih okay nak dengar dia mengeji aku.. hahaha padan kan muka aku.. tapi aku taklah kisah sangat sebab aku tau memang huduh la kulit aku, kulit minah tu pun nampak okay lah dan natural je kulit dia so aku tak butthurt sangat.. tapi lepas tu dia share pulak masalah kulit aku dengan member dia yang keje situ jugak and minah lagi satu tu tengok aku sambil ala-ala nak perkecilkan kulit aku gitu.. haaa bila minah kedua ni ala-ala nak ngutuk kulit aku, aku tak dapat nak terima sangat la sebabnya aku rasa kulit dia setaraf jek ngan kulit aku T_T dahtu foundation tepung gomak buh kat kulit muka jek.. pastu pakai baju leher besar so obvious gila.. astaghfirullahhh tak baik tauuu..

Okay fine.. aku confirm tak datang sini lagi.. walopun lepas facial aku terfeeling cantek sekejap (kulit je cantek okay.. sekejap je la pun)

------------------------------------------------------------

Aku pegi umah orang kawen tau ada ahad tu.. aku pakai baju yang kaler kuning lining bawah tu hitam.. tau tak sampai kat dewan tu bila jek aku duduk kat kerusi dalam ati aku terdetik ‘eh alas meja ni macam warna baju aku jek’ pastu tak bape saat pastu danda sound ‘u dah macam alas meja dah I tengok, warna kuning pastu ada itam pulak tu’

Huwaaaaaa aku menangis kat situ jugakk!! Hahahaha tapi serius aku memang camouflage la dengan alas meja tu.. bayangkan la alas meja tu atas dia warna kuning pastu kain bawah dia warna hitam.. kerusi dia pulak bersarung kain hitam dan dililit dengan reben warna kuning.. tak ke ko menangis.. sangat lah mengikut tema kan aku ni.. mak malu sangatttt..

Lepas ni kalo aku nak gi mana-mana pengantin haruslah aku siasat dulu tema kat umah ke dewan pengantin.. tak nak u pisang berbuah 2 kali menjadi mengkarung yang mengikut warna mana dia duduk..


Wednesday, October 19, 2011

vanilla ice cream

Ujan lebat guruh berdentum ni boleh pulakkk balik keje aku nyinggah dekat McD.. Dah tu tau tak nak beli apa?? Aiskrim sundae kooo.. Gilos tak.. Haha..

Actually skang ni alisyia tengah demam, rasanya tonsil dia membengkak la tu, kemarin dia minum ais, tu la ibu dah warning jangan tapi biasalah degil.. Nak jugak.. Sudahnya ha demam la batuk segala..

So I'm googling la about tonsil ni and jumpa banyak article about makan aiskrim vanila to sooth tekak tu.. Walahhhh what a brilliant solution hhahaha.. Then teringat kat my anak sedara yang also selalu demam bila tonsil bermasalah and yup memang my sis penah citer doc suh makan eskrim vanila..

Tapi makkk aiii jenuh beratur kat McD tadi sudahnya tak dapat eskrim sebab katanya tadi blackout so eskrim cair uols.. Nanges I.. Pastu supaya tamau frust I nak la beli apple pie.. Takde gak.. Kan takde karan tadi so apple pie tak mampu dibakarrr.. Kalo nak sangatttt sila tunggu ditepi sementara diorang bakor apple pie.. Harus kak limah rasa terbakor.. Sekali lagi nanges.. Sudahnya pulang dengan tangan kosong.. Singgah kedai belakang umah beli haaa sekotak beso terus eskrim.. Harap-harap mujarab la ubat eskrim tu..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Mandi

Tengah hari tadi ada orang belanja makan dekat restoran arab.. I think the last time I ate makanan arab was when we visited UIAM back on March.. They served us a delicious arab's food for lunch..

