Showing posts with label tour. Show all posts
Showing posts with label tour. Show all posts

Thursday, December 23, 2010

my beijing trip part I

early this month, my colleagues and I plus few other department's staff headed to Beijing for about 6 days 5 nights.. its actually a part of company punya program.. urusan rasmi + pelancongan juga.. so seperti biasa aku perlu jot down my experience for future reference.. iyolah mana tau nak poie lagi..

on 5th Dec tu kitorang naik flight Air Asia kat LCCT dalam kol 0830, sebab penerbangan adalah selama 6 jam, maka aku berdoa supaya banyak seat kosong untuk aku berpindah ke seat2 yang x pack.. luckily flight tidak bape penuh, ada a lot of tempat kosong, so sebaik sahaja selamat untuk bergerak aku trus memburu krusi kosong dan conquer terus 3 seat kosong dan bleh tido dengan amannya sepanjang perjalanan (tapi tak begitu aman sebab aku telah pilih seat belakang sekali yang dekat dengan pintu toilet dan pintu toilet tu jenis tak reti tutup diam-diam setiap kali orang kuar masuk mesti gedegang gedengang bunyinya, nasib baik x busuk)

disebabkan lamanya terbang maka perlu makan dalam flight, dahler menu pilihan tak banyak pastu sebab aku dok belakang bila time aku, menu yang aku harapkan nasi ayam hainan dan abih yang ada cuma Vegetarian Kung Pao Chicken With Rice.. hmmpph tak sedappp!! tapi sebab lapor maka makan sampai habih tak toleh kiri kanan sampai sorang pramugara tu lalu terus tegur amboi sedapnya makan tak toleh kiri kanan.. nampak na aku tengah melantak dengan burok dan khusyuk sekali.. ces..

Tido bangun borak tido bangun borak last-last dalam kol 1500 kitorang sampai ler ke Tianjin Airport.. oh disebabkan Air Asia takde flight terus ke Beijing maka perlu ke Tianjin dolu dan amek bas ke Beijing yang akan ambil masa lebih kurang 2 jam.. sebelum kuar flight sume orang dah kuarkan winter coat memasing dan ada yang sarung stokin sampai 2 helai sebab badan tak kalis sejuk.. langkah jek kuar dari pintu flight dah rasa angin sajuk serbu muka.. ouuu i likeee (terus terang i sangat jakun okay sebab belum pernah pegi negara pada musim sejuk and aku suka sejuk-sejuk ni).. excited giler sume orang hehe..

Lepas setel imigresen amek beg segala, kuar-kuar tu Tourist Guide, Henry dah tunggu dengan pegang nama member kitorang yang jugak kiranya ketua la dalam tour kali ini.. tunggu sume orang kumpul kitorang pun kuar la dari Airport itu dan sekali lagi 'huaaaaaa sejukkkkkk gilerrrr'.. yelah dalam airport tadi sah-sah ler ada heater so idaklah rasa sangat sejuknya.. dok luar amek ko nganga jek mulut terus berasap-asap kuar..

Sempat lah kitorang snap-snap picture dolu depan airport tu.. pelancong kan kejenya memang amek gamboooo jek kejenya.. masa ni dah dekat kol 1600.. suasana sekeliling nampak berkabus dan suram.. pokok-pokok sume togel-togel belaka takde daun.. ranting jek tinggal.. tak silap suhu dalam sekitar 7 - 8 degree celcius.. kitorang naik bas yang dah sedia tunggu dan gerak ke Beijing..


Masa Beijing ngan Malaysia adalah sama iaitu kalo Malaysia kol 4 petang maka di Beijing pun kol 4 petang cuma musim sejuk ni siang pendek sket, kol 5 dah gelap dah masuk Maghrib.. Subuh masuk cam biasa dalam kol 0535 gitu, zohor masuk dalam 1230 kot, asar masuk dalam 1500++ dan maghrib masuk dalam 1655 lebih kurang. isyak masuk errr lupa lak dalam 1830 tak silap..

