Monday, December 22, 2008

masalah aku dengan shopping troli

aku tatau la apa masalah aku atau masalah troli tu.. tapi aku rasa setiap kali aku nak membeli belah dekat giant itu aku mesti teramek troli yg bfungsi mcm lahanat (maaf aku gunakan bahasa kurang sopan sbb aku nyampah)..

aku yg silap pilih troli ke mmg troli2 tu bprangai cenggitu.. asal aku tolak g depan jek dia mesti nak g kanan jalan senget2.. apa aku tpilih troli ketam ke.. jadik sebab dia asik menyenget aku tpaksa gunakan daya kekuatan aku untuk tolak kasik dia jalan tegak2..

nak amek troli lain aku pemalas giler sbb aku nak kena lalu jalan sana tu utk kuar sebab troli tu kat luar sumenya.. masa aku tolak memula td masa amek aku xprasan tapi bila aku dah konfiden amek2 brg masuk dlm troli baru aku prasan dia x best.. haihhh butet ahh..

kadang2 tu dapat troli yg sebijik tayar pusing2 la.. walaopun dia jalan ok je tp sebijik tayar yg pusing2 x ikut prosedur tu nampak cam siseh jek mengganggu penglihatan aku.. blom lagi yg troli buat bunyi2an laa.. krek krok krek krok.. korok la..

jadik tu kadang2 nak amek troli tu je aku dah mcm org bersopping pulak kat luar tu.. amek satu eksen tolak tolak sket.. x ok.. rejecttt.. amek yang ni plak carik yg nampak baru sket.. bergaya tolak-tolak lagi.. eh mcm pelik jugak.. tolak tepii.. amek yg tu plak eksen eksen lagi tolak tolak.. haa ok kot yg ni, haaa baru ler amek and jalan.. tu pun tetiba kekadang dah jalan 7 meter tprasan ada gak tak kena.. patahhhh balik.. cetss..

bukanlah apa.. nak tolak troli pun aku rasa kena ada keselesaan dia gak.. kalo ko asik nak kena tolak guna segala daya badan.. sakit arr badann aku.. sape nak massage kan plak.. jadik biorlah org kata ngn troli pun nak berkira.. pedulik arr.. aku yg nak kena tolak troli tu tauuu..

Friday, December 19, 2008

tepon baru ku low quality??

disebabkan kedua tepon ku yg rosak spt yg aku crita kan panjang lebar di entry sebelum ni.. maka aritu masa cuti raya haji my dear danda telah membelikan tepon baru utk menggantikan nokia 6110 itu bagi numbo 016.. i want a simple fon and he got me one.. white and pink lining lagi.. :)


kita kan ada dpt emel fwd2 yg pasal keoriginalan tepon kita sume melalui tekan *#06# kat tepon kita dan dia akan kuarkan satu siri numbo.. ni xtau la btol ke idak yerr...

------------------------------------------------------------------------------------------------
Semak numbo yg ke 7 dan 8:

1 2 3 4 5 6 7 th 8 th 9 10 11 12 13 14 15
Phone serial no. x x x x x x ? ? x x x x x x x


IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality
IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good
IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality
IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality
IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health
--------------------------------------------------------------------------------------------------

itu kata-katanya.. maka sblom ni aku telah menguji tahap keoriginalan tepon2 ku.. tepon aku yg nokia 6110 sblom ni mempunyai kod 00.. original factory kononnya dan sangat lah bagus.. huk huk.. batuk aku..

tepon samsung pulak kod dia 01.. Finland yerrr.. bagus yerrr.. hmm..

tapi aku cek tepon baru aku ni kod dia 02!! made in China? LOW QUALITY?? aduhhhhh panjang x usia tepon aku ni..

moga-moga tepon aku ni panjang umor supaya xnyusutkan duit aku utk 3 4 tahun akan datangggg.. amin...

