Monday, April 12, 2010

bunian?? part deux..

maka aku sambung balik citer terputus.. masa dah hampir subuh belum subuh dalam kol 5 cekgu kuar khemah kitorang pun cuba-cuba la bertanya apa yang berlaku? member aku duorang yang mula-mula beristighfar dengan kuat dan semangatnya pun bagitau kenapa diorang terkujat, agak lawak la sbenanya reason diorang terkujat, sebabnya dalam keadaan sekitar yang memang dah agak gelap gelita kecuali dekat area kitorang yang sedikit diterangi dengan lampu gasolin hidup segan mati tak mau itu, diorang ternampak kepala orang tanpa badan, macam seram la dengornya, tapi yang lawak pulak, kepala tu dipunyai oleh member kitorang yang dah bersikap pelik si S tu, adaker patut dia berdiri kat kawasan yang gelap gulita pastu dia gi suluh kepala dia ngan lampu picit.. hahahah mana la orang tak berisgtighfar dengan kuat lagi semangat, badan sume tak nampak tetiba jek ada kepala tergantung.. hahahaha klako sey siseh jek..

tapi bila aku dengar reason diorang terkujat, aku terdiam, diorang pun takde tanya nape aku terkujat sebab sume orang bajet mestilah aku nampak perkara yang sama kan.. aku tak terus bagitau apa yang aku nampak.. apa yang aku nampak? well sebenornya takdelah seram pun, tapi aku memang pasti aku nampak seorang budak perempuan berbaju putih bertudung putih duduk dekat sebelah kawan aku.. dia tak kelihatan solid, dia kelihatan macam satu tubuh badan yang agak telus ala-ala transparent tapi dengan bentuk nyata pasti.. ceh cemana aku nak sampaikan ni.. susah lak nak jelaskan.. paham-paham sudahlah.. aku terus terkujat sebab memang sah-sahlah sebelah member aku tu kosong sebelum tu takde sesape.. aku berderau gak sebab terpikir sape budak perempuan tu? kalo nak kata hantu, err pakai tudung gitu..

so bila siang menjelang kitorang berani la lagi bincangkan balik apa yang berlaku malam pagi tadi. tapi si S ni macam marah sangat bila kitorang bincangkan hal yang berlaku.. dia siap warning kat member aku yang nampak jelas perbuatan dia tu jangan kecoh-kecoh, nanti ada benda ikut sampai balik hostel.. ha lebih kurang gitu kot amaran dia.. aku lak memang masih tak bagitau sesape apa aku nampak.. sebab aku macam tak pasti dek aku sorang jek yang nampak budak tu so takut kang orang tuduh aku buat citer palsu la plak..

tapi sume2 AJK ni dah mula bising sebab diorang kata si S sangat pelik.. tak berapa nak macam dia sangat.. dahler pakai cap secara biasa (si S biasa pakai cap yang awning (uih macam tudung skang lak ada awning) dia tu dia letak kat belakang, pakai terbalik la kiranya).. then yang buat budak2 lain makin pelik masa angkut barang turun dari hutan nak kuar, si S jalan depan diorang, diorang kata rasa macam jauh giler perjalanan lambat sangat, diorang potong jek si S terus rasa macam biasa smooth jek jalan..

bila dah naik train nak balik JB suku jalan si S berubah dah, normal balik.. dia pakai cap macam biasa.. pastu kitorang dok kumpul dalam 6 8 orang kat kafe dlm train tu kitorang tanya dia macam-macam pasal kejadian malam semalam.. dia antara ingat tak ingat.. dia pun tak ngaku dia ada warning member aku pasal kecoh-kecoh tu.. kitorang pelik.. kitorang paksa dia citer apa sbenanonya jadik kat dia..