Today ada orang nak belanja so jalan sudaaahh.. Ajak my friend Lin to join me.. I'm eating the Lamb Mandi while Lin chose the Chicken Mandi.. Ok lah sedap.. The meat was so tender and juicy but for spicy lover like me, of course ada something kurang la.. Tak pedas mehh.. Oh the restaurant located beside the al ikhsan kot in taman u behind the mamachop papagrill..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Cry over nut

Am eating a kacang bersalut wasabi while working and I'm crying my nose out.. Tak paham? U should try then u will paham..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 3, 2011

tahap kejji..

aku rasa aku mesti mempunyai tahap kejji yang sangat tinggi apabila danda selalu cuba menghalang aku berbuat sesuatu.. antara contoh yang boleh dilihat:-

Orang Cantas Masa Parking
Ada sekali tu dekat Jusco Tebrau, tengah mencari-cari parking pastu nampaklah ada one car ni nak keluar.. so kitorang tunggu la dekat-dekat car tu with signal nak tunjukkan we are waiting for the car.. elok je car tu kluar, suddenly out of nowhere zass sebijik keta masuk cantas kitorang.. aku dah macam 'eh whatdehell waknin la bodo btol memang nak kena ngan aku ni' and cepat-cepat pakai sandal bersedia nak kluar and serang.. tetapi sebab aku mempunyai danda yang berhati mulia dia cepat-cepat jalan and go hunting for other parking lot..

aku dalam keta dah merentan-rentan 'ehhh apesal u blahh.. u tunggu dolu i tak puas ati giler ni.. macam nak rak kita tunggu selamber jek dia masuk' danda just gelak-gelak je 'alaa nak buat apa'.. hishh tensen aku.. tapi bila pikir balik yelah kan kot-kot yang parking tu kot-kot samseng penjenayah mana ntah mau nya aku yang kena blasah hehehe..

Gores dan Menang
2 weeks ago dekat Giant Tampoi, masuk-masuk pintu tengah tu ada orang jual Astro dan sebelah dia tu ada orang jual dapur masak yang jenis pakai karan ke apa tu ah yang flat je dapur dia tu.. danda nak register Astro balik untuk umah mak dia sana.. dia nak withdraw duit dolu so aku tunggu dekat meja Astro tu.. memula aku diri sambil tongkat dagu dan pandang ke kiri.. tetiba jer aku dengar dari meja jual dapur tu 'wahhhh tahniahhh kakkkkk.. dapat 2 bendaaaa.. tapenah lagi orang dapat dua benda ni' aku dalam hati terus ohshittt bullshit sape la yang bakal kena tipu ni dan terus pusingkan badan sebelah kanan to see orang yang kuar ajor menipu tu dan orang yang malang bakal tertipu..


Aku tengok straight to this gemok lady yang sedang berusaha buat muka terperanjat kat makcik yang dok situ.. maybe obvious perlakuan aku sebab the gemok lady kaki menipu tengok aku dan senyum-senyum.. 'eh sedara ke? nak dengar sekali.. meh duduk' dan aku dengan muka kejji pandang the gemok lady cakap, 'hmpph takpelah tak payah.. saya tak percaya benda-benda macam ni' and the gemok lady who had been trained to lie for years menjawab sambil gelak-gelak dekat sorang thin lady yang kelihatan agak takut 'eleh bukan tak percaya.. tak mampu lah tu'.. luckily nowadays i learned about how some manusia dah tak takut Tuhan and are not afraid to do some bad things to others so i just shut my mouth up and just continue to stare the groups with hoping my face can looks like a kejji face..

i really hate all this gores and menang and i'm so sad to see that still some makcik terpedaya with this scam.. why peoples never learn?? and yang menipunya pulak orang melayu sendiri.. orang melayu sendiri yang keje dengan this chayanunalif memperdayakan bangsa.. erghh geramnya..

so bila danda sampai, i start mumbling about 'penipu' 'kuang ajo' 'gerammnya' sambil mata aku tak lepas tengok the groups.. and ada one guy to datang dekat the gemok lady and the gemok lady bisik-bisik kat the guy sambil jeling-jeling kat aku.. and the guy then tengok-tengok aku sengih-sengih and aku keep staring at them and jeling all them all.. danda tanya nape but then dia buat-buat tak paham maybe dia takut aku naik sheh pastu serang diorang kot..

eh where to report all this kind of things ek? tribunal pengguna kan? kalau kita just report and ask them to cek around pun boleh kan? maybe the tribunal can menyamar jadik pelanggan and once terbukti bersalah tangkap la kan.. eeuuu bila teringat ni pun geram ya ampun apa lagi dengan dialog-dialog terperanjat tu and calling the big boss.. 'makcik bawak keta besar tak? nak bawak barang balik ni' and so on..