Wednesday, December 17, 2008

awal sungguh sampai ke opis pagi ini

disebabkan oleh my danda need to catch up early taxi coz the new Iskandar Immigration building is design only about building not about how peoples going to reach there.. congratulations for the building design coz yes its beautiful but please.. the road is pack sbb laluan yg sempit disebabkan pemikiran org yg membuatnya mungkin sempit dan dia x pernah rasa mcmana heavy nya traffic everyday di tambak itu..

gambar bukan hiasan yang diamek dari utusan.. payah tu keta ngn bas nak kongsi2 jalan..

because of that, aku pun pegi ler keje awal sampai opis punch kol 7.16 am.. hmmm.. mungkin utk ramai org lain lewat gak ler tu.. tapi pd aku tu dah kira awal memandangkan hari2 biasa aku dtg pikul 7.40 am dan ke atas..

paper2 arini sume menceritakan tentang the massive traffic yg blaku kat bangunan iskandar itu.. dahler skang sume kena pkai touch n go.. and org ramai xtau.. xde langsung kaunter tunai.. patutnya before diorg laksanakan they have to distribute pamplets kat kaunter tambak lama dlu mengenai penggunaan touch n go.. xpasal2 kena jual plak kad touch n go kat kaunter situ.. hehehe.. wahhhh laku touch n go yer.. sape punya tu???

gambar diamek dari thestar.. owh gambar ni nampak cam biasa ler nak masuk checkpoint..

and sape yg naik bas lebih malang coz skang ni diorg nak gerak from checkpoint itself dan ke area city square utk naik bas katanya hampir 1 km away.. pergh.. thats exercise..

anyway kita harap keadaan leh diperbaiki supaya perjalanan lebih lancar yg memang sepatutnya jadi lancar disebabkan in lah tujuan utama this CIQ building been built..

Tuesday, December 16, 2008

cuti yang sebok..

heheh.. cuti panjang minggu lepas.. sambung cuti dari senin bawak ke selasa pastu sambung rabu naik keje kejap ari kamis ppastu cuti lagi ari jumaat dan sabtu ahad memang ler cuti pastu sambung lagi ari isnin.. owh nampak cam bahagia jek bercuti2 itu..

tapi cuti aku agak penat memandangkan aku kena uruskan kehilangan paspot maid aku yg telah dibawak larik oleh ejen xguna itu bersama2 wang2 untuk tujuan perlanjutan tempoh bekerja kat malaysia..

naik trun imigresen, pegi balik pegi balik pejabat polis - buat report tarik balik buat lagi report baru.. hmmm.. g imigresen lagi.. g unit penguatkuasaan (actually ni danda je pegi aku tggal kat umah kemas baju nak g ipoh).. g konsulat indonesia.. g lagi konsulat indonesia.. sampai la ni xsetel lagi.. ari kamis kang nak kena pegi lagi unit penguatkuasaan nak buat rayuan kurgkan kompaun sbb maid aku dah dok sini lebih dari tarikh dibenarkan.. kiranya dia skang dah taraf PATI..

abih setel2 ni sume nak kena anto dia balik indon for good.. pening lak pkir nak carik maid baru.. sementara nak dpt maid baru tu nak kena anto alisyia adriyana pegi taska ke.. oh no.. mcmana ni.. bagi kata2 positif meyakinkan aku utk anto anak2ku ke taska..

Thursday, December 4, 2008

benci btol dengan tepon2 ni..

makin teruk dah.. huh.. uwaaa sedey sbenarnya.. fon aku dua dua dah rosak.. DUA DUA SEKALI PADA MASA YANG SAMA!!!!!

hangin seyy.. fon nokia aku ni aku bli second hand.. tp masa aku beli quite new lagi maybe pkai x lama.. aku x sure kalu dia ada masalah sbb masa tgk2 belek2 dia ok jek.. but then few days after aku sedar tepon ni bmasalah.. dia suka mati sendirik.. bayangkan ko tgh taip msg panjang2 berjela ni dgn semangat sambil sengeh2 gembira sebab tgh menaip gosip.. then ko pun nak send.. tgh ko baru nak send tetiba 'pop' fon ko trus go blank mampus skejap.. then dia dgn misteri meng'on'kan diri dia sendrik pastu dia xla mcm komputer yg kekadang ada save otomatik ko leh retrieve la sket sebanyak apa yg ko dah taip tadi kannn.. hampasss la xde apa maka ko tpaksa la taip sendrik balik sume2 gosip yg ko dah taip panjang bjela td tp kali ni dah jadik pendek dan xshow mcm td sebab penat dah nak taip balik... haaaaaaaaaaaaaaaa tu la antara situasi yg aku tpaksa berhadapan ngn tepon aku ni.. tapi kira dah 2 tahun la aku hadap dia dgn penuh kesabaraaaannnnnn..

