Showing posts with label tv. Show all posts
Showing posts with label tv. Show all posts

Friday, January 28, 2011

Heartbreaking story of Idol 10

aku baru ternampak perkara ni dekat yahoo pages tadi.. disebabkan aku pemegang astro yang tidak memiliki pakej segala starworld ke apa ke maka aku tak dapat tengok perkara ini lebih awal.. aku cuma mampu tunggu 8tv kluarkan sajork.. trime kasih 8tv.. hehehe..

aku memang suka tengok audition idol.. tapi bila show dia aku jarang pulak tengok yek slalu miss miss jek tapi tatau la kalo audition dia aku mesti nak tunggu gak.. sronok tengok macam-mecam keletah manusia yang bleh menyebabkan aku ketawa berdekah-dekah raja lawak pun memang confirm tak kelako macam tu..

dalam pada klako-klako, banyak juga la heartbreaking stories going on.. well tu sume marketing and sales punya strategy.. this is another story, mamat ni Chris Medina dengan heart breaking story dia.. jadik isu.. even ramai yang sangat terharu masih ada lagi yang mengutuk-ngutuk dengan anggap Chris hanya mempergunakan fiance untuk dikasihani.. whatever..

personally aku rasa, he's a great guy.. his fiance involved in accident on October 2009, more than a year already. he's been helping the fiance's family to take care of Juliana ever since.. Juliana bukan setakat accident gitu-gitu.. siap brain damage, skull fracture and multiple fracture kat muka lagi.. the hot girl she used to look now memang dah lain.. still si Chris ni stay by her side.. berapa banyak lelaki ko leh jumpa sanggup buat camtu.. ini suami, bini meroyan sket dah lari takmau jaga sibuk cari pompuan lain.. choiii..

don't know la how long Chris bleh tahan kan nak jaga Juliana.. harap dia tak lupa daratan bila dah mula nak famous ni kan after Idol even baru lepas ke Hollywood tatau la bleh sampai stage bape.. and i think he has a good voice pun even ada jer suara sumbang dialihbahasa yang kata eleh suara bukan best sangat pun.. carik makan pakai citer sdeh jek.. againnn, whatever.. wish him and his fiance all the best..

Sunday, January 10, 2010

sibuk-sibuk jadi juri AJL24

aku tau ramai orang jadik juri, bertauliah atau tidak, maka aku buat julung kalinya nak sibuk-sibuk jugak jadi juri.. ikut suka aku la kan.. yang aku ingat jek aku nak jurikan.. kalo aku tak ingat maksudnya persembahan yang sangap atau takde kelainan yang nak ditonjolkan atau takde apa yang dapat dikutukkan.. (review ini dibuat tanpa mengambilkira siapa pemenang kerana seperti kata Vince sume orang adalah pemenang tiada pengalah).. ianya juga dibuat tanpa mengikut turutan.. takde gambo ar malas nak carik.. lain kali kalo ada bleh bubuh jadik entri bergambo..

Aurora by Estranged - oh aku tak sempat tengok.. sebab tengah fight ngan Alisyia yang marah 'xnakkkkk tengokkk ni, nak tengok kartunnn' 'akak ni asik kartunnnn jek.. takde takde ibu taknak layan' 'ibu pegi masuk bilikkkk pegiiiii' sambil tolak aku.. last-last tak kuasa gado ngan budak kecik maka terpaksa tukar.. hahaha ini review apekebenda daaaaa..

Cinta Adam dan Hawa by Misha Omar - walopun aku tak brape nak minat MO ini tapi aku agak suka lagu ini.. persembahan ok as expected.. well suara dia memang camtuh jugak.. pakcik puisi tu besungguh2 menebeliakkan mata dia kasik feel tapi aku agak takut.. memang itu tujuan dia agaknya.. dan MO seperti biasa dengan jelingan2 mata dia yang macam gatal tu sket..

Pergi by Aizat - aku sebenarnya jarang giler dengar lagu ni.. tapi aku suka la kakak bollywood tuh.. sesuai gitu elemen aaaAAaaAaaAaAAaaaaaAAa diselangselikan dalam bait-bait lagu.. beautiful ammaaaaa...

Situasi by Bunkface - hmmmmmm Sam a bit scary tp memang dia tu punya gaya nyanyi cenggitu kan.. tapi dia suka macam ketap mulut bahagian atas dia ek.. tapi aku suka kasut warna merah itu.. sesuai ngan gitar dia.. hahaha apa kena mengena..

