Friday, September 9, 2011

Tambahan 2 kilo

Masih lagi cerita pasal berat badan nampaknya ni.. Entah bila nak abis.. Biasalah orang pompuan.. Extra concern pasal berat berat ni okayyy.. Live with it..

Okay ginilah.. Berat aku sebelum preggy last year adalah *uhuk*55kg++*uhuk*.. Sebaik sahaja dalam pertengahan tempoh pantang kira dah sebulan gitu berat aku jatuh ke 49 kg.. Yang ni tak perlu batuk.. Kena pakai font besar + bold patutnya ahahahah.. Pastu berat aku maintain at 50kg sampai naik keje dan mengahmpiri syawal..

Tapi bila masuk seminggu raya ni aku dapati berat aku dah mula naik balik.. demmm.. Tak bagi chance makan secara bebas gitu.. Memula naik sekilo.. Pastu naik lagi sekilo..*nangessssss*.. dan memang nampak la dah kurang slimworld itu.. *nangesss lagiiiii* aku macam eh whatdehell takkan naik 2 kilo pun nak montel montel dah balik.. Takkkkaaannnnnlahhhhh 2 kilo mampu menjejaskan kesliman aku kan hehehehe..

Pastu aku terpikir (kenapa la lembbbbsss sangat kan aku ni) kalo aku samakan 2kilo tu ngan tepung gandum yang aku uli-uli pastu aku buh doh dia tu tampal kat lengan aku kat perut aku kat pipi aku kat peha aku, eh banyak tu 2 kilo tu.. Patutlahhhh kembanggggg hahahaha apekebende la aku ni lembab sangat leh anggap 2 kilo tu memain jek..

orang + tepung gandum seberat 2 kg (cap sauh kapal)

ha doh tepung ditampal pada bahagian tertentu untuk menunjukkan kawasan dompot.. hahahaha amek ko.. patutlah gemokkkkkkk...


 

Template by Best Web Hosting