S pun citer, dia kata masa ari kedua kat bekok, dia tengah round area utan dekat-dekat area camping, dia sorang, dia jumpa sorang budak pompuan, petang masa tu, budak pompuan tu kata nak kawan dengan dia, budak pompuan tu bagi dia something, aku tak ingat apa, tapi S kata dia takde nak bagi apa-apa, budak pompuan tu kata bagi jek apa-apa sebagai tanda kawan so kalo tak silap dia bagi la ada batang kayu ka batu ka apa ntah yang ada dekat situ..

S kata lagi malam tu budak pompuan tu datang dengan family dia tolong kitorang jaga kawasan tu sebab memang agak keras malam tu, kata nya lahhhh.. aku tanya dia, budak pompuan tu pakai tudung putih baju putih ker? ha'a kata S, dia duduk sekali dekat kumpulan yasin (wah macam kumpulan yasin makcik-makcik kat kampung gitu) kitorang ikut baca sekali.. maka tau la aku tak berilusi.. (wehh ayat-ayat aku dalam penceritaan ni sangat skema la lagi bertatabahasa yang tinggi..)

so bila macam tu paham lah kitorang nape S marah-marah pasal makanan buang sepah-sepah.. yelah dalam utan memang tak elok kan.. banyak benda-benda suka.. tapi S kata bukan dia sebenarnya tu.. entahlah aku pun tatau la S tu nak kelentong ke apa.. tapi S ni antara budak yang sangat baik kat sekolah, kurus, tinggi, putih, chinese look, debator sekolah.. memang bagus la budaknya.. tapi kesudahan dia tak berapa baik..

aku tak satu kelas dengan dia, cuma sebab kitorang satu kelab yang sama maka tau lah sket-sket citer pasal dia, dalam seminggu dua lepas camping tu, kitorang dok sembang kat bilik kelab dengan cikgu yang bawak gi camping, S citer idup dia agak tak tenteram, budak pompuan kawan dia kat bekok tu selalu datang tengok dia, kat sekolah pun dia datang, kalo orang ramai-ramai, budak pompuan tu akan perati dia dari jauh, kalo takde orang budak pompuan tu akan datang dekat dia..

pak dia bawak dia gi jumpa bomoh ka ustaz ka aku tak ingat, diorang kata S dah terbond dengan budak tu sebab diorang punya exchange barang, so S kena pegi balik kat bekok tu pulangkan balik barang yang budak tu bagi, S kena naik sendrik tade sape leh teman.. kalo S jumpa budak tu dekat perkampungan dia, maka ketahuilah bahawa S takkan turun kembali dari utan tu.. maka bapak S kena la balik JB sorang-sorang.. tapi nasib baik la, S turun balik, dia jumpa budak pompuan tu sekali dengan family dia, pak mak abang ngan girl tu di kawasan bukan kampung diorang.. cemana S menyeru budak tu tidakler aku tahu.. cuma aku sempat tanya S hensem tak abang budak tu? hensemmmmmm jawab S.. kata S budak pompuan tu pun sangat cantek..

walopun hal tu dah mungkin setel, tapi aku dengor citer lepas-lepas tu S selalu ponteng sekolah, walhal sebelum-sebelum tu rekod dia di sekolah sangat baik, leh dikatakan tak penah ponteng, maka disebabkan strict nya peraturan kat skool aku itu, almaklum skolah ala-ala tentera gitu undeng-undengnya, maka S telah diberentikan skool.. kesiannnn.. tapi sebetulnya apa sebab S selalu ilang takde sape yang tau.. ish ish ishhh.. sejak dari itu aku tak dengor kabo brita S lagi..

huahhh gigihnya aku bercerita.. walopun takde unsur klimaks tapi tetap la aku sanjung kerajinan aku bercerita ni.. maka memang mungkin la kot orang bunian memang memakai baju putih seperti citer sumpah bunian itu walopun aku baru nampak sorang jek.. hehehe...

notes: aku tatau la sejauhmana kebenaran citer si S itu.. anggap je la ni sebagai citer boring-boring nak isi masa luang layan je la malkomal ngan citer merapu itu..
 

Template by Best Web Hosting