Sampai ke Beijing first thing first adalah dinner, masa ni dah kol 1800 gitu, dah malam perut sudah berkeroncong.. makan dekat restoran muslim.. memacam lauk ada.. banyak sayur-sayuran.. timun adalah antara menu wajib kat sini.. hari-hari lantak timun, nasib baik timun dia sedap.. minum pun hari-hari teh cina.. air masak kadang-kadang ada kadang-kadang takde.. teh cina teh cina teh cina..


Lepas makan kitorang dibawa gi tengok acrobatic show, masa ni dalam kol 1900 makk aiii sojukkk sangatlah sebab angin kuat giler.. sebenarnya stakat sejuk jek bleh lagi tapi kalau datang bersama angin kuat erghhh tak tahannn.. kitorang sempat singgah jap kat muslim mini market.. just beli air-air sahaja rasanya..

acrobatic show ni dalam sejam lebih kot entah ek lupa lak nak tengok jam.. memacam ler show-show dibuatnya.. ada gak yang aku rasa nak tertidur tengok sebab dahler suasana kat tempat dok penonton gulap gulita kan pastu kepenatan memang sangap arr.. aku rasa aku ada dengor dengkuran dari selang beberapa seat dari aku.. orang tak penuh sangat dalam tu.. banyak pelancong jek la.. rasanya mcam ramai Russian..

oh acara muto ni aku kagum sekalik.. diorang leh pusing laju-laju ramai-ramai dalam sfera kecik tu.. gilos ar..

so itu aktiviti untuk first day.. xdelah banyak aktiviti yer tapi bercerita panjang lebar tak kuasa orang nak baca kan.. ala-ala baca skip-skip jek.. huahaha..

Tuesday, July 27, 2010

crazy toy sale


baru-baru ni aku ada baca pasal crazy toy sale kat OZ every July from Salam2Benua. its one of my hari-hari baca blog.. hehehe aku just silent reader la a.k.a stalker.. hehehe..

so kemarin masa pegi takashimaya kat singapore, terserempak satu crazy toy sale.. pastu terus terpikir.. eh memang toy sale kena buat on july gamaknya..


emm murah ke? pada singaporean murah kot.. yelah S$1, S$5, S$10 longgok-longgok sume.. sume orang jimbit kiri kanan.. me and danda pun join the club.. hehe.. actually niat asal masuk spore sebab nak abihkan duit yang ada dalam autopass kitorang.. memandangkan autopass tu dah nak expired and before ni org kastam tu kata kalo expired dia punya duit dalam tu hangus maka sayang la jugak sebab ada dekat S$90 dalam autopass tu..

so danda cadang nak pi kinokuniya nak beli manga dia.. nak cukupkan manga 'one piece' dengan apa ntah lagi satu tu pasal perang-perang.. mau la aku taktau apa-apa memandangkan manga tu fully in japanese.. haremmmmm.. tapi in the end biasalah, berbelanja melebihi kemampuan gitu.. dah belik buku sambung belik toys.. *pengsan*

hmmphhh.. tak abih-abih manga dia..

the girls sbok membelek buku gak while waiting for ayah carik manga

and aku pun ada gak belik buku citer.. memandangkan stok buku kat umah dah banyak kali khatam.. apa ntah tajuknya 'Fallen' dengan 'All Glitters Are Not Gucci'.. tapi tak start baca lagi.. tapi dah belek selai dua A.G.A.N.G tu rasa mcm tak best sangat la.. sangat overdose rasanya tahap prasan buku tu.. later later..

Saturday, July 24, 2010

jalan jauh

pagi ni bangun pagi-pagi pastu pegi breakfast.. tau dekat mana? mersing! no wonder my MIL beriya suh kitorang balik kota tinggi malam semalam gak.. rerupanya nak ajak gi breakfast kat mersing.. huahahah..

kitorang gi untuk makan nasi dagang.. ada satu warung kat almost bandar mersing, dekat simpang empat entahlah tatau la kawasan mana.. my danda and his family memang dah bertahun-tahun makan situ.. everytime nak gi pahang balik skolah dia sana mesti wajib singgah situ.. sedap kot.. for me memang sedap gak lah.. but is it worth travelling for 1 hour just to have a simple breakfast.. hmmm depends.. me tak kesahlah coz i just slept all the way.. teeheheehehe..

