yesterday pagi-pagi aku bukak fb tiba-tiba ada beberapa request untuk jadik kawan.. ada yang aku memang tak kenal langsung dan ada yang aku rasa macam kenal dan ada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab memang aku kenal..
dolu-dolu aku approved jek sape nak jadik kawan.. sebab masa tu aku giat main Mafia Wars so bagi mengukuhkan kumpulan mafia aku, haruslah aku add sape jek yang main Mafia Wars.. but then dah lama aku tinggalkan segala game dalam fb yang menyebabkan aku tinggalkan dunia fb (nampak sangat la takde kawan pastu bukak fb setakat nak main game ajek).. so bila gitu, aku mula delete orang-orang yang tak berkaitan dalam kehidupan sebenor aku (Mafia Wars people dan orang-orang yang dok promote MLM ke Jana duit hari2 ke dan yang sewaktu dengannya)
sume rakan-rakan dalam fb aku buat kategori, dari kategori sekolah rendah, sekolah menengah ada 2 group sebab geng dari Form 1-3 dan geng dari Form 4-5 (sekolah lain-lain kekdahnya), pastu group masa blajo kat U, group tempat kerja pertama, group tempat kerja kedua, family nya group dan lain-lain lagi lah.. dalam 11 group sumenya.. siap ada group unsure iaitu masa aku tatau sapekah yang add aku lalu aku bantai approved jek, maka mereka dikategorikan sebagai unsure..
oh berbalik pada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab request friend ni adalah kerana sebelum ni memang kitorang friend pun dalam fb hinggalah aku dan member aku sorang komen something kat wall fb dia.. actually komen tu biasa jek pun takdelah pedih ati punya komen sangat pun, member yang sensitif sangat, dah dia yang dok mula kutuk-kutuk orang pengurusan itu la ini la dan sah-sah member aku tu dok buat benda yang dia dok kutukkan, so kitorang just bagi komen membina jek kat post dia tu.. pastu tetiba dia kata 'oh bahaya ni ada officer spy' and the next thing we knew, he removed us from his fren list.. well it's a joke for us, we laughed at it.. ayooo tak matang btol sesetengah orang ni.. takpelah kitorang memang tak amek ati langsung plus actually kitorang rasa relieved sebab takkan wujud lagilah post-post dia yang kejenya nak salahkan sume orang dalam dunia ni..
so bila tiba-tiba dia request friend balik ni memang aku berdekah sangat.. member aku siap kata'dia tu apahal, dah gila talak?' huahahah.. so skang aku tak sure whether nak approved ke tak.. memang tak kesah tak terasa ati bila dia removed kitorang cuma pkir kang friend balik tak sanggup plak nak tengok post-post status dia yang penuh amarah tu.. akan dipikirkan..
Aki | luruh | autumn
7 years ago