Thursday, December 23, 2010

my beijing trip part I

early this month, my colleagues and I plus few other department's staff headed to Beijing for about 6 days 5 nights.. its actually a part of company punya program.. urusan rasmi + pelancongan juga.. so seperti biasa aku perlu jot down my experience for future reference.. iyolah mana tau nak poie lagi..

on 5th Dec tu kitorang naik flight Air Asia kat LCCT dalam kol 0830, sebab penerbangan adalah selama 6 jam, maka aku berdoa supaya banyak seat kosong untuk aku berpindah ke seat2 yang x pack.. luckily flight tidak bape penuh, ada a lot of tempat kosong, so sebaik sahaja selamat untuk bergerak aku trus memburu krusi kosong dan conquer terus 3 seat kosong dan bleh tido dengan amannya sepanjang perjalanan (tapi tak begitu aman sebab aku telah pilih seat belakang sekali yang dekat dengan pintu toilet dan pintu toilet tu jenis tak reti tutup diam-diam setiap kali orang kuar masuk mesti gedegang gedengang bunyinya, nasib baik x busuk)

disebabkan lamanya terbang maka perlu makan dalam flight, dahler menu pilihan tak banyak pastu sebab aku dok belakang bila time aku, menu yang aku harapkan nasi ayam hainan dan abih yang ada cuma Vegetarian Kung Pao Chicken With Rice.. hmmpph tak sedappp!! tapi sebab lapor maka makan sampai habih tak toleh kiri kanan sampai sorang pramugara tu lalu terus tegur amboi sedapnya makan tak toleh kiri kanan.. nampak na aku tengah melantak dengan burok dan khusyuk sekali.. ces..

Tido bangun borak tido bangun borak last-last dalam kol 1500 kitorang sampai ler ke Tianjin Airport.. oh disebabkan Air Asia takde flight terus ke Beijing maka perlu ke Tianjin dolu dan amek bas ke Beijing yang akan ambil masa lebih kurang 2 jam.. sebelum kuar flight sume orang dah kuarkan winter coat memasing dan ada yang sarung stokin sampai 2 helai sebab badan tak kalis sejuk.. langkah jek kuar dari pintu flight dah rasa angin sajuk serbu muka.. ouuu i likeee (terus terang i sangat jakun okay sebab belum pernah pegi negara pada musim sejuk and aku suka sejuk-sejuk ni).. excited giler sume orang hehe..

Lepas setel imigresen amek beg segala, kuar-kuar tu Tourist Guide, Henry dah tunggu dengan pegang nama member kitorang yang jugak kiranya ketua la dalam tour kali ini.. tunggu sume orang kumpul kitorang pun kuar la dari Airport itu dan sekali lagi 'huaaaaaa sejukkkkkk gilerrrr'.. yelah dalam airport tadi sah-sah ler ada heater so idaklah rasa sangat sejuknya.. dok luar amek ko nganga jek mulut terus berasap-asap kuar..

Sempat lah kitorang snap-snap picture dolu depan airport tu.. pelancong kan kejenya memang amek gamboooo jek kejenya.. masa ni dah dekat kol 1600.. suasana sekeliling nampak berkabus dan suram.. pokok-pokok sume togel-togel belaka takde daun.. ranting jek tinggal.. tak silap suhu dalam sekitar 7 - 8 degree celcius.. kitorang naik bas yang dah sedia tunggu dan gerak ke Beijing..


Masa Beijing ngan Malaysia adalah sama iaitu kalo Malaysia kol 4 petang maka di Beijing pun kol 4 petang cuma musim sejuk ni siang pendek sket, kol 5 dah gelap dah masuk Maghrib.. Subuh masuk cam biasa dalam kol 0535 gitu, zohor masuk dalam 1230 kot, asar masuk dalam 1500++ dan maghrib masuk dalam 1655 lebih kurang. isyak masuk errr lupa lak dalam 1830 tak silap..

Sampai ke Beijing first thing first adalah dinner, masa ni dah kol 1800 gitu, dah malam perut sudah berkeroncong.. makan dekat restoran muslim.. memacam lauk ada.. banyak sayur-sayuran.. timun adalah antara menu wajib kat sini.. hari-hari lantak timun, nasib baik timun dia sedap.. minum pun hari-hari teh cina.. air masak kadang-kadang ada kadang-kadang takde.. teh cina teh cina teh cina..


Lepas makan kitorang dibawa gi tengok acrobatic show, masa ni dalam kol 1900 makk aiii sojukkk sangatlah sebab angin kuat giler.. sebenarnya stakat sejuk jek bleh lagi tapi kalau datang bersama angin kuat erghhh tak tahannn.. kitorang sempat singgah jap kat muslim mini market.. just beli air-air sahaja rasanya..

acrobatic show ni dalam sejam lebih kot entah ek lupa lak nak tengok jam.. memacam ler show-show dibuatnya.. ada gak yang aku rasa nak tertidur tengok sebab dahler suasana kat tempat dok penonton gulap gulita kan pastu kepenatan memang sangap arr.. aku rasa aku ada dengor dengkuran dari selang beberapa seat dari aku.. orang tak penuh sangat dalam tu.. banyak pelancong jek la.. rasanya mcam ramai Russian..

oh acara muto ni aku kagum sekalik.. diorang leh pusing laju-laju ramai-ramai dalam sfera kecik tu.. gilos ar..

so itu aktiviti untuk first day.. xdelah banyak aktiviti yer tapi bercerita panjang lebar tak kuasa orang nak baca kan.. ala-ala baca skip-skip jek.. huahaha..
 

Template by Best Web Hosting