didn't take any picture la.. i left my camera and handphone in a car.. i should remember la next time utk bawak supaya cita-cita untuk bercerita tentang apa yang dimakan menjadi kenyataan..

masa balik nak sampai umah, request kat danda suh belik belangkas.. but then i guess dia dah full sangat so dia takdelah selera sangat nak makan apa-apa so balik jek terus.. ada satu kedai jual belangkas kat kota ni.. glamer.. belangkas mahkota kot orang panggil.. memang sedapp oo.. ok maybe boleh cite pasal tu di masa lain..

Wednesday, December 23, 2009

bangkok part II

ahh sangappp malas ni tp sebab dah mulakan so kena abihkan.. maka cuba abihkan in one bulk kalo rajin kalo makin sangap maka berpartpart la tak abih2..

20th November 2009
because of the time difference and i didn't set my watch to thailand hours so we started really early.. going down for breakfast at 0700 (our watch is oledi 0800, and from this time onwards the story will be in thailand hours)..

looked at the breakfast and i gulp.. gosh what to eat.. memang ada variety of foods tapi kaknab warned me not take ANYTHING.. even the telur goreng coz they might fried it with minyak babi.. aduh babi sungguh.. so EVERYDAY i took only fruits and toast.. EVERY SINGLE DAY.. i curse u babi..

today takde apa aktiviti for the debator team cuma registration around 1500 and there will be and adjudicator test at 2000 so we decided to jalaaannnnnnnn.. then after breakfast lepak2 a bit and waited for the right time to jalanjalan..

don't really know where to go, sempat digging out just a bit of info about where to go when we're in bangkok and i choose to go to the shopping complex MBK.. heard much about 'em.. we had a map in our hand but how to go there.. by taxi? tuktuk? oh bodoh sungguh rasa sbb bleh tak perasan MRT station masa ni btol2 dekat luar hotel.. kalu tak naik MRT je senang gilak..

sebaik saje kuar kawasan hotel pak tuktuk sambut dengan senyum mesra.. he can speaks english so-so so i told him that we want to go to MBK, he said that MBK will only open at 1030 (its only 1000 at that time), so he said that he brings us to a souvenir place and if we were inside for more than 15 minutes, he can get a chop for gasoline.. so we think ok la why not.. we could buy some souvenir for our family and frens and also helped the tuktuk uncle.. and the journey begins..

the Tuktuk from our view..

tuktuk in thailand is known for their fast and furious driving style and yes it is.. scary maaa.. i need to hold on tight.. tapi overall ok jek.. kadang2 ada gak scene2 yg menakutkan bila dia buat u-turn and the car from other side was just thisssss close (err ibu jari dengan jari telunjuk didekatkan pada jarak 1 cm)

when we arrived at that so-called souvenir shop, its actually a jewellery place - gold, gems, crystal and so on.. oiii aku bawak duit RM500 jek oiii apakejadahnya nak suh aku beli emas buat souvenir.. ndak xndak layankan je ler.. so kitorang pun buat2lah tengok-tengok sume segala harta pusaka yang ada kat situ.. 'oh mem, don't walk so fastttt, please look at which design u liiikkeeeee so we can custom made it for youuuuuu' (baca lah dengan nada lembut orang siam untuk dapat feel) 'here madammmm, we have a promotion over hereeee, only 1000bahttttt, take a look memmmmmm'... 'if u don't like gold madammm, we have crystal here for youuuuuu, very nice madammmmmm'

perghhhh tekanan beb.. sampai kat hujungggg sekali akhirnya ada jugaklah dia jual2 pelbagai souvenir.. harga dia ok la so tersangkut jugaklah kitorang kat situ lebih dari 15 minutes so we did helped the tuktuk uncle to get a chop for free gasoline..

