weekend smalam diabihkan dengan menyiapkan umah macam nak buat keje kawen adanya.. jiran sebelah nak kawenkan anak dia, kitorang yang beriya2 dok cat umah segala.. mana taknya, aritu jiran datang bagitau majlis anak sulung diorang 25 Disember ni, diorang nak tumpang umah kitorang kat garaj depan untuk orang bungkus berkat.. ok no problem cuma bila tengok balik burok benor area depan tu dengan cat murah yang sudah berbelak-belak, buat ilang selera pembungkus berkat jek nak buat keje makanya danda ngan adek dia pun dok la mengecat semula.. takdelah cat lawa mana sangat pun, buat cover area burok sahaja..
tu lah kan bila dok umah sewa ni, memang tak bape minat nak kejekan umah cantik-cantik.. katanyaaa.. entah-entah dok umah sendiri nanti pun sama sahaja kekdahnya.. tetap malas segala.. apa la salahnya pun kan dok umah sewa cantik-cantikkan sket.. ko gak yang dok dalam tu beranak pinak kat situ..
semalam gak berjam-jam danda dok ngadap nak kejekan sinki kat bilik air yang terbakor aritu.. ha amek ko sinki kat bilik air terbakor.. bibik aku buat keje bijak.. pasang lilin kat situ tak bubuh alas, bubuh jek kat alas tempat letak sabun segala yang hanya berunsur plastik tu.. sudahnya mencair semua dengan sinki sekali abih.. sinki tu lak jenis fiber apa ke.. musnah segala.. punyalah lama dah terbakor baru skang nak buh sinki baru.. tak ke rajin sume orang dalam umah ni.. hehehe..
Aki | luruh | autumn
7 years ago