tengok tuuu.. ada lampu jek xnampak apa.. pehallll..

tapi dah sebulan ni dia dah makin sakit.. display dia ilang trusssss.. well aku rasa nokia mmg slalu ada prob mcm ni.. aku penah mrasa dgn tepon2 nokia tdahulu bab2 display ilang xnampak apa ni.. tapi aku rasa tu zaman ujung 90-an masa aku awal2 pkai tepon.. xsangka sampai skang diorg can't fix the problem.. well skang ni aku hanya mampu mendengar saje msg2 yg masuk kat fon aku.. hehehe.. nasib ler.. angkat tepon pun angkat je la xtau sape call.. haihhhh...

jual pun xlaku tau.. cina kedai tu amek sepuluh hengget je gamaknya.. ke dia xmo pun.. :(

now dah 3 minggu plak aku ngadap tepon samsung aku yg xmo bfungsi slide bhgn atas niiiii.. susah gla aku nak buat call msg dan sebagainya.. dia telah hilang deria rasa.. slide bawah xde problem but then slide atas x bfungsi maka maknanyaaaa campak ke laut sudahhhhh.. arghhhh adoiiii.. nak kena mencarik tepon baru ni.. benci btol!!!!!

nampak ala2 normall gitu kan.. tekan la sampai merah2 ibu jari pun dia xnak layan punya laa..
lampu idup yekyerr je.. pastu xmo padam2 lak lampu.. menyala terusss...

ni sume bakal menghabiskan duit.. maka pakai je ler satu tepon saje.. choose ler nak pkai 016 sahaja yg menggunakan kredit ituuuu atau pkai 019 yg pkai line.. haihh hmmmm..

Wednesday, November 26, 2008

mimpi yang pelik lagi buruk dan memenatkan

itu lah yg aku slalu hadapi boleh dikatakan tiap2 ari.. bleh dikatakan quite like nightmare la.. i think i had a bad dream since i was a little girl at around 6 or 7 years of age.. one of the first tiring dream i had that i still can recall is my neighbour mak leha punya cucu lelaki hilang.. everyone were looking for him including me and i finally spotted him on top of the roof at their own house.. the boy must be around 1 or 2 years old at that time.. the tiring thing is i'm running and running inside my dream and when i woke up the next morning, i felt exhausted.. :(

then there's one dream of me riding a bicycle at night between our masjid and the shophouse in my kampung.. at the side of the road was one big hole full of water.. suddenly one big monster appeared from the hole and tried to grab me.. i screamed and crying and running away.. i found myself waking up with sob and tears running down my cheek.. huh..

one time i'm dreaming about a bad guy chasing after me.. dunno why.. its started that way anyway.. so i'm running, hiding, running, hiding and the last thing i remember i run inside vegetables orchard and hiding inside the 'batas' for the vegetables..

there's also a dream that happens in sarawak (i never been there.. but i know the dreams take place in sarawak because somebody in my dreams mention it). i'm following a rombongan.. i think its rombongan diraja.. like org dulu2 la tapi nya.. kitorang kena menyeberang satu sungai yg ada air terjun.. the scary thing is setiap beberapa minit ada buaya yg akan turun laju2 from on top of the air terjun and if we're late.. we might been eaten by the crocodile.. its one dramatic and nervous situation.. so berdebar-debar.. i don't think ada sesiapa kena mkn dengan boya tu.. and i think xsempat pun for me to cross the river because my dream had ended.. org2 lain ada yg sempat dah..