then abih naik balik tuktuk.. the tuktuk uncle seems less friendly now compared when he first met us, then dia pun anto kami sampai sebelah MBK.. 'u cross the road'.. hmm ok la sebab memang ada jejantas segala pastu dia kata plak ' oh u want to go to muslim food? halal?' because at first we do asked him about halal food and suddenly he took off 'i show u halal food'.. ah sudah aku xlapor lagi ni xmau la pegi.. ttapi uncle tu dah melaju dengan tuktuk bersama kitorang kat dalam tuktuk.. kaknab dah risau2.. but then aku bajet dia just nak tunjuk je la kat mana tempat tu.. then sampai lah dekat Fatimah Muslim Food apakenama dia lebihkuranggitulerbunyiknya.. 'ok u cross the road' ah siol btol asik nak kena cross the road jek ni.. 'eh uncle we are not hungry, we want to go to MBK' 'oh i thought u want halal food' 'yessss but not now, right now we want to go to MBK'..

tuktuk uncle dengan muka boring pun jalan.. ntah lalu ceruk mana pastu dekat jalan ala2 sunyi dia brentikan kitorang 'MBK over there, u go there' 'where??' 'thereeee' bayar tambang dalam 50THB = RM5 (lebihkuranglerr) tuktuk uncle jalan.. so kitorang pun jalan la dekat arah yang dia tunjuk.. sampai depan tu jalan besor, kitorang terpinga2.. gila la mana ada MBK.. ah sudah.. melihatkan kitorang terpinga2, dengan pantas ada pakcik teksi warna warni tanya (teksi di thailand cantik2 okay uolsss, warna warni i likeeee) 'khapkunkhapprumpram pongprang'.. 'ah??' ' oooo u don't speak thaiiiii??' 'ohooo noooo' (kekdahnya orang muslim siam kalu pakai tudung sah-sah sama jek ngan muka kita ye tuantuanpuanpuan) 'where do u want to gooooo?' 'MBK' 'okay come i send you to MBK for 20THB, but i send u first to the souvenir place, a jewellery place' shoootttt not again.. 'oh its ok we just came back from the place, we want to go to MBK'.. 'this place is goooddd, there's a promotion todayyyy, if u go there, i get the chop for free gasolineeeee' ooo bloody hell who cares.. and we spent about 5 minutes arguing about not wanting to go to the jewellery place.. at last 'okay i send u to MBK 50THB' ah chulalongkorn btol.. 'okay la okay whatever'

see colourful taxi.. macam2 kaler ada.. kuning ijau pink oren.. ceria u..

akhirnya sampai la kitorang kat MBK.. the shopping complex is big.. a lot and lot of things.. we found halal food but it is very expensive, i had plain rice with tomyam and ayam kunyit 220THB = RM22 duhhhh.. we bought quite a lot of souvenir there..

uish baru prasan ni gigih depa ni dah ada meri krismas ngan hepi new year..

oh yang tomyam tuh sebelah gerai ni..

around 1500 we hurried back to hotel, taking a cab and cost 50THB, very cheap.. met with the Guozhang who was looking for me.. we discussed about the registration, the cost for one team is USD85 or around 3000THB, and for the observer (me) we have to pay about 2000THB.. the problem was when the students made the budget they forgot to include the observer's fee so basically we don't have enough money so i decided that i will not be the observer.. the team okay with it so settled..

registrationnn..

so i just hang around with them waiting for the registration and the opening ceremony.. off to our room and lepak till nite..

so end of the day.. sangapppppp..

Tuesday, December 22, 2009

my Bangkok trip.. part I

oho ho ho ho.. disebabkan telah makan berbulan2 i didn't update anything so i guess this entry will take an entire page.. eh yeker.. rasa cam semangat nak menulis.. tengok2 separuh jalan pastu malas maka aku stop begitu sahajork la gamaknya..

i think for this past few months i've been very busy.. i think.. i can't remember.. my memory can only last for few minutes.. i kept forgetting about things.. i really am getting older.. err makin tua memang makin lupa ker?

i'd been to bangkok last month.. yippeee.. one long holiday.. from 19 - 24th November'09, i guess this was the longest holiday i'd spent abroad.. 6 days and 5 nights in bangkok, die maa from lacking of food.. on my way back home all i think was food!food!food!

i went to bangkok for the purpose of escorting the debate team to take part in the Debating Championship that held in Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand. Uni sending two teams and i think other Uni in Malaysia sending about not less than 4 teams.. together with me was my colleagues who are willing to accompany me which means to sacrifice her money (i can claims while she can't.. huahaha)

so as usual everytime i go anywhere i will jot the whole experience so i will not forget about things (yes i am serious about my damaged brain).. so here we go..