Pakai Buang by Stacy - errrr i like KRU, they always have a nice idea tapi walopun aku dah dengar lagu ni banyak kali aku tatap xboleh nak minat sangat cuma memang kagum dengan stamina Stacy.. joget terkinja2 pun bleh maintain nyanyi.. aku baru lompat 3 4 kali kat padang semalam terus cakap terputus-putus walopun dah xmelompat malahan xtra sakit kaki sampai la ni tak baik2..

by Tomok - ceh bermodalkan Diana Danielle.. rambut Tomok giler keras wehhh.. kejung jek atas dahi.. mesti make up artis tu menyumpah jek sebab terpaksa habiskan gel rambut dia 2 botol.. walopun cuba menggunakan pendekatan dramatik dengan memaparkan hubungan di kampung dengan DD tapi aku rasa letih nak tunggu lagu tu habis..

Aku Rindu Sayang Kamu by Black - eh apekehe nya mamat ni pakai baju Tomok.. cepat giler passing baju.. oh bukan memang baju dia.. tomoknya baju ada stud di dada, Blacknya baju ada renda2.. hahahaha lain kali bincang ah sket nak pakai baju apa.. tak pasal2 ala2 sama.. dahlah persembahan sebelah menyebelah.. Black ni walopun menjerit2 tinggi suara dia tapi tak sun la pada aku.. sebab nyaringan dia tu macam kat dalam ajek tau macam tak bape nak keluar..

Aku Skandal by Hujan - aku suka starting dia tu kan, ala2 di kelab tahun 60-an ke 70-an gitu tapi skejap na props tu digunakan.. penat jek suh member sekolah adek buatkan.. pastu tetiba ada mamat dua orang meroyan layan gigs kat depan stage.. pastu cameraman fokus muka si Noh muka Noh macam seolah2 'eh boleh ke diorang ni joget2 kat depan ni mana sekuriti ni tak tangkap ke mamat nih' dan boleh juga ditafsirkan 'eh mana peminat kuat yang lain ni kan aku dah bayor suh layan kat bawah ramai2 siap buat formation sekali'

Masih Jelas by Hafiz - seperti persembahan I believe I can fly di AF dahulu.. suara dia a bit tenggelam la.. muzik kuat sangat kot.. aku tanya Alisyia, 'akak nak buat rambut macamtu tak?' 'Taknakkk tak cantekkk' huhahah..

Bengang by Akim - choiiii teballl giler nyah mekap ko.. pastu seperti di angkasa lepas gitu.. macam citer2 omputeh lama dolu2 nak buat tentang makhluk asing..

Dan Sebenarnya by Yuna - memula dia ketuk-ketuk menatang xylophone ke apa gamaknya tuh aku ingat dia main atau memang mungkin dia main gak tapi pastu dia letak benda tu bunyik masih lagi kedengaran so aku pikir ceh xyahlah eksen main kalo xmain.. aku sangat suka suara yuna.. sangat norah jones.. lagu ni memang sedap tapi sebab dah beribu kali dengar macam dah penat sket nak dengar..

Kau Aku by Aizat - yelah memanglah konon cute guna budak2 kecil.. tapi last-last tu macam tak brape sesuai la ko dok ngajor budak2 tu buat gaya layan gigs.. dahlah pakai baju sekolah.. kecik-kecik dah kuat berhibur.. huahaha..

Bencinta by Faizal Tahir - aku selalu suka persembahan FT sebab dia selalu buat lain dari lain.. tapi mungkin sebab dia pakai tongkat susah nak buat macam-macam.. menggunakan konsep ala-ala Jacko sahajork kali ini.. cuma dah last-last bukan ke lepas si FT blah si Sheila anak ND Lala dok ganti tempat dia.. aku ingat si Sheila tu sambung nyanyi dengan menukar lirik pleading seperti

Ku masih ingat lagi waktu ku bersama mu
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku juga cinta pada mu
Rindu pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
jangan kau benci aku
Ku cinta kamu
jangan kau pergi
terus kembali
Teruslah mencintai diri ku
Ku rindu... Kamu
Ku cinta... Kamu

Tuesday, September 29, 2009

i am sylar..


how i wish. tapi aku xnak part jahat dia. aku just nak kuasa yang dia ada. itu yang aku rasa masa aku sedang beratur pada waktu tengahari di McD di Berjaya Times Square 4 ari sebelum raya lalu..

