Sunday, January 10, 2010

sibuk-sibuk jadi juri AJL24

aku tau ramai orang jadik juri, bertauliah atau tidak, maka aku buat julung kalinya nak sibuk-sibuk jugak jadi juri.. ikut suka aku la kan.. yang aku ingat jek aku nak jurikan.. kalo aku tak ingat maksudnya persembahan yang sangap atau takde kelainan yang nak ditonjolkan atau takde apa yang dapat dikutukkan.. (review ini dibuat tanpa mengambilkira siapa pemenang kerana seperti kata Vince sume orang adalah pemenang tiada pengalah).. ianya juga dibuat tanpa mengikut turutan.. takde gambo ar malas nak carik.. lain kali kalo ada bleh bubuh jadik entri bergambo..

Aurora by Estranged - oh aku tak sempat tengok.. sebab tengah fight ngan Alisyia yang marah 'xnakkkkk tengokkk ni, nak tengok kartunnn' 'akak ni asik kartunnnn jek.. takde takde ibu taknak layan' 'ibu pegi masuk bilikkkk pegiiiii' sambil tolak aku.. last-last tak kuasa gado ngan budak kecik maka terpaksa tukar.. hahaha ini review apekebenda daaaaa..

Cinta Adam dan Hawa by Misha Omar - walopun aku tak brape nak minat MO ini tapi aku agak suka lagu ini.. persembahan ok as expected.. well suara dia memang camtuh jugak.. pakcik puisi tu besungguh2 menebeliakkan mata dia kasik feel tapi aku agak takut.. memang itu tujuan dia agaknya.. dan MO seperti biasa dengan jelingan2 mata dia yang macam gatal tu sket..

Pergi by Aizat - aku sebenarnya jarang giler dengar lagu ni.. tapi aku suka la kakak bollywood tuh.. sesuai gitu elemen aaaAAaaAaaAaAAaaaaaAAa diselangselikan dalam bait-bait lagu.. beautiful ammaaaaa...

Situasi by Bunkface - hmmmmmm Sam a bit scary tp memang dia tu punya gaya nyanyi cenggitu kan.. tapi dia suka macam ketap mulut bahagian atas dia ek.. tapi aku suka kasut warna merah itu.. sesuai ngan gitar dia.. hahaha apa kena mengena..

Pakai Buang by Stacy - errrr i like KRU, they always have a nice idea tapi walopun aku dah dengar lagu ni banyak kali aku tatap xboleh nak minat sangat cuma memang kagum dengan stamina Stacy.. joget terkinja2 pun bleh maintain nyanyi.. aku baru lompat 3 4 kali kat padang semalam terus cakap terputus-putus walopun dah xmelompat malahan xtra sakit kaki sampai la ni tak baik2..

by Tomok - ceh bermodalkan Diana Danielle.. rambut Tomok giler keras wehhh.. kejung jek atas dahi.. mesti make up artis tu menyumpah jek sebab terpaksa habiskan gel rambut dia 2 botol.. walopun cuba menggunakan pendekatan dramatik dengan memaparkan hubungan di kampung dengan DD tapi aku rasa letih nak tunggu lagu tu habis..

Aku Rindu Sayang Kamu by Black - eh apekehe nya mamat ni pakai baju Tomok.. cepat giler passing baju.. oh bukan memang baju dia.. tomoknya baju ada stud di dada, Blacknya baju ada renda2.. hahahaha lain kali bincang ah sket nak pakai baju apa.. tak pasal2 ala2 sama.. dahlah persembahan sebelah menyebelah.. Black ni walopun menjerit2 tinggi suara dia tapi tak sun la pada aku.. sebab nyaringan dia tu macam kat dalam ajek tau macam tak bape nak keluar..

Aku Skandal by Hujan - aku suka starting dia tu kan, ala2 di kelab tahun 60-an ke 70-an gitu tapi skejap na props tu digunakan.. penat jek suh member sekolah adek buatkan.. pastu tetiba ada mamat dua orang meroyan layan gigs kat depan stage.. pastu cameraman fokus muka si Noh muka Noh macam seolah2 'eh boleh ke diorang ni joget2 kat depan ni mana sekuriti ni tak tangkap ke mamat nih' dan boleh juga ditafsirkan 'eh mana peminat kuat yang lain ni kan aku dah bayor suh layan kat bawah ramai2 siap buat formation sekali'

Masih Jelas by Hafiz - seperti persembahan I believe I can fly di AF dahulu.. suara dia a bit tenggelam la.. muzik kuat sangat kot.. aku tanya Alisyia, 'akak nak buat rambut macamtu tak?' 'Taknakkk tak cantekkk' huhahah..

Bengang by Akim - choiiii teballl giler nyah mekap ko.. pastu seperti di angkasa lepas gitu.. macam citer2 omputeh lama dolu2 nak buat tentang makhluk asing..

Dan Sebenarnya by Yuna - memula dia ketuk-ketuk menatang xylophone ke apa gamaknya tuh aku ingat dia main atau memang mungkin dia main gak tapi pastu dia letak benda tu bunyik masih lagi kedengaran so aku pikir ceh xyahlah eksen main kalo xmain.. aku sangat suka suara yuna.. sangat norah jones.. lagu ni memang sedap tapi sebab dah beribu kali dengar macam dah penat sket nak dengar..

Kau Aku by Aizat - yelah memanglah konon cute guna budak2 kecil.. tapi last-last tu macam tak brape sesuai la ko dok ngajor budak2 tu buat gaya layan gigs.. dahlah pakai baju sekolah.. kecik-kecik dah kuat berhibur.. huahaha..

Bencinta by Faizal Tahir - aku selalu suka persembahan FT sebab dia selalu buat lain dari lain.. tapi mungkin sebab dia pakai tongkat susah nak buat macam-macam.. menggunakan konsep ala-ala Jacko sahajork kali ini.. cuma dah last-last bukan ke lepas si FT blah si Sheila anak ND Lala dok ganti tempat dia.. aku ingat si Sheila tu sambung nyanyi dengan menukar lirik pleading seperti

Ku masih ingat lagi waktu ku bersama mu
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku juga cinta pada mu
Rindu pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
jangan kau benci aku
Ku cinta kamu
jangan kau pergi
terus kembali
Teruslah mencintai diri ku
Ku rindu... Kamu
Ku cinta... Kamu
 

Template by Best Web Hosting