19th November 2009
gerak from JB to KL at 0830, stopping at Machap and by 1230 we were safely arrived at LCCT, our AirAsia flight will be departed at 1535.. we only manage to fly with AirAsia due to students mistake in calculatting the fare but thats ok compared to UiTM students which also doing the same mistakes and ended up had to go to Bangkok by train.. duhhh..

meet up with the teams, 6 of them, 5 boys and 1 girl, all Chinese (this is why i had to persuade my colleagues to go with me because the students can eat anything anywhere, food is the key hehe.. well she can't really blamed me because when the Activity Officer offered me to go to Bangkok, she said that if i accept the offer, she will go to Bangkok with me.. now please be careful with what u wish for, u asked for it u got it hua ho ho ho)

to thailand.. the Elephant country.. sawadikaaa.. khapkunkhaaa..

so we fly and fly together, reached Suvarnabhumi Airport around 1800 but its only 1700 thailand hours.. diorang lambat 1 jam kan dari kita).. so sampai tu nak lepas imigresen mak aiiiii ramainya orang.. beratur line bersepah2 ni punya ramai.. punyalah orang dok sbok bkumpul one part ni rupa2nya kat sblh sana kurang orang.. so kitorang selit2 cepatlah sket que nya..

the statue is big and lot of 'em.. oh at the Suvarnabhumi airport before the immigration..

then we had to wait for the Chula Girls.. we couldn't find them anywhere.. tried to call them several times but couldn't get through.. so Guozhang wrote a sign in a piece of paper and had to tawaf a bit and at last the Chula Girls found us.. they were wearing a uniform, white blouse and grey skirt, all the Uni or colleges' students in Thailand had the same uniform, the only difference is their badge..

then we went to the hotel, all the participants were staying at this Bangkok Centre Hotel, RM100 per nite.. i didn't go anywhere that night, just settle down in a room and have some zzzz..

the Hotel and the room..

20th November 2009
aise malas la pulak nak cerita dah.. hahaha.. esok2 la bila rajin..

Tuesday, May 26, 2009

sambungan crocs warehouse sale hahaha yang sangat suka terus ketawa itu..

actually on sunday sekali lagi aku telah menghadirkan diri ke expo di mana telah berlangsungnya crocs warehouse sale.. misi pada hari tersebut adalah untuk mendapatkan sepasang sandal untuk my danda kerana beliau telah tidak berpuas ati tidak mendapat yang secukupnya pada hari sebelum..

we arrived at 9.20am.. the q was oledi long.. people's been sitting and chitchatting while waiting the store to open at 10am..

so tepat at 10am the store open and the grabbing started again.. not much left today.. most of size 5 and 6 were oledi sold out.. but most of items' prices were reduced.. the Niles pink color sandal that i bought yesterday for $10 was sold at $5.. damn.. even the kids clogs (the one that i bought for RM100++ in Malaysia) were down at $10.. damn again.. and also we've got a lot of free jibbitz.. i think there were 12 jibbitz disney princess and 10 jibbitz pirates of the carribean.. we like em all..


bought it at $10 for alisyia.. jibbitz free..


Wall E for $20.. for ilhanmunsieff..


for maisha my niece.. $10.. free jibbitz..


mine.. $15.. huahaha.. akakkkk suka uolsss..

dengar cite spore sale dah nak start ni.. aihhh takut ni.. abih duit yang tak berapa ada tu..