oh aku telah berada di situ sebab nak belikan anak aku bubur McD selepas kitorang penat merayau dan anak aku dah kelaporan.. sedang aku beratur tiba2 datang budak2 skolah yang dah x berpakaian skolah yg aku bajet umor dalam 15 16 tahun beratur sebelah aku nak beli McD tanpa ada rasa bersalah.. siap selamber tanya member dia yang tak beli McD "eh ko xnak makan ke??".. kalo adek aku memang aku pelempang jek.. tapi aku tatau lah ni anak sape adek sape.. kalo aku ada kuasa memang siap lah budak2 tu aku kejekan.. hahahaha..

oh for those yang never watch heroes.. sylar is the bad character who is craving for powers.. alah malas la nak citer.. takkan la korang tatau kan.. :p emm i just finish season 3.. can't wait to get hold on season 4..

Sunday, June 14, 2009

siseh ar anak wayang tu..


memandangkan aku blom tido lagi ni pastu ada pulak ulangan anak wayang ni maka aku telah tertengok.. bukan tengok sangat pun.. sambil bekerja sambil berfacebook sambil bermafia wars ni..

tapi sesungguhnya memang aku rasa siseh (read: burok, klakor, bodoh) giler jek la anak wayang tu.. pertandingan lakonan rasa aku memang sesuatu yang memalukan.. aku selalu rasa malu kalo tgk benda2 cenggini.. walopun aku bukan peserta tapi xpelah aku rasa malu bagi pihak mereka (padahallll mereka xmalu langsung dan sangat suka)

ahhh terganggu sey tengok aksi2 lakonan pelik itu.. aduhhh dahlah ada mamat duduk blakang judge tu asik buat muka 'look at me, i'm cool'.. ahhh gangguan.. nasib baik ada selingan iklan 'Jangan Lupa Lirik' yang aku rasa iklan-iklan tu agak klako..

ah dah tak suka tu jangan lah tengok kan.. tutup sudahhh..

hahahahah klako la plak yasmin hamid ni.. hahahaha klako.. ah aku sorang jek la paham ni.. korang pun bukannya tengok pun citer ni..

Thursday, May 21, 2009

NOOOO!!!!!!!!!! ADAM LAMBERT SHOULD WINNNNNNNN!!!!

I COULD NOT BELIEVE IT!!!!!!!!!!!!!!! What on earthhhhhh!!! arghhhhhhh.. Adam suppose to win this.. not Kris Allen.. Kris is too ordinary.. there are thousand of Kris out there but not with Adam Lambert.. He is one in a million!!!! I'm crying my heart outtt..

haihhh.. its ok.. i think Adam will be just like Clay Aiken who outshine Ruben Studdard, David Archuletta who now outshining David Cook (Cook is still great though) and now its time for Adam Lambert the runner up who will outshine Kris Allen..

I never complaints about who win this and who win that even sometimes the winner doesn't really deserve it but in this case i just can't hide my disappointment.. I still feel the nerve.. perasaan xpuas and x sedap ati ni..

the boy-next-door Kris Allen

Kris is okay.. he's cute and he has his own way of singing.. but i just think Adam deserves it sooo much better.. His vocal is totally unique and his way of singing is so fresh and stylish and you just don't want to switch to other thing when he is on stage.. haaaihhh.. Congrats to Adam Lambert and Kris Allen.. they both win this..

Adam rock the stage

They both win this

Tuesday, May 5, 2009

u witch!!

i cursed u evil wicked witch.. i hope u will get paid for each of your meanest things you've done..


Amek ko.. terbawak2 kegeraman itu ke dunia realiti.. kejam sungguh pompuan ni.. sesuai watak dia dengan raut muka dia.. kejjjiiii..

Jangan lupa menonton Boys Over Flower setiap Isnin dan Selasa jam 9.00 malam di saluran astro KBSW 303..

Wednesday, April 29, 2009

Beautiful Susan Boyle


haaa i think skang ni dia antara yang glamer selain selesema babi.. oh ngeri ngeri selesema babi dah mula menjangkit ke asia.. kat spore dah ada 2 kes.. kena batalkan ni lawatan gi spore dan juga negeri-negeri di malaysia yang banyak babi..

oh ok berbalik pada susan boyle.. have u heard her? beautiful voice.. dilahirkan ketika ibu dia berusia 47 tahun. kelahiran yang sukar dan dia mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan kiranya dia sedikit lembam ler.. seorang yang sangat taat setia pada ibu dia.. never leave her mother until her mother leave her on 2007.. she grief on her mother loss but then found a strength to enter the Britains Got Talent competition.. the one that her mother ask for so long before for her to enter the competition..