so tu antara mimpi2 aku yang sangat2 buruk lagi penat.. aku perasan aku selalu berlari dalam mimpi.. and it really is tiring.. kalo aku xberlari pulak ada jek benda2 yg menakutkan.. last night aku alami lagi mimpi yg mengganggu.. i remember sitting beside at the beach and admiring the view.. the weather is beautiful.. redup berawan.. tiba2 awan tu memberi ruang dalam bulatan and the sun shine through it.. its beautiful but yet its quite weird like something gonna happen.. peoples enjoying the view and walking under the shining circle (padahal kat pantai tu tapi org leh jalan lak dalam air hehehe.. nama pun mimpi).. then not long after.. air laut start to berombak2 quite heavily.. the peaceful view change to something nervous breaking.. air laut macam berkocak2 and change color to yellow2 orange.. macam org buat experiment kimia lak.. masa tu org2 dah cuak.. aku pun cuak.. mula aku tpikir eh aku blom smayang lagi ni.. hehehe.. see.. waktu mcm ni ler baru nak ingt belum buat itu ini belum sempat beribadat pada Tuhan yang Ahad ye tuan-tuan dan puan-puan.. tapi xde benda buruk jadik sebab mimpi aku berubah lak.. something like ada org jahat yg membunuh sesape je kat depan mata dia xkira pompuan tua ke kanak2 ke.. so sume org asik berlari menyelamatkan diri..

haaahhhh.. penat.. i always wondering why i had all this bad dreams.. dulu lagi la.. aku mesti tjaga tiap2 ari at 3 am and aku xleh tdo balik until 4 or 4.30am.. macam2 doa aku amal aku hapal.. tiap2 ari gak aku doa mintak jauhkan mimpi2 ngeri yg penat ni.. baca mcm2 lagi sebelum tdo.. still syaitanirrajim ada kaco aku dalam mimpi.. huuhhh..

skang ni i'm getting used to all those weirdos dreams.. mimpi mainan tido katanya.. tapi ada gak benda2 yang mengingatkan kita macam mimpi2 dunia nak akhir zaman.. mmg masa tu kita rasa banyak sangat dosa and xcover lagi dengan amal2 kita.. sebagai ingatan buat aku sendiri yer..

Friday, November 21, 2008

apa tebiatnya akak aku ni g tag aku yg pemalas giler ni..

pastu paksa aku suh buat gak ler ni.. teruk la kak ul ni.. ni sume rentetan kawan dia si uji ni.. si uji ni rentetan dari sape la plak.. hehehe macam aku kenal.. xpe.. uji tu xbaca blog aku.. tag tu suh tulis tangan sume benda2 yg aku dah tulis tangan ni pastu aku amek gambo pastu aku buh kat sini.. ni dia tag nya..


dah lah tu dia suh lak kita tag 6 org lagi.. aiseee sape lak aku nak suh tag ni.. tag sudahlah.. korang nak buat, buat.. xnak buat dah.. buat je lah..

i'm tagging...

1. JawaGilerJepun -asuhara san
2. cikberr-cuti-skolah-xde-keje-main-audibles-kat-ym
3. artakus-yg-sedang-tiada-internet (jawabnya xberbalas la tag aku ni)
4. tokei kedai gula2 mr kaff (sama kan mcm artakus xde internet.. hehehehe)
5. izan-rest baik2 yer kat umahh
6. norazita - rest sama cam izan yerrr..

hahahaha.. harus bersusah payah seperti aku yer...

Thursday, November 20, 2008

Bandung continued..

sambung sket la walo malas2 pun..

Day 4

patutnya early2 this morning, kitorg dah checkout and menuju puncak.. gemilang cahaya nanana nana nanananana.. menuju puncak.. impian di hati azam sejati.. uwekkkkkk.. hehehehe.. ha patutnya kitorang pegi ke Puncak.. tapi pastu saya rasa ada xpuas ati saya perlu sopping lagi.. so kitorg gerak g Rumah Mode.. tunggu dia bukak kol 9 am.. lepak2 kat tempat makan kat situ.. pastu mula lagi sopping sopping sopping..

dlm kol 11 abih sopping kitorg mula nak gerak ke Puncak.. tapi on da way ujan dan dgr radio berita kata jalan menuju ke Puncak macet (jem).. sbb tadi mlm ada tanah runtuh dan sudah ada korbannya.. Jalan balik dari puncak pun dikatakan macet jugak so kitorg batalkan la niat nak ke safari di puncak itu maka truskan la perjalanan ke jakarta..