masa dalam keta pandai pulak danda tanya why i tak approach the malang makcik and said it was all scam.. i can't sebab they already know that i don't have any connection with the malang makcik, diorang ramai dalam group penipu tu, ada 2 pompuan, and 5 lelaki.. i will be outnumbered hehehehe.. plus i tengah dokong athea.. haha tengah dokong anak pun masih lagi mampu nak carik gado ngan orang..

okay selepas selesai menulis ni, i did some searching and aku ingat-ingat lupa nama produk tu but the  tak silap aku Arezzo.. bila google siap ada orang buat blog khas pasal penipuan diorang ni.. here.. Arezzo: Gores dan Menang..



Makan Dekat Manhattan Fish Market
On Saturday lepas ni, before we went back to Kota Tinggi, kitorang singgah dekat Manhanttan Fish Market kat Jusco Tebrau.. mak ai lembab giler budak-budak yang buat keje ni.. masa nak order jenuh angkat tangan panggil, tak datang-datang.. dah tengok pastu jalan ke arah kitorang pastu tetiba patah balik pastu tak datang-datang.. eh pehal budak ni.. tak reti cakap melayu ke omputeh ke? kalo tak reti cakap kitorang tunjuk gambo apa kitorang nak makan pun ok lah kan..


Lepas abih makan sume and bil dia dah buh atas meja, kitorang nak bayar bil, lerrr pangil-pangill tak datang jugak lagi.. orang tak ramai ko dalam tu, bukanlah macam tak menang tangan dengan mata nak melayan pun.. pastu danda decide untuk tinggalkan the exact amount atas meja and blah.. aku kata eh bahayalah kang tetiba ada orang masuk pastu dok situ amek duit masuk kocek cemana.. alahhh takdelahhh kata danda.. so aku kata 'its okay give me the money i pegi kaunter bayar' and noooo danda won't let me.. dia bersungguh-sungguh tak bagi.. and i know he can actually read my mind and he knows what i'm gonna do.. yeah.. i actually memang nak berkata-kata something pun if i go to the counter tu la.. i will pay and being me, i will saying all the sarcastic things.. luckily danda tak bagi pegi.. kalo tak huahahaha..

nasib baik aku suka makan dekat sini.. shedapp..

i know i know.. tak elok perangai aku ni.. perangai suka carik gado.. sebab tu aku diregukan dengan danda so dia yang akan elakkan aku berperangai kejji gini.. jadik terhindar lah sket aku dari keje nak mencarik gado jek heehe..

(sume imej aku google bukan amek sendrik)

Saturday, October 1, 2011

Creep

had to put this in here coz i keep missing it.. kekadang dah tengok kat youtube but then bila carik balik boleh pulak tak jumpa.. i just love the duet.. love rebecca's voice tapi nak buat cemana takde rezeki dia nak terus bersaing dalam The Voice.. kejjam la takde yang masa diorang lawan punya.. aritu jumpa skang dah takde huaaaaaa.. tinggal yang recording punya jer..



Thursday, September 29, 2011

sah!!

aku dah tengok benda ni lama dolu and gelak giler-giler.. sampai skang aku terjumpa balik dan tengok pun aku ketawa suka..

Saya Generasi #01

i saw in contengconteng blog about #SayaGenerasi.. sangat suka sebab ia mengembalikan nostalgia lama.. aicecece.. so aku pun nak listkan apakah yang aku harungi semasa tempoh aku membesar.. bagaimanapun mungkin ada yang aku ingat-ingat lupa.. almaklum ingatan sedar kurang baik sikit..

1. Belon Acah
or kebanyakan orang panggil Galah Panjang.. well aku tatau la kenapa aku panggil Belon Acah.. sangat suka.. selalu bermain di halaman rumah.. korang yang dok taman perumahan dapat kerrrr mainnn?? hehe eksen gitu.. almaklum ia memerlukan ruang yang luas.. aku hebat bermain okay (kecik-kecik aku perasan best ala-ala sume benda aku tera kononnya).. sebab badan aku kecik dan aku mampu berlari pantas untuk menyelinap dan end the game.. kira sape dalam kumpulan aku memang bertuah la sebab asik menang jek hahahaha..

