Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

there goes my anniversary..

my 5th anniversary is coming.. for once i feel like i want to celebrate it.. takpenah celebrate ko.. mana taknya.. tahun pertama kedua aku tengah sibok pantang.. huahaha.. tahun ketiga keempat eh nape ek.. tak ingat plak nape tak buat apa-apa.. tapi sebab kitorang ni memang jenis tak reti romantis romantis tak macam all lovey dovey couple yang lain.. maka anniversary is just like any other day..

so aritu cakap la ngan danda apa kata kita cuba brangan untuk celebrate.. nothing special sangat la.. just spend a day together ke pi simple dinner ke apa.. hehe.. but then danda cakap cemana nak together gether.. jiran sebelah kan buat keje kawen.. and sperti yang diciterkan sebelum ni, kan ke diorang nak tumpang umah kami.. hok aloh.. yer xyer.. sah2lah kitorang pun kena la rewang merewang jugak yer.. takkan nak nyombong, 'hah nak pakcik amek la kunci umah kitorang ni, kitorang sbok xleh tolong' huahahaha.. eh masih baik gitu sebab bagi kunci umah.. takpelah berkorban ler ni.. lagipun jiran kami ni memang baik.. bukan selalu pun mintak tolong.. small matter jek la tu kan.. so there goes my anniversary..

Monday, December 20, 2010

umah sewa oh umah sewa

weekend smalam diabihkan dengan menyiapkan umah macam nak buat keje kawen adanya.. jiran sebelah nak kawenkan anak dia, kitorang yang beriya2 dok cat umah segala.. mana taknya, aritu jiran datang bagitau majlis anak sulung diorang 25 Disember ni, diorang nak tumpang umah kitorang kat garaj depan untuk orang bungkus berkat.. ok no problem cuma bila tengok balik burok benor area depan tu dengan cat murah yang sudah berbelak-belak, buat ilang selera pembungkus berkat jek nak buat keje makanya danda ngan adek dia pun dok la mengecat semula.. takdelah cat lawa mana sangat pun, buat cover area burok sahaja..

tu lah kan bila dok umah sewa ni, memang tak bape minat nak kejekan umah cantik-cantik.. katanyaaa.. entah-entah dok umah sendiri nanti pun sama sahaja kekdahnya.. tetap malas segala.. apa la salahnya pun kan dok umah sewa cantik-cantikkan sket.. ko gak yang dok dalam tu beranak pinak kat situ..

semalam gak berjam-jam danda dok ngadap nak kejekan sinki kat bilik air yang terbakor aritu.. ha amek ko sinki kat bilik air terbakor.. bibik aku buat keje bijak.. pasang lilin kat situ tak bubuh alas, bubuh jek kat alas tempat letak sabun segala yang hanya berunsur plastik tu.. sudahnya mencair semua dengan sinki sekali abih.. sinki tu lak jenis fiber apa ke.. musnah segala.. punyalah lama dah terbakor baru skang nak buh sinki baru.. tak ke rajin sume orang dalam umah ni.. hehehe..

Wednesday, July 28, 2010

babooss

smalam birthday danda.. so kena la jalan-jalan carik makan.. aku tak reti la bab-bab nak jjcm ni.. so bukak la page 'Tempat Makan Yang Best & Menarik Kat JB' kat FB.. maka dengan gigih la aku baca thread lama mencarik idea..

Ada macam-macam jugak tempat makan yang diorang rasa menarik yek.. some yang aku dah tau and some langsung tak dengor.. aku macam tertarik ngan seafood Mandela kat Pontian ek.. uishhh tapi jauh ler bebenor.. sampai kang sume anak-anak sudah terbongkang tido plak.. eh bleh makan dengan aman ek.. heheh..

Carik punya carik rasa terminat lak dengan ada satu Restoran Baboos.. penah dengar sebab ada member penah sebut.. lokasi kat Taman U area Mama Chop Papa Grill.. specialty dia western food.. aku makan grilled lamb chop.. hmm quite yummy la.. rasa gravy dia lain dari lain.. pekat.. ada masam manis pedas (mcm 3 rasa la plak kan), aku tuduh ada sdikit rasa sos prego utk spagethi.. erkk mungkin tak benar.. aku buat tuduhan jek.. harap x menjejaskan apa-apa.. price dia pun ok.. cuma agak lambat benor u nak tunggu makanan sampai.. kalo ko datang dengan agak kebuluran, maka mungkin tiba-tiba bleh jadi singa kembang-kembang rambut ke tudung ke sebab marah.. hehehe.. aku lak nasib baik sebab posa siangnya pastu masa buka dah makan roti john yang glamer dekat uda..

