Wednesday, September 28, 2011

great meal

i'm just having one of the greatest meal in my life; ubi rebus + sambal tumis + udang ikan kering + kopi 'o' .. this is what we called love.. hahaha.. great choice of minum petang.. lebihan mesyuarat petang ini hehehe.. nasib baikkkkk ada lebih.. dah kecur-kecur liur masa caterer anto makan tadi.. hahaha.. nampak na asal ada mesyuarat jek cepat-cepat jeling tengok caterer anto makan apa..

this morning pulak masuk cafe ada pulak jual kupang dimasak bening ek apakenamanya.. tak toleh kiri kanan terus capai kupang tersebut.. sangat sukaaaa.. another love.. agak sukar nak dapatkannya.. teringat last time masa bengkel kat hotel apentah dekat KL di meja buffet ada kupang yang bersaiz separuh tapak tangan disirami keju kot ntah tatau masak apa dan rasanya masyaAllah.. mengalirkan airmata di meja makan kerana terharu dapat menikmati makanan sesedap itu lalu mengharapkan hari-hari seterusnya chef kekeringan idea lalu masak kupang tersebut hari-hari tetapi sedih.. chef tak mampu membaca isi hati aku lalu dia masak gaya yang sama tetapi menggunakan udang kot yang tidak mampu menandingi kesedapan kupang itu.. *sruuutttt (tarik balik air liur aku yang meleleh hahahaha)

-----------------------

layout facebook yang bertukar bebaru ni menimbulkan banyak kemarahan orang-orang yang suka marah.. aku? takde perasaan langsung.. tak kesah ler dia nak buat apa pun.. bukan keje aku ngadap facebook 24/7.. tetapi aku dapati layout baru facebook ni menjadikan stalker akan bersifat lebih stalker.. 

hahaha admit it u guys.. kebanyakan orang memang tak guna sangat fb tapi korang masuk jugak tengok dan baca status-status kengkawan itu.. dolu setakat top stories recent stories.. nahhh sekarang ni fb bagi ko segala mala apa pergerakan ko untuk tatapan umum yang terlalu umum.. setiap yang dikomen di like dipaparkan dengan penuh keterbukaan.. dolu nak tengok too much details ko perlu la pegi profile orang-orang tersebut tapi skang tak perlu ke profile orang tu, ko page ko jek ko dah leh baca yang memacam.. 

maka ramailah yang copy paste permintaan agar korang klik kat nama diorang dan untick la status untuk komen dan like supaya tak terlalu umum.. harap maaf.. aku tak buat.. aku malas dowhhh.. tapi untuk orang yang introvert dan pendiam lagi pemalu macam aku huahahaha pun tak suka gak sume benda orang nampak.. terlalu kepo lah kan layout baru ni.. 


 

Template by Best Web Hosting