aku seorang yang sangat pemalas. dan sangat bahaya bila orang pemalas diberikan bibik sebab dia akan menjadi sangat over extra malas. tapi dalam pada malas ada satu benda yang tak boleh nak malas. MASAK.
setiap ari balik keje mesti kena masak. dan sangat penat sebab setiap kali nak masak nak pikir nak masak apa. kadang-kadang aku bukak peti sejuk ngadap ikan ayam daging tu aku termenung pikir nak masak apa.
orang kata masak kat umah lebih jimat dari makan kat luar. yeker? jimat ker? kalo ko makan sorang dua baik ko makan luar je tak? tapi sebab aku perlu isi 4 perut orang dewasa + 2 perut budak comel maka baik masak sendrik kot.
aku beli lauk seminggu sekali. kalo sampai jumaat dah susut maka mungkin lauk berikutnya sardin ke ikan bilis ke. nasib ler. tapi kadang-kadang aku datang malas masak jugak aku paksa danda makan kat luar.
'u xkluar ke malam ni? pegi la kluar makan sekali tau kat luar'
ataupun
'u balik awal ke lewat? lewat? makan terus tau balik umah xyah makan lagi'
:p
burok perangai punya bini..
tapi semenjak dua menjak ni aku makin risau. sebab bila pegi kedai beli lauk harga lauk pauk sayur mayur dah makin tinggi. kebiasaan lauk pauk sayur mayur plus bawangbawangan dan rempah ratus lain-lain aku beli kurang RM50 untuk seminggu. tapi skang dah mula lebih. amek ikan selar besar yang xbrape besar 5 ekor sudah RM 5.60. campur sana sini gedebak gedebuk melayang RM 85. ternganga sedikit aku kat kaunter.
tapi aku rasa penyumbang kemahalan adalah lauk ketam. hahahaha padan muka sape suh beli ketam. memang mahal. ketam 4 ekor bersamaan dengan RM 28.00. *pengsannnnn* tapi danda suka ketam. masak cili padi.
eh kalo pegi kedai kan biasa aku jumpa 2 jenis ketam. satu kaler macam purple biru2 pastu cantek sket. lagi satu yang kaler hijau2 coklat lumut yang ala2 menggerutu tak cantek kan. aku selalu beli yang cantek sebab kelihatan lebih selera untuk memakannya. tapi ada sekali tu pakcik kat pasar kata 'amek yang ni banyak isi' sambil tunjuk yang tak cantek kulit menggerutu. mula2 aku macam xnak percaya, dalam ati nak tuduh mesti takde orang nak beli pastuh suh aku plak. tapi aku amek jugak yang pakcik tuh suruh. tak salah mencuba. and it turns out hoyeahhhh memang banyak sangat isi berbanding yang cantek kaler purple biru tuh. so don't judge a crab by its uglyness.. huahahaha..
Aki | luruh | autumn
6 years ago