jakarta.. here we come..


ini kediaman presiden kot.. err white house ehehe.. agaknya xingt plak..
stasiun jakartakota

sampai jakarta check in kat hotel kat ancol mercure convention centre.. kat area situ ada kira taman mini ler.. ada memacam kot.. taman fantasi la.. taman air la.. xde banyak aktvt kitorg buat kat jakarta sini.. jalan2 dia macet and jadik malas plak nak mangga dua ke tanah abang ke.. cuma singgah makan kat simpang raya lagi.. enough of spending money lagi pun.. we set off early malam tu.. penat..

makan kat simpang raya lagi.. see banyak giler lauk.. but satu lauk yg confirm ada kat setiap simpang raya is ayam pop.. tu yg depan tu.. ayam pop ni ayam rebus makan dengan ada sos dia sendrik..

Day 5

pagi trun breakfast pastu bawak alisyia adrieyana main2 air kat swimming pool kat hotel.. pastu tghari checkout simpan brg and jalan2 kat tepi2 pantai tu.. pantai dia dekat giler dengan jalan.. agaknya kalu air terlebih naik sket mmg abihler banjir ancol tu..

alisyia was having fun

pantai kat ancol yg dekat giler laut ngn jalan

siap sediakan org cover ala2 khemah tu.. senang org relax2..
mini roller coaster.. kejap giler satu round.. blom abih jerit dah sampai gamaknya..
pastu naik gondola @ cable car.. ok lor alisyia was having so much fun.. balik kitorg makan kat simpang raya kat situ pastu trus balik hotel amek barang and pegi airport suekarno hatta kamal.. and bermula lah episod menunggu kat airport disebabkan flight delay.. huh..

nak naik cable car

nampak x gambo gondola cop tangan ituuu.. itu pun nak tunjuk.. elehhh..

macam2 view dari gondola..
sekian..

Wednesday, November 19, 2008

Bandung Trip 12 - 16 November 2008

Day 1 (wednesday)

Ini adalah kali kedua aku ke Indonesia tahun ni.. aritu bulan Jun pegi Bali la ni pegi Bandung lak..
Setelah mengalami memacam rintangan akhirnya aku sekelurga sampai gak ke Bandung jam 6.30pm ikut jam tangan aku.. kalu ikut jam tangan orang bandung baru kol 5.30pm.. aku demam pada hari itu dengan suhu badan mencecah 39.8 degrees..

ni pemandangan bandung dari atas

Sampai2 dekat airport dia.. kecik sahaja seperti ini.. berebut2 nak amek bag.. dia xde sistem pusing2 tunggu bag tu.. kita kerumun ramai2 dekat pak kastam tu tunjuk beg kita mana satu nanti dia amekkan..

airport bandara hussein sastranegara bandung.. kecil sahaja..

pak supir kami pak adnan from mulia rental company dah tunggu.. kami mintak avanza.. satu ari 16 jam sewaannya adalah IDR 350,000.00.. dia anto kami g hotel apartment iaitu Grand Setiabudi yg terletak di Jalan Setiabudi.. Apartment tu 2 bilik and 1 bathroom. Also complete with hall and kitchen.. Nice.. we can cook.. quite complete..

our apartment.. Grand Setiabudi..

Malam tu we had our dinner at Dapur Sangkuriang.. its a Sundanese food.. ikan gurame.. kepakaran diorang katanya adalah sup ikan.. the fish is fresh from the pond.. they have a pond inside their place.. the food taste quite good but i think its expensive.. lebih kurang sama jek makan kat malaysia.. mcm lagi mahal jek.. anyway pak adnan already warned us about the price.. after dinner we just get back to our apartment to get some rest..