She doesn't have a look but u have to admit that she doesn't need that to show how beautiful she is.. she sang the Les Misarebles I Dreamed A Dream in the competition on 11 April 2009.. Simon Cowell keep doing a face and some of the audience rolled their eyes before she started.. but walaaaahh when she open up her mouth.. take that.. even Simon Cowell xboleh nak sembunyikan expression how awed he was listening to her..

Beautiful..

Monday, January 19, 2009

uishhhh show btol..

watching AJL23 performance by faizal tahir sampai syurga mmg macam tgk video klip gitu.. very la creative.. macamanapun faizal tahir mmg slalu ada sentuhan dia tsendiri eventhough kekadang tu way too pelik and over.. huhuhu.. anyway not a great fan but i think he deserves this win..


Thursday, August 14, 2008

Cite Korea..

Seperti biasa hari Rabu kol 9 malam waktu tempatan sebaik sahaja tamat Buletin Utama di 103, remote trus ditekan dengan 303.. sambungan tragik Women In The Sun..

Hwaaaa.. kenapa orang Korea ni asik buat cite sdeh jek.. why?? why?? aku ni dahlah gembeng.. lagi2 dia buat sdeh.. memang sdeh la cite ni.. tapi aku rasa kebanyakan cite korea yg aku tengok sume sdeh2.. aku rasa daripada 5 yang aku tengok.. 4 daripadanya cite sedeh..

Tengok je ler Winter Sonata tu.. Sdeh lagi.. Cite apa lagi tu yang dia terbercinta adek bradek tu sbb tatau adek bradek tu.. sdeh lagi.. dan macam2 cite sdeh lagi la.. aku rasa yang x sdeh aku tengok cite yg pasal 3 orang lelaki tolong jaga bini kawan baik diorang yg dah meninggal.. ha cite tu lawak..

Xbagus la diorang ni tau.. bila sdeh kan muka kita xceria.. dullll ajek.. dahtu tgk part sdeh nak tahan nangis, rasa ngiluuu jek kat dalammm dada.. adehhh.. lepas ni aku nak stop xmo dah tgk cite korea lagi..

Sape ada cite CHANGE lakonan Takuya Kimura yang jadik Presiden Jepun tu.. bagiiiii...

Monday, August 11, 2008

Olimpik ooo Olimpik..

oh musim sukan sentiasa bermula.. dihangatkan lagi dengan olimpik.. bukak mana2 channel asik2 adegan olimpik.. walopun Malaysia suma anto 33 atlet jek untuk sertai olimpik.. sume orang tetap bersemangat nak olimpik..

atlet malaysia kat opening

(gambo aku rembat dari sini http://thebeijing2008.blogspot.com/)
untuk acara sukan begini.. biasanya aku lebih banyak tengok acara-acara gimrama ke gimnastik ke acara renang ke terjun dalam kolam renang ke.. bila aku list balik gini dan aku terbayang aksi-aksi sukan tu baru aku tprasan sume2 tu acara berpakaian ketat.. hahahaha.. ishhh bukan bukan aku tak tengok benda2 lain.. aku tengok acara sukan itu.. sebab pada aku acara2 tu cepat dan simple.. dalam masa beberapa saat diorang dah setel buat stunt segala and ko dah tau result dia.. kalu tengok bola sepak ke, bola jaring ke bola tampor ke lhoki ke etih aku nk tggu result.. asik berdebar2 jek nanti..

oleh itu aku pilih sukan yg hanya makan bebrapa saat atau bebrapa minit utk setel dan tau keputusan.. senang cepat dan jimat masa.. lagipun aku rasa sukan2 jenis yg aku tengok tu la yang banyak tayang kat tv kan.. eh yeker.. heheh dah aku nengok tu jadik aku rasa tu je ler yg dia tayang..

dalam pada orang meriah2 olimpik ni dah ada insiden2 buruk.. org tikam orang la.. maka makin memburukkan la nama China sebagai penganjur olimpik kali ni.. dahlah kes ngn Tibet menyakitkan ati rakyat Tibet.. isk isk..

macamanapun aku wish all the best la kat sume atlet.. walopun ada yg dah pulang seawal semalam tp ok lah tu bjaya gak diorg masuk olimpik.. ko masuk ke?? tak kan??.. so diorg tu ok ler.. katanya pelumba basikal negara bakal dapat bwk balik pingat?? insyaAllah kita doa2kan lah yek.. Thailand pun dah dpt pingat emas.. tera si pompuan tu angkat berat.. badan kecik jek tak bertongkol2.. huhu.. cemanapun Selamat Berjaya lagi Maju Jaya kepada semua atlet Malaysia..