kek birthday danda.. kes lapis masam manis eh asam ke masam.. tatau.. hehehe.. sedapppp u.. bukan buat tempah ngan mak arah kat kota tinggi.. jauh kek ini didatangkan khas okayy..

ini lamb chop.. sedapp..

ini fish n chip untuk kanak-kanak riang ria yang sik berlari sana sini lupa nak makan.. sedap kot (aku tak rasa)

lain-lain takde gambo sebab lambat sampai dan bila sampai sume orang makan pantas..

semalam kiranya amek 3 lamb chop, 1 beef steak, 1 chicken chop, 1 fish and chip, 1 mushroom soup, jemput-jemput udang sebakul (ada 5 pieces sebesor diameter 6 1/2 inci hahaha yekyyer aku main tibai anggar), 2 nasi goreng kampung cili padi, 2 mee hailam, 1 wanton soup, 4 air durian belanda (fresh squeeze), 5 kiwi (original buah katanya jugak), 3 fresh orange (rasanya ini jus rahul jusss) price dalam RM 160.. boleh boleh..

lain kali bleh datang lagi kot.. tapi takleh datang rreramai.. oh teringat lak ada orang penah kata nak belanja aku kat sini.. mungkin aku cuba tuntut lenkali.. heheh..

Tuesday, July 27, 2010

crazy toy sale


baru-baru ni aku ada baca pasal crazy toy sale kat OZ every July from Salam2Benua. its one of my hari-hari baca blog.. hehehe aku just silent reader la a.k.a stalker.. hehehe..

so kemarin masa pegi takashimaya kat singapore, terserempak satu crazy toy sale.. pastu terus terpikir.. eh memang toy sale kena buat on july gamaknya..


emm murah ke? pada singaporean murah kot.. yelah S$1, S$5, S$10 longgok-longgok sume.. sume orang jimbit kiri kanan.. me and danda pun join the club.. hehe.. actually niat asal masuk spore sebab nak abihkan duit yang ada dalam autopass kitorang.. memandangkan autopass tu dah nak expired and before ni org kastam tu kata kalo expired dia punya duit dalam tu hangus maka sayang la jugak sebab ada dekat S$90 dalam autopass tu..

so danda cadang nak pi kinokuniya nak beli manga dia.. nak cukupkan manga 'one piece' dengan apa ntah lagi satu tu pasal perang-perang.. mau la aku taktau apa-apa memandangkan manga tu fully in japanese.. haremmmmm.. tapi in the end biasalah, berbelanja melebihi kemampuan gitu.. dah belik buku sambung belik toys.. *pengsan*

hmmphhh.. tak abih-abih manga dia..

the girls sbok membelek buku gak while waiting for ayah carik manga

and aku pun ada gak belik buku citer.. memandangkan stok buku kat umah dah banyak kali khatam.. apa ntah tajuknya 'Fallen' dengan 'All Glitters Are Not Gucci'.. tapi tak start baca lagi.. tapi dah belek selai dua A.G.A.N.G tu rasa mcm tak best sangat la.. sangat overdose rasanya tahap prasan buku tu.. later later..

Saturday, July 24, 2010

jalan jauh

pagi ni bangun pagi-pagi pastu pegi breakfast.. tau dekat mana? mersing! no wonder my MIL beriya suh kitorang balik kota tinggi malam semalam gak.. rerupanya nak ajak gi breakfast kat mersing.. huahahah..

kitorang gi untuk makan nasi dagang.. ada satu warung kat almost bandar mersing, dekat simpang empat entahlah tatau la kawasan mana.. my danda and his family memang dah bertahun-tahun makan situ.. everytime nak gi pahang balik skolah dia sana mesti wajib singgah situ.. sedap kot.. for me memang sedap gak lah.. but is it worth travelling for 1 hour just to have a simple breakfast.. hmmm depends.. me tak kesahlah coz i just slept all the way.. teeheheehehe..

didn't take any picture la.. i left my camera and handphone in a car.. i should remember la next time utk bawak supaya cita-cita untuk bercerita tentang apa yang dimakan menjadi kenyataan..

masa balik nak sampai umah, request kat danda suh belik belangkas.. but then i guess dia dah full sangat so dia takdelah selera sangat nak makan apa-apa so balik jek terus.. ada satu kedai jual belangkas kat kota ni.. glamer.. belangkas mahkota kot orang panggil.. memang sedapp oo.. ok maybe boleh cite pasal tu di masa lain..