Saturday, May 23, 2009

Crocs Warehouse Sale!!! hahaha suka suka..

dua ari ni aku dok sbok dekat spore.. semalam jumaat pegi hostel dekat National University of Singapore.. balik tu sempat singgah Bugis.. oh PM Dato' Seri Najib solat jumaat kat Masjid Sultan.. abih solat orang ramai tak balik lagi gather kat luor nak tunggu Najib kuor agaknya.. dia dok lama kat dalam masjid.. berzikir lebih.. hehehe..

pastu sempat lagi singgah orchard.. tapi aku dok dlm bas sahajork kerana kaki telah melecet.. lagipun aku dah selalu sangat pi orchard jadik malas la nak round lagi..

Arini pulakkkkk.. wah show ni.. ada crocs warehouse sale.. dekat expo.. 3 ari x silap.. start jumaat sampai esok ahad.. masa sampai tu memang terkujat gilak.. mana taknya.. nak masuk pun kena beratur and the q was already looooonnnnggggg.. memang panjang giler.. but luckily its moving quite fast.. but then pun orang datang non stop and the line tak pendek2.. maintain panjang.. masuk dalam wah excited ni.. mana taknya.. range of price from $10 - $30.. jibbitz pun 2 pair bleh dpt $5 kalo disney character.. yg lain2 jibbits lagi murah sket.. huahahaha best ooo best best..

let see what we have here..

ni sket suasana dalam tu.. x amek banyak gambo.. ni pun sebab masa tu tengah melepek dok kat lantai sambil bentang sume kasut and sandal yang digrab untuk dipilih.. orang pakai grab jek dulu pastu sume melepek kat lantai pilih memilih..


this one for alisyia and adrieyana.. price dia dalam $25.. kalo convert duit malaysia skang lebih kurang RM60.. last month aku beli adrieyana punya yg plain crocs dekat butik dia kat ikano harga dia lebih kurang RM 130 tak silap.. arghh sesalan yang tidak guna lagi..

huahahaha aku punya.. price antara $10-$30.. huahahahaha.. puas ati puas ati... huahahahah ketawa lagi.. yang ijau tu nak dapat seksa giler.. letak atas meja orang grab.. laku giler.. pastu tak boleh silap letak kat lantai.. mesti ada je yang datang tanya 'are u gonna take this?' maka dengan tamak segera menjawab 'yeah yeah i'm taking it'.. and hurul, i bought u the pink one.. same like mine.. very cheap.. hehe.. oh yang ni aku belikkan untuk ilhanmunsief my anak buah.. dalam $15 ke $20 ek.. lupa kena cek balik nanti yer cek hurul..

this one for iqram munsieff.. is it too plain hurul? i think its around $20.. kalo fancy sket dalam $25 dolar.. color? i think red is quite nice..

haa these are some items that we bought.. ada lagi but danda oledi gave it to his father and mother.. and also for his niece..
hahahahaha.. puas atiii.. cuma tak best saiz ler.. saiz aku banyak dah sold out.. yang cantik dan lain sket rupa tinggal saiz besor bagai.. and saiz 4 yang ketat padat.. hmpph.. oh and danda quite tak puas ati coz i grab three and he got only one.. size problem.. and tak banyak sangat la design yang dia kuarkan.. macamanapun i think memang berbaloiiiiii....

Thursday, November 20, 2008

Bandung continued..

sambung sket la walo malas2 pun..

Day 4

patutnya early2 this morning, kitorg dah checkout and menuju puncak.. gemilang cahaya nanana nana nanananana.. menuju puncak.. impian di hati azam sejati.. uwekkkkkk.. hehehehe.. ha patutnya kitorang pegi ke Puncak.. tapi pastu saya rasa ada xpuas ati saya perlu sopping lagi.. so kitorg gerak g Rumah Mode.. tunggu dia bukak kol 9 am.. lepak2 kat tempat makan kat situ.. pastu mula lagi sopping sopping sopping..

dlm kol 11 abih sopping kitorg mula nak gerak ke Puncak.. tapi on da way ujan dan dgr radio berita kata jalan menuju ke Puncak macet (jem).. sbb tadi mlm ada tanah runtuh dan sudah ada korbannya.. Jalan balik dari puncak pun dikatakan macet jugak so kitorg batalkan la niat nak ke safari di puncak itu maka truskan la perjalanan ke jakarta..