2. Game-Baling-Bola-Tenis-Kat-Orang (hahahah tatau la apa nama game ni)
Main dia cenggini, kita korek lubang sebesor bola tenis bleh masuk mengikut jumlah orang bermain.. kalo 10 orang maka 10 lubang.. dan setiap lubang diberikan untuk setiap orang, sorang player akan ambil jarak lebih kurang 10 kaki dari lubang dan baling bola tenis tu, kalo bola tu masuk kat lubang aku la kononnya, maka bertempiaranlah 9 orang yang lain dan aku kena lari lelaju amek bola tu zasssssss terus baling dekat sape yang terkedek-kedek.. kalo kena maka letaklah batu kat lubang orang yang kena baling.. kalo tak kena maka letak batu kat lubang aku tu.. sape yang paling cepat capai 10 bijik batu kot maka akan didenda lekapkan badan dekat dinding rumah dan orang lain akan baling bola tenis tu dekat dia.. ehh zalimnya permainan ni sapelah reka.. well aku tatau la orang lain main tak tapi budak kampung aku main.. kami sedikit samseng (alhamdulillah dah beso sume jadi anak yang soleh dan solehah :p)

eh teringat aku ada one time tu bola masuk kat lubang Ana, so Ana amek dan baling dekat Jay (dua dua perempuan), si Jay tak puas ati dia kata Ana baling bola di luar kawasan.. pastu dia amek bola tu dia kejor si Ana maka adengan kejor mengejor berlaku dan bila dah dekat Jay bantai Ana dengan bola tu.. sudahnya bergado tarik-tarik rambut uollssss.. dahler memasing rambut rapunzel.. sedaplah bergolek-golek.. dahtu yang lelain tak terus leraikan.. boleh bantai gelak jek..

3. Moero Attack - Kesatria Baja Hitam - Gaban
Ya ampunnnnnnnnn.. cerita paling hebat dekad 80an tu.. aku sanggup kena marah dengan cikgu pegi sekolah agama lambat demi Moero Attack ko.. sape mampu tandingi jalan cerita dan imaginasi sehebat itu.. Lingkaran Berputar!! Servis Berkembar!! hebat sungguhhhh.. kalo dia buat balik smula confirm aku tercegat depan tv ngadap..

Tak lupa juga Kesatria Baja Hitam dan Gaban.. nama tajuk pun dah boleh bayangkan kehebatan cerita.. wakacau wakacauuu.. sekali lagi.. hebat sungguhhhh..

hmm masa aku lebih kecil lagi sebelum Moero Attack segala tu cerita tersedih di dekad 80-an.. Oshin.. haaa aku kecilll lagi masa ni tapi aku ingat nama Oshin menjadi sebutan.. sangat sedih cerita ini..



oh jenuh dah.. lenkali sambung..

Wednesday, September 28, 2011

great meal

i'm just having one of the greatest meal in my life; ubi rebus + sambal tumis + udang ikan kering + kopi 'o' .. this is what we called love.. hahaha.. great choice of minum petang.. lebihan mesyuarat petang ini hehehe.. nasib baikkkkk ada lebih.. dah kecur-kecur liur masa caterer anto makan tadi.. hahaha.. nampak na asal ada mesyuarat jek cepat-cepat jeling tengok caterer anto makan apa..

this morning pulak masuk cafe ada pulak jual kupang dimasak bening ek apakenamanya.. tak toleh kiri kanan terus capai kupang tersebut.. sangat sukaaaa.. another love.. agak sukar nak dapatkannya.. teringat last time masa bengkel kat hotel apentah dekat KL di meja buffet ada kupang yang bersaiz separuh tapak tangan disirami keju kot ntah tatau masak apa dan rasanya masyaAllah.. mengalirkan airmata di meja makan kerana terharu dapat menikmati makanan sesedap itu lalu mengharapkan hari-hari seterusnya chef kekeringan idea lalu masak kupang tersebut hari-hari tetapi sedih.. chef tak mampu membaca isi hati aku lalu dia masak gaya yang sama tetapi menggunakan udang kot yang tidak mampu menandingi kesedapan kupang itu.. *sruuutttt (tarik balik air liur aku yang meleleh hahahaha)