Monday, January 18, 2010

makan luar makan dalam?

aku seorang yang sangat pemalas. dan sangat bahaya bila orang pemalas diberikan bibik sebab dia akan menjadi sangat over extra malas. tapi dalam pada malas ada satu benda yang tak boleh nak malas. MASAK.

setiap ari balik keje mesti kena masak. dan sangat penat sebab setiap kali nak masak nak pikir nak masak apa. kadang-kadang aku bukak peti sejuk ngadap ikan ayam daging tu aku termenung pikir nak masak apa.

orang kata masak kat umah lebih jimat dari makan kat luar. yeker? jimat ker? kalo ko makan sorang dua baik ko makan luar je tak? tapi sebab aku perlu isi 4 perut orang dewasa + 2 perut budak comel maka baik masak sendrik kot.

aku beli lauk seminggu sekali. kalo sampai jumaat dah susut maka mungkin lauk berikutnya sardin ke ikan bilis ke. nasib ler. tapi kadang-kadang aku datang malas masak jugak aku paksa danda makan kat luar.

'u xkluar ke malam ni? pegi la kluar makan sekali tau kat luar'
ataupun
'u balik awal ke lewat? lewat? makan terus tau balik umah xyah makan lagi'
:p

burok perangai punya bini..

tapi semenjak dua menjak ni aku makin risau. sebab bila pegi kedai beli lauk harga lauk pauk sayur mayur dah makin tinggi. kebiasaan lauk pauk sayur mayur plus bawangbawangan dan rempah ratus lain-lain aku beli kurang RM50 untuk seminggu. tapi skang dah mula lebih. amek ikan selar besar yang xbrape besar 5 ekor sudah RM 5.60. campur sana sini gedebak gedebuk melayang RM 85. ternganga sedikit aku kat kaunter.

tapi aku rasa penyumbang kemahalan adalah lauk ketam. hahahaha padan muka sape suh beli ketam. memang mahal. ketam 4 ekor bersamaan dengan RM 28.00. *pengsannnnn* tapi danda suka ketam. masak cili padi.



eh kalo pegi kedai kan biasa aku jumpa 2 jenis ketam. satu kaler macam purple biru2 pastu cantek sket. lagi satu yang kaler hijau2 coklat lumut yang ala2 menggerutu tak cantek kan. aku selalu beli yang cantek sebab kelihatan lebih selera untuk memakannya. tapi ada sekali tu pakcik kat pasar kata 'amek yang ni banyak isi' sambil tunjuk yang tak cantek kulit menggerutu. mula2 aku macam xnak percaya, dalam ati nak tuduh mesti takde orang nak beli pastuh suh aku plak. tapi aku amek jugak yang pakcik tuh suruh. tak salah mencuba. and it turns out hoyeahhhh memang banyak sangat isi berbanding yang cantek kaler purple biru tuh. so don't judge a crab by its uglyness.. huahahaha..

Monday, September 28, 2009

kerja selepas raya..

after 12 days of holiday, now i'm back at work.. haiihh.. what a lazy dreamy monday.. how's ur eid celebration? mine is not much different from the past years.. spending the morning of eid at in-laws, after zuhur need to hurry back to JB my kampung.. mind u.. it is kampung.. oh but klakornya this year i got back to jb only after maghrib then turn out that nobody at home.. my father went to his friend's house while my sister is still not back from singapore (collect duit raya kat sana sangat menguntungkan :p)..

then i head back to my house with all the lauk pauk from kota that supposed to be sent to my kampung.. so the next morning, we went to my kampung house and again hah?? takde orang gak.. my father was heading up to pekan nenas while my sister was on his way to pontian.. cess.. so balik semula to my in laws kat kota with all the lauk pauk.. sirih pulang ke ganggang katanya.. :D

i only got to meet my siblings on petang of third raya.. raya keempat sume 8 of us ada kat kampung except for my eldest brother yang dah oledi balik KL.. masak2 dengan meriah seperti raya pertama kecuali tiada ketupat hanya nasi bungkus segera.. lain-lain seperti rendang, ayam masak merah, sambal goreng, and serunding were there ready to be eat.. malamnya kitorang buat BBQ.. kambing ayam daging ikan udang dan lain lain.. yummy yummy kata alisyia.. so meriah so kecoh kepoh suasana itu.. i luv it..
 

Template by Best Web Hosting