Thursday, July 24, 2008

Women In The Sun

Junse, Doyoung, Jiyeong @ Saweol, alamak lupa lagi sorang mamat atas tu..

Wahwah.. skang ni aku dah pandai tgk cite Korea.. aku rasa pendorong kuat adalah my MIL.. dia mmg kuat giler tgk cite Korea.. bkn cite ajelah.. berita, dokumentari dan ntah apa2 lagi la.. most of the time aku rasa dia mmg bukak Channel 303 kat Astro tu KBSW.. pagi sampai malam.. hahaha..

So kalo dia tdo umah aku memang kitorang akan tgk cite Korea.. slalu kat 303 dlm kol 9 mlm setiap ari ada jek cite2 Korea.. yang skang ni aku tengah ngadap setiap Rabu dan Kamis cite Women in The Sun ni.. menarik2..

Cite ni pasal sorang selebriti TV nama Doyoung yang glamer dan dikenali sana sini.. Kalo orang tengok dia orang mmg ingat dia ni baik berbudi bahasa and very lucky la.. tapi deep down dia sedikit kejam la.. sebabnya dia ni asal2 diambil anak angkat oleh sorang profesor ngn laki dia yang xde anak.. Tapi xlama pastu parent angkat dia dapat anak and dia mula rasa tersisih.. mak angkat dia ni pun memang ala2 kejam sket gitu.. dah dapat anak dia suka sgt hangin satu bdn kat Doyoung ni..

Satu ari masa mak pak dia xde, adik dia Jiyeong ni dah umor 5 taun dia ajak kak dia main2.. pastu ntah cemana si Doyoung mula ada rasa evil sket dia bwk adik dia kuar dan tinggalkan adik dia kat stesen kretapi.. tapi pastu dia nyesal dia carik blk adik dia dah xdpt.. adaker si jiyoeng tu naik kretapi.. Doyoung memula dah suh sah dia dok diam2.. ha kan dah hilang..

20 thn kemudian si Jiyeonng dah beso dan nama pun dah tukor jadik Jun Saweol.. aku suka karakter Saweol ni.. dia sangattt la happy and gaya2 dia membygkan dia xde masalah.. Dia dpt keje as personal shopper kat tempat org kaya nya sopping complex.. kat situ dia jmpa la balik Doyoung ngan mak dia sebenor ni profesor yang agak kejam..


Si Doyoung ni found out gak yang Saweol tu adek dia tapi dia buat mcm2 benda nak rahsiakan perkara tu.. Xde sape tau la kiranya.. Ha sampai skang blom lagi ada org tau kecuali ada sorang mamat jahat tu yang peras ugut dia pasal tau hal sebenar apa dia buat kat adik dia 20 tahun yang lampau ittuuu.. Ha tu sambungan malam ni.. banyak lagi la dah berlaku xkuasa nak cite..

Oohh tapi td malam nya episod aku sdey tgk si Saweol kena baling ngn pasu kot sampai berdarah kepala dia oleh seorang Chairman yang xpuas ati apabila Saweol sound gundik dia pasal hal2 sopping.. dan juga sakit ati jek tengak cara si Doyoung tayang fiance, Junse kat Saweol bila dia tau Saweol suka Junse sebab Junse ni dolu2 bapak dia doktor kat tempat Saweol nya orphanage, tu cara depa jumpa..


Hmm malam ni sambung lagi.. bosan la 2 kali je tayang.. dahlah aku kekadang miss miss jugak.. Kedekut tayang sket2..

Friday, May 30, 2008

jangan tengok bila hujan

Aku rasa Astro ni takpenah amik pusing pasal bebelan orang mengenai servis dia yang xleh pakai waktu ujan.. Dah bertaun-taun orang dok komplen.. Caj bersungguh-sungguh.. Tapi asal ujan ke angin ala-ala tiup kuat-kuat je, servis dia mula la.. 'Services currently are not available".. Aku takpenah prasan la kalo astro ada bagi kenyataan memaklumkan dia dalam proses nak perbaiki sistem ke apa ke..
Bayangkan kalu musim ujan sebulan dua.. tak ke menaya orang namanya tu.. pasang satelit kecik kat umah bukan main lagi.. ala-ala bleh dapat sume saluran di dunia.. tapi tetaplah hampeh jek servisnya.. Aku benci benci benciiii...
 

Template by Best Web Hosting