Tuesday, March 2, 2010

jurus hikmat elak lecak

aku heran la.. kenapa setiap kali kalo aku tengah drive ker takpun aku jadi penumpang tido ke, asal ari ujan pastu ada lecak tersimbah kat keta aku mesti elak lecak tu.. bukan elak lecak dengan menswerve keta ke kiri atau kanan.. tapi mengelak dengan menswerve badan ke kiri atau kanan dan kadang-kadang lebih dramatik siap tutup muka dengan tangan sambil kejam mata..

tingkap keta bukannya bukak pun takut kebasahan.. sangat spontaneous reaction.. dan sangat siseh (read: burok huduh) keadaannya.. dan bleh juga membawa kepada sangat bahaya.. kadang-kadang dalam keadaan sedar aku akan perasan yang aku bakal disirami lecak sebab dah nampak contoh keta hadapan kena siram limpahan air berlebihan di jalanan yang tak masuk ke longkang oleh keta dari lane sebelah.. so aku cuba dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi saat-saat itu.. aku cuba berlagak tenang dan bukak mata dengan jelas tengok depan.. tapi tak dapat jack.. otomatik aku akan cuba elak lecak itu.. sekurang-kurangnya aku akan terpejam mata.. cis cis..

tapi aku rasa bukan aku sorang kot alami masalah ni, ramai gak orang lain yang mesti mempunyai tindakbalas macamtu.. aku ingat dolu masa naik bas skolah, aku ngan kawan-kawan aku slalu gelakkan pasal isu elak mengelak ni.. bukan setakat elak air lecak sahaja, malah elak ranting-ranting pokok pun selalu jadik bahan gelakan..

ada sekali tu ada budak ni apakenama dia ek Suresh ke Sarmilan, dia dok depan sekali masa tu, waktu dah remang-remang senja Uncle bas tengah anto budak-budak balik umah lalu taman perumahan kecik yang ada pokok-pokok rimbunan tepi jalan, tetiba bas lalu dekat dengan satu pokok ni maka ranting-ranting pokok tu pun dok libas la bas ni, si Suresh ke Sarmilan dengan pantas mengelak.. bukan elak sikit-sikit jek, siap jatuhkan badan lagi.. punyalah drama king cara elakan itu.. aku tengok muka kawan aku dia tengok aku pastu kitorang tengok tingkap bas - tutup - maka kitorang terus ketawa besar-besaran.. haaaaaaa klakooo.. well suka ar pada aku memang klako.. aku leh bayangkan lagi situasi tu.. haaaahhhhh.. adehh penat aku ketawa.. ah sudahlah..
 

Template by Best Web Hosting