jakarta.. here we come..


ini kediaman presiden kot.. err white house ehehe.. agaknya xingt plak..
stasiun jakartakota

sampai jakarta check in kat hotel kat ancol mercure convention centre.. kat area situ ada kira taman mini ler.. ada memacam kot.. taman fantasi la.. taman air la.. xde banyak aktvt kitorg buat kat jakarta sini.. jalan2 dia macet and jadik malas plak nak mangga dua ke tanah abang ke.. cuma singgah makan kat simpang raya lagi.. enough of spending money lagi pun.. we set off early malam tu.. penat..

makan kat simpang raya lagi.. see banyak giler lauk.. but satu lauk yg confirm ada kat setiap simpang raya is ayam pop.. tu yg depan tu.. ayam pop ni ayam rebus makan dengan ada sos dia sendrik..

Day 5

pagi trun breakfast pastu bawak alisyia adrieyana main2 air kat swimming pool kat hotel.. pastu tghari checkout simpan brg and jalan2 kat tepi2 pantai tu.. pantai dia dekat giler dengan jalan.. agaknya kalu air terlebih naik sket mmg abihler banjir ancol tu..

alisyia was having fun

pantai kat ancol yg dekat giler laut ngn jalan

siap sediakan org cover ala2 khemah tu.. senang org relax2..
mini roller coaster.. kejap giler satu round.. blom abih jerit dah sampai gamaknya..
pastu naik gondola @ cable car.. ok lor alisyia was having so much fun.. balik kitorg makan kat simpang raya kat situ pastu trus balik hotel amek barang and pegi airport suekarno hatta kamal.. and bermula lah episod menunggu kat airport disebabkan flight delay.. huh..

nak naik cable car

nampak x gambo gondola cop tangan ituuu.. itu pun nak tunjuk.. elehhh..

macam2 view dari gondola..
sekian..

Wednesday, November 19, 2008

Bandung Trip 12 - 16 November 2008

Day 1 (wednesday)

Ini adalah kali kedua aku ke Indonesia tahun ni.. aritu bulan Jun pegi Bali la ni pegi Bandung lak..
Setelah mengalami memacam rintangan akhirnya aku sekelurga sampai gak ke Bandung jam 6.30pm ikut jam tangan aku.. kalu ikut jam tangan orang bandung baru kol 5.30pm.. aku demam pada hari itu dengan suhu badan mencecah 39.8 degrees..

ni pemandangan bandung dari atas

Sampai2 dekat airport dia.. kecik sahaja seperti ini.. berebut2 nak amek bag.. dia xde sistem pusing2 tunggu bag tu.. kita kerumun ramai2 dekat pak kastam tu tunjuk beg kita mana satu nanti dia amekkan..

airport bandara hussein sastranegara bandung.. kecil sahaja..

pak supir kami pak adnan from mulia rental company dah tunggu.. kami mintak avanza.. satu ari 16 jam sewaannya adalah IDR 350,000.00.. dia anto kami g hotel apartment iaitu Grand Setiabudi yg terletak di Jalan Setiabudi.. Apartment tu 2 bilik and 1 bathroom. Also complete with hall and kitchen.. Nice.. we can cook.. quite complete..

our apartment.. Grand Setiabudi..

Malam tu we had our dinner at Dapur Sangkuriang.. its a Sundanese food.. ikan gurame.. kepakaran diorang katanya adalah sup ikan.. the fish is fresh from the pond.. they have a pond inside their place.. the food taste quite good but i think its expensive.. lebih kurang sama jek makan kat malaysia.. mcm lagi mahal jek.. anyway pak adnan already warned us about the price.. after dinner we just get back to our apartment to get some rest..