-----------------------

layout facebook yang bertukar bebaru ni menimbulkan banyak kemarahan orang-orang yang suka marah.. aku? takde perasaan langsung.. tak kesah ler dia nak buat apa pun.. bukan keje aku ngadap facebook 24/7.. tetapi aku dapati layout baru facebook ni menjadikan stalker akan bersifat lebih stalker.. 

hahaha admit it u guys.. kebanyakan orang memang tak guna sangat fb tapi korang masuk jugak tengok dan baca status-status kengkawan itu.. dolu setakat top stories recent stories.. nahhh sekarang ni fb bagi ko segala mala apa pergerakan ko untuk tatapan umum yang terlalu umum.. setiap yang dikomen di like dipaparkan dengan penuh keterbukaan.. dolu nak tengok too much details ko perlu la pegi profile orang-orang tersebut tapi skang tak perlu ke profile orang tu, ko page ko jek ko dah leh baca yang memacam.. 

maka ramailah yang copy paste permintaan agar korang klik kat nama diorang dan untick la status untuk komen dan like supaya tak terlalu umum.. harap maaf.. aku tak buat.. aku malas dowhhh.. tapi untuk orang yang introvert dan pendiam lagi pemalu macam aku huahahaha pun tak suka gak sume benda orang nampak.. terlalu kepo lah kan layout baru ni.. 


Tuesday, September 27, 2011

sangat berdebar-debar

kenapa lambat lagi? kenapa? dah siapkan ceritanya.. tayang je ler.. lambat bebenor.. berdebar-debar dah ni nak tunggu..


Saturday, September 17, 2011

Kain pelikat la la la la..

Alisyia and adrieyana is now listening to. my favourite songs when I was at their age.. Yeah I listen to Anuar & Elina non stop..

We had the piring hitam.. I remember the cover was in green color.. All the songs' lyrics were written behind the cover.. I love all the songs especially the kain pelikat one.. But now can't really recalled the lyrics though hehehe..

I used to stand on the small table singing and dancing to all the songs.. There were one song that quite sad to my ear, I cried to the song.. Sangat drama kan.. At age of 5 or 6 at that time.. Hahaha.. I'm still dramatic to this point of day pun hiks.. :p

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, September 16, 2011

I'm a Johorean.. I'm Proud of It..


I found one article about Things You Should Know About Johorean.. Its been circulated year by year.. Aku perasan dalam tahun 2005 dah ada but then maybe earlier..
I'm not sure who was the original writer but i must say the article really make me smiles..

Jom kita cuba kupas kebenarannya dari perspektif the writer and my experience through it..
 1.“They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-

Ni awak punyer ekk?

Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.”

So please observe your friends when they are talking to you, if they uses so many of ‘ekkk’ confirmed orang Johor
ahaaaa ini memang sume orang sangat tau kan.. sebagai contoh, aku penah call exbf aku dolu, citer doooolllluuu ni, dia selangor, kebetulan dia takde and phone dia tinggal kat umah and kawan dia angkat.

Me : Ola
Kawan: Aloha
Me: Eh? Saad (bukan nama sebenar) ada?
Kawan: Dia takde
Me: Ooo takde.. dia kuar ekkk?
Kawan: Ha'a.. u ni kawan dia ke?
Me: Ha'a
Kawan: Orang Johor ke?
Me: Ha'a.. Mana tau..
Kawan: Abihtu cakap ada bunyik ekk ekk
Me: Huh? (confused)
Kawan: Biasa kan orang Johor kalau cakap belakang dia mesti ada ekk ekk..
Me: Ohh.. ekk.. erkk.. haha..

2.They refer to Johor Bahru as Johor and not JB
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?


So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
well actually yang ni aku tak berapa tau, maksudnya masa zaman kecil aku tak jumpa benda ni memandangkan aku adalah orang JB dan tak penah kuar dari daerah JB la kiranya.. hehe.. dah beso baru aku tau bila one day aku berbual dengan my fren and dia refer kata nak pegi Johor.. aku pun quite confused at that time and she needs to explain.. huaha.. so now i knowwww..


3.They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).


Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
yeah memang la kan.. eh yeker orang johor je yang cakap bunyik o o ni.. ke johorean jek yang perasan.. hehe tapi aku ingat masa aku kecik dolu masa lari wakil daerah, aku wakil JB la masa tu, bila abih tu kan biasa ada penyampaian hediah, ada satu group cheer ni bila time Muar menang.. diorang cheer jerit reramai "Muor!!".. satu stadium berdekah..

and one time jiran aku tegur aku, 
Jiran: dari mana mallll?
Me: bandor
Jiran: bandor? ehh.. bandAArr la bandAArr bukan bandor
(excuse my jiran dia bukan johor origin)

4. They are brash with a CRAZY sense of humour
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor
I'm not so sure.. well most of people loves to joke right.. most la.. for me yeah i jokes a lot and also few of my friends.. even from other negeri.. this is very subjective ekk..


5. "Diorang ada ENDUT **."

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?Kau pergi berendut kat mana ?Orang berendut dia pun nak berendut.
ha'a kan kecik-kecik dolu memang pernah guna pun perkataan endut ni.. sekarang ni dah takpenah la.. ada lagi ke yang guna.. siseh ek bunyik perkataan ni.. endut.. hahaha sape la cipta..


6. "Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok...."
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya "
Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.
seriusli kat negeri lain memang takde ke gula tarik or sagun or candy tu? ishhh takkkkaaannnnlahh.. tapi yeah i had that a lot masa kecik-kecik dolu.. bebotok? i called it botok-botok.. love love love love it so much.. but nowadays ni very hard to find a good quality of botok-botok.. well susah dah kot nak carik pebagai ulaman..



7. "Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock ."

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !
hahaha no komennn.. well aku sebenarnya tak bape leh relatekan cite antara pengaruh barat-kawen mat saleh-rockers.. ke aku yang lemb.. hmmm maybe aku yang lemb kot..
 
8." Kenduri Kawin Ada Telur Pindang"

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

ehhhh mestiiilllahhhh.. tapi skang ni dah susah pun nak jumpa telur pindang.. only some true blue johorean still have this telur pindang termasuklah my family.. all 9 of us had this telur pindang for our big day.. and its true quite rumit penyediaan dia.. makan berhari-hari nak buat telur pindang.. lagi lama rebus lagi shedaappp.. tapi i don't think cost dia tinggi kowt.. leceh yeklah.. hmm tapi still la lebih kosnya dari rebus telur biasa kheennn..


9. "Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **."

okay the writer had no explaination on this.. or orang yang copy paste tertinggal.. almaklum dah di copy paste hundred of times.. ini sampai skang pun aku still guna.. 'Sheraaa.. gi amek Lece bentang sini' 'Lila gi simpan baju ni dalam Gobok.. ada one time in my Uni years, member aku the nonJohor one ask for something.. aku suh dia amek sendrik 'tu ar ada tu ko tengok dalam gobok aku' and she was like 'ah? apa?' 'tu ar dalam gobok sana pegi la tengok' 'gobok tu apa?' 'gobok la.. gerobok' 'apa? (blur)' 'err.. almari la'... 'hahahaha gobok? kelakarnya.. apsal ko panggil camtu' aku tiada jawapan...


10. "They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!"
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!  

seriously so true.. heheh.. i'm growing up waching SBC channel.. sangat jarang tengok tv malaysia.. most of movies kalau yang ditayangkan kat malaysia kitorang dah tengok dulu kat tv singapore.. but then actually tv indon lagi advanced tau dari singapore.. yeahhh kita dapat gak channel indonesia.. kalau orang lain negeri cuma ada dalam 3 ke 4 channel kita kat johor ada dalam 10 ke 11 channel untuk dipilih..

okay tu jer.. and ini adalah tambahan oleh the writer.. the Kamus Johor she said..

Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

well aku rasa tambahan yang bleh aku buat adalah tentang pakaian kot.. aku rasa sume orang tau baju melayu lelaki untuk orang Johor adalah Baju Melayu Teluk Blangah or Belanga ke i'm not sure how to spell it heheheh.. even for my danda pun dia takpenah ada baju Cekak Musang.. setiap kali mesti lah Teluk Blangah itu.. agaknya tercekik kot pakai Cekak Musang tu.. kalo orang leher pendek lagi la senak kan leher itu.. hahahaha..

err itu je kot yang prasan very obvious.. ok dah.. cukup gigih dah mengulas ni..
 

Template by Best Web Hosting