Monday, September 12, 2011

ziarah

weekend dua ari lepas ni iaitu sabtu, 10 september dan ahad, 11 september 2011 dihabiskan dengan menziarahi sedara dan rerakan.. konsepnya setahun sekali je ker melawat.. teruk kannnn.. oklah tu at least gi gak melawat.. ari sabtu dalam kol 11 gerak gi melaka.. gi umah sepupu danda.. and friend.. harap maaf tiada gambo.. susah la skang aku nak snap-snap gambo.. tangan penuh dengan my bundle of joy, little Athea so adalah tak berpikir nak snap-snap..

bila ziarah ni kita dah bagitau awal-awal nak datang maka tuan rumah akan membelanja makan di rumah..

Rumah 1 :
1. nasi putih
2. ayam masak err tatau-la-tapi-ala-ala-rendang-tapi-bukan-rendang-kot-ker-rendang-style- melaka-aku-pun-tatau
3. cencaru sumbat kelapa dicecah kicap-potong-lada-bawang = heaven!! air liur meleleh sudahh..
4. sayur air gaya yong tauhu johor style
5. Laksam dan pulut bakar inti ikan (ni dibawa dari johor)

Rumah 2: (ini bagitau tiba-tiba tapi gigih tuan umah siapkan hidangan)
1. Mi goreng
2. Kerepek pisang yang saaannnggggaaatttt nipis memang sedap thumbs up

Rumah 3:
1. Soto ayam
2. Puding Karamel

pastu nak balik singgah dah nak maghrib tu tumpang umah orang lagi untuk mandi sket pas solat dolu

Rumah 4:
1. Cempedak goreng
2. Keropok

by the end of the day.. perut kembongggg..

Ahad pegi 2 umah jek.. kira menu keseluruhan adalah
1. Makaroni berkuah (kuah ala-ala stew yang tak pekat)
2. Mihun goreng

sebelum pegi umah orang, makan lunch dolu kat umah sendiri.. aku bersemangat masak sebab aku dah teringin sangat nak makan Sambal Tumis Udang with Petai, diregukan bersama sayur lemak dan ayam goreng berempah.. menjejes lagi air liur ni..


 

Template by Best Web Hosting