Dapur Sangkuriang.. Specialty in Fish Soup.. yang datang sini banyak pelancong la.. kebanyakan dari malaysia.. u feel like being at home :p
Day 2 (thursday)

We start our day early.. walopun jam kat sini lambat sejam dari malaysia tapi cuaca diorg sama jek.. kalo kita kol 7 dah terang, diorang kol 6 pagi dah terang gak.. most of our shopping complex bukak kol 10 rite so diorg bukak kol 9 ler gitu..

bersiap sedia nak menempuh jalan2 di bandung.. tengok map dlu.. hehehe macam la drive.. tentu2 ada org bwkkan..

second day ni we went to pasar baru first.. pasar baru ni altogether ada 7 floor.. let see what they have there as i can recall ek.. kat situ jual baju2 batik, tudung2, telekung, baju2 kerawang (not much choices la pun), pakaian org nak g haji umrah, kain2 ela and kain2 lace (cheap i think, i dont stop coz nobody going to be married as far as i know), ada handbag2 kat tingkat atas tu, baju2 dress ke blouse utk pompuan.. boleh dikatakan pasar baru ni utk org pompuan je ler.. price quite ok ler tapi hard to bargain.. kedekut giler nak mintak kurang.. masa g bali aku rasa lagi senang nak mintak diskon..

atok nenek and alisyia memilih baju batik atok nak beli

after pasar baru we went to err.. heritage cascade xsilap aku.. skang dah masuk acara factory outlet.. rasanya bandung ni sbenanya mmg all about factory outlet pun.. specialty diorg la kiranya.. branded stuff with cheap price.. not sure sume tu ori x sbb ada yg some stuff aku ragui keorian dia.. but ada yg bleh dipercayai kot..

one of the famous factory outlet.. heritage cascade

after heritage p plak ke rumah mode.. sopping sopping sopping.. memang murah2 ler.. main tarik je apa nak beli.. puas ati.. pastu balik hotel dah kot sbb girls dah penat.. my in law pun nak rest.. makan malam tu kat hotel je kalu xsilap.. oh cuma me danda and alisyia ada kuar pegi dekat toko tiga tempat jual sluar jeans..

another famous factory outlet.. Rumah Mode.. i shop till drop here.. hehe..

Day 3 (friday)

jalanan2 di bandung..

today we went to tengkuban parahu.. sight seeing sket.. cuaca ada rasa dingin sket tapi sbb matahari tengah tegak kat kepala.. panas terik gak.. tengok ler kawah berapi tu.. ada bau busuk sulfur sket.. yang paling tak tahan kat sini org kejar suh beli barang.. dia bleh kejar dari trun keta sampai kita berjalan2 kat bawah2 kat kedai2 tu sampai kita naik keta balik.. diorg follow jek.. ada dekat 5 org follow kitorg.. mak aii.. pastu mahal lak tu brg dia jual..

pintu masuk g tangkuban parahu

yaaa ni dia kawah volvano busuk tu..

kedai-kedai yang ada jual mcm2 brg kraf
this thing mmg menarik.. kalu tgk mamat tu pegang batang pokok.. pokok tu dalam dia ada design.. xyah ukir2 dia nya texture mmg semulajadi cantik.. corak batik gitu..
balik dari tengkuban perahu singgah balik kat pasar baru.. ada brg yg blom dibeli nak dibeli.. pastu pegi outlet utk children.. pegi terminal tas tangan.. pastu g jalan dago tu pegi Grande.. dahtu patah balik lagi pegi Heritage Cascade.. balik hotel kejap pastu pegi Rumah Mode lagi..

trun dari tangkuban parahu singgah beli sate kelinci (rabbit) hehehe.. banyak giler diorg jual kelinci kat sini.. saje nak rasa sate indon.. lain sket kan dari malaysia..

Makan malam tu makan makanan minang Simpang Raya.. sampai2 jek diorg trus bubuh buk buk lauk berpinggan2.. kaget kitorg.. eh ni kira cemana ni.. rupanya diorg bubuh sume lauk yg ada pastu kita pilih nak makan mana.. bayar mana lauk kita makan ler.. rasa boleh tahan la berasa masakan diorg ni..

amek tu lauk pauk skali dtg berdebuk2 memranjatkan org jek..

so tu ler aktvt lebih kurang selama tiga hari di bandung.. penat la nak cite.. malas..
 

Template by Best Web Hosting