Tahniah la kepada sesiapa yang berjaya menurunkan berat badan semasa berposa aritu dan redho je la apabila berat naik secara mendadak selepas seminggu beraya (huwaaaaa maka tahniah tu sebenarnya untuk diri sendir.. Nangesssss..)
Sangat kecewaaa.. Aritu masa lepas pantang berat badan aku turun.. Tak banyak mana tapi agak ketara kekurusan aku (perasan ko yer hehe).. Pastu maintain seminggudua jumpa pulak bulan mulia yaaa ramadhan al mubarak.. Maka disebabkan selalu berbuka sensorang sebab laki outstation maka takler makan beriya-iya.. Ala kadar aje.. Maka eh berapa banyak maka daaaa.. Maka berat dapat maintain la sepanjang ramadhan lalu.. Angat gembira hoyeah hoyeahh..
Namun alangkah sedihnya bila tak berpanjangan.. Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya ujan di tengahari.. Haaa jujur bunyi peribahasa tu.. Sadis sungguh arini apabila berat sudah mula btambah.. Obvious okay.. Muka dah mula bolat.. Disebabkan teringin nak kurus dalam jangka masa lama, tak pasal-pasal aku google tips nak kuruskan badan hahahahahahahahahahaha.. Ha panjang ketawaaaa..
Tapi rata-rata mana pun memang tekankan untuk kita jaga pemakanan.. Jaga kalori.. Rajin bersenam.. Itulah yang aku dan ramai orang lain FAIL.. Untuk aku perghh makan la susah nak kontrol.. Once aku makan aku just takleh stop.. Munch munch munch nom nom nom nom.. Susahhhh.. Tapi naklah aku berazam untuk maintain.. Tu la gatal mulut.. Orang dok puji kata 'eh dah kuruslaaaa' aku gatal jawab 'elehhh ko tunggu la lepas raya nanti naik baliklah aku ni' ha padan muka Tuhan makbulkan doa mulut tak reti cover kalo bercakap tu..
So kena ada target nak maintain bape kilo beratnya.. Jaga makan paling penting.. (mampuuuu kerrrrr.. Haip kena yakin.. I mampu u.. Nangessssss).. Takyahlah makan ubatubat kurus ke jusmate ke apa ehehehe.. Sebab makan tu yang paling penting.. Errr aku penah try jusmate 2 taun dolu (dah tak tahan badan gemok sangat ahahahaha) but then bila mula minum tu aku sedar sebenonya bukan jusmate tu yang bantu aku kurus sebabnya sape yang penah makan memang tau la.. Dia suh ko KAWAL MAKAN.. Siap ada menu kena makan apa.. Ceh kalo macamtu aku takyah amek jusmate just kawal makan separuh separuh je la.. Confirm la kurus kannn.. Dahtu aku minum jusmate tu katanya konon mampu melawan lapar dahaga.. Ceh takde maknanyaaaa la.. Hahaha pandai la aku nak salahkan dr rozmey rambut dabomb.. Aku yang takde disiplin memang susah kot nak folo rejim gitu.. Orang lain ok jer kot..
So aku nak maintain 50kg la raanya (itu yang mak mampu uols).. Walopun masa pantang aritu pernah jatuh bawah 50kg tapi rasanya sudah memadai la 50 itu.. Sehubungan itu aku Akan memaksa orang keliling aku cakap aku kurus lalu aku akan ajak beramai-ramai mengaminkan katakata itu.. Err di samping jaga makan.. Arghhhhhh yakin boleh rakan muda...
Aki | luruh | autumn
7 years ago