Dapur Sangkuriang.. Specialty in Fish Soup.. yang datang sini banyak pelancong la.. kebanyakan dari malaysia.. u feel like being at home :p
Day 2 (thursday)

We start our day early.. walopun jam kat sini lambat sejam dari malaysia tapi cuaca diorg sama jek.. kalo kita kol 7 dah terang, diorang kol 6 pagi dah terang gak.. most of our shopping complex bukak kol 10 rite so diorg bukak kol 9 ler gitu..

bersiap sedia nak menempuh jalan2 di bandung.. tengok map dlu.. hehehe macam la drive.. tentu2 ada org bwkkan..

second day ni we went to pasar baru first.. pasar baru ni altogether ada 7 floor.. let see what they have there as i can recall ek.. kat situ jual baju2 batik, tudung2, telekung, baju2 kerawang (not much choices la pun), pakaian org nak g haji umrah, kain2 ela and kain2 lace (cheap i think, i dont stop coz nobody going to be married as far as i know), ada handbag2 kat tingkat atas tu, baju2 dress ke blouse utk pompuan.. boleh dikatakan pasar baru ni utk org pompuan je ler.. price quite ok ler tapi hard to bargain.. kedekut giler nak mintak kurang.. masa g bali aku rasa lagi senang nak mintak diskon..

atok nenek and alisyia memilih baju batik atok nak beli

after pasar baru we went to err.. heritage cascade xsilap aku.. skang dah masuk acara factory outlet.. rasanya bandung ni sbenanya mmg all about factory outlet pun.. specialty diorg la kiranya.. branded stuff with cheap price.. not sure sume tu ori x sbb ada yg some stuff aku ragui keorian dia.. but ada yg bleh dipercayai kot..

one of the famous factory outlet.. heritage cascade

after heritage p plak ke rumah mode.. sopping sopping sopping.. memang murah2 ler.. main tarik je apa nak beli.. puas ati.. pastu balik hotel dah kot sbb girls dah penat.. my in law pun nak rest.. makan malam tu kat hotel je kalu xsilap.. oh cuma me danda and alisyia ada kuar pegi dekat toko tiga tempat jual sluar jeans..

another famous factory outlet.. Rumah Mode.. i shop till drop here.. hehe..

Day 3 (friday)

jalanan2 di bandung..

today we went to tengkuban parahu.. sight seeing sket.. cuaca ada rasa dingin sket tapi sbb matahari tengah tegak kat kepala.. panas terik gak.. tengok ler kawah berapi tu.. ada bau busuk sulfur sket.. yang paling tak tahan kat sini org kejar suh beli barang.. dia bleh kejar dari trun keta sampai kita berjalan2 kat bawah2 kat kedai2 tu sampai kita naik keta balik.. diorg follow jek.. ada dekat 5 org follow kitorg.. mak aii.. pastu mahal lak tu brg dia jual..

pintu masuk g tangkuban parahu

yaaa ni dia kawah volvano busuk tu..

kedai-kedai yang ada jual mcm2 brg kraf
this thing mmg menarik.. kalu tgk mamat tu pegang batang pokok.. pokok tu dalam dia ada design.. xyah ukir2 dia nya texture mmg semulajadi cantik.. corak batik gitu..
balik dari tengkuban perahu singgah balik kat pasar baru.. ada brg yg blom dibeli nak dibeli.. pastu pegi outlet utk children.. pegi terminal tas tangan.. pastu g jalan dago tu pegi Grande.. dahtu patah balik lagi pegi Heritage Cascade.. balik hotel kejap pastu pegi Rumah Mode lagi..

trun dari tangkuban parahu singgah beli sate kelinci (rabbit) hehehe.. banyak giler diorg jual kelinci kat sini.. saje nak rasa sate indon.. lain sket kan dari malaysia..

Makan malam tu makan makanan minang Simpang Raya.. sampai2 jek diorg trus bubuh buk buk lauk berpinggan2.. kaget kitorg.. eh ni kira cemana ni.. rupanya diorg bubuh sume lauk yg ada pastu kita pilih nak makan mana.. bayar mana lauk kita makan ler.. rasa boleh tahan la berasa masakan diorg ni..

amek tu lauk pauk skali dtg berdebuk2 memranjatkan org jek..

so tu ler aktvt lebih kurang selama tiga hari di bandung.. penat la nak cite.. malas..
 

Template by Best Web Hosting