Wednesday, December 30, 2009

Win RM200 with CIMBClicks..

Yes you can now win RM200 by answering 5 simple questions in CIMB Clicks website. Just answer the 5 questions and RM200 will be credited to your account number.

Looks simple and easy isn't it?? Notttt!!Yehaaa jangan terpedayaaa.. macam kawan aku.. heheh.. patutlah tadi tiba2 aku nampak dia bergegas2 panik2.. bila balik tu dengar dia tengah bising2 tepon (suara dia kuat kalo tak panik pun sedia bising kedengarannya).. rupanya dia telah hampir terpedaya.. hampirrrr.. belum sampai final..

kekdahnya dia terima emel gitu lagunya.. dia pun pegi follow ke website tu.. disebabkan website itu kelihatan sejibik sebutik asli, maka dia takde tengok kiri kanan atas bawah (ada ker tak tengok URL.. kes tamak la nih.. hahahaha) dia pun jawab 5 soalan tersebut.. dah jawab pastu keluar paparan kata dia akan masukkan duit setelah dapat confirmation kat email..

pastu dah confirmkan emel dia dapat pulak TAC from phone untuk masukkan kat web tersebut.. nasib baik la member aku belum cukup gelojoh.. dia baca sms tersebut dan bunyiknya lebih kurang begini, CIMB Clicks: Western Union - Credited account to Paul Kaudron RM 2,988.75 bla bla bla TAC 775861.. duit dalam akaun member aku ada RM3000.. ohooo oh noooo.. maka dia pun terus dengan pantas berlari ke bank CIMB kat bawah ni mintak block kan CIMB Clicks dia serta keluarkan terus keluarkan duit dia..

haaa ingat yer lain kali cek ler URL tuuuu.. nasib baik tersedar separuh jalan..

Tuesday, December 29, 2009

aku tak cukup puasss..

lately tahap katak bawah tempurung aku makin menjadik2 la.. dengan lifestyle yang sangat boring.. aku makin menjadi ignorant person.. booosaaaaannnn.. apa cerita main kat wayang pun aku tak berapa tau.. hahaha punya lah aku ni orang yang membosankan kannn..

masa mula-mula dengar citer Avatar.. ko tau apa aku terbayang, cerita kartun Avatar tu.. si Ang yang mempunyai beberapa elemen iaitu angin tanah dan apekebenda lain ler.. tiba-tiba aku tengok orang biru-biru.. 'oh watak apa pulak menatang biru nih?' huahaha.. pastu baru la baca sinopsis sket ces takde berkenaan sungguh..

Aang pun Avatar jugak apa...

so last krismas i give u my heart aku pi tengok ler Avatar ni.. memula ingat nak tengok kat CS.. dalam kol 3 lebih sampai area situ mak aii jem giloss.. dahtu himpit punya himpit sume pintu masuk ke CS tutup.. SEMUA okayyy.. buduh btol..

Neytiri dan JakeSully

last last pi tengok kat leisure mall sana.. oh sangat best sekali cerita ini.. sangat ooooo aaaaaa waaaaa.. tapi aku tak bape puas nengok.. satu sebab dapat seat kat tepi.. so pandangan macam ada kureng sedikit.. kedua penuh ya rabbi panggung wayang ini maka panas yaaa amattt.. orang2 yg bawak sweater sangat sia-sia kerana sangat berpeluh2.. oleh itu sangat kurang selesa.. ketiga seat depan aku bawak anak umor setahun dua yang mungkin rasa panas dan tak best maka budak tu asek nangis jerit2 pastu pak dia 2 3 kali terpaksa bangun dukung dia bawak gi keluor.. keempat ramai budak lari-lari pegi toilet pastu balik lari2 kat laluan dan mengganggu konsentrasi aku.. so sume2 reason itu mengganggu feel aku..

mari belajar menjadi kaum Na'avi

Neytiri buka langkah.. aku suka suara dia bila dia marah buat kkerghhhh ala yang menyeringai tu.. dia nangis pun suara sedap.. husky gitu.. hahaha..

esok lusa aku sambung cuti lagi.. ahaaaa.. aku nak pi tengok sendrik pagi2 la harap2 orang tak ramai esok bukan ari cuti..

apa aku buat masa cuti

last week seminggu aku bercuti.. apa aku buat masa cuti? melancong ka? jalan-jalan ka? orang amek cuti sumenya dengan aktiviti asyik.. ada pergi penang lah (sedap sungguh jeruk2 itu), pergi KK la (tinggalkan anak dijaga atoknenek hahahaha), pergi langkawi laaa (dapat habuan coklattt, terima kasehhh), dan lain-lain.. aku? jalan mana? ttheeettttttttt.. masa cuti aku dihabiskan dengan menangkap tikussssss.. bukan seekor tapi EMPAT ekorrrrr.. gelikkkkkk meremang segala bulu yang ada..

kalo rupa kartun gini xdelah aku nak membuangnya.. aku bela ajer..

pastu aktiviti membersihkan peninggalan tikus itu.. itu pun aku tau masih banyak lagi tikus kat siling umah itu.. dahulu aku berjaya kekang dapur aku dari ditawan tikus.. segala lubang yang ada di siling kitorang tutup.. tapi sejak dua menjak ni tikus tu dah mula gigit balik ruang-ruang lubang yang berpotensi untuk dia selitkan badan dia yang fleksibel itu.. maka dia dah berjaya tawan semula dapur aku.. untuk pengetahuan badan tikus sangat fleksibel, walo sekecik mana lubang dan sebesor mana badan tikus itu, kalo kepala dia boleh lepas lubang maka otomatik badan dia leh lepas.. ces..

catch me catch me u can never catch me.. all i wanna say that u don't really care about us.. hahah leave me some food yooo or else i eat ur whole kitchen up..

disebabkan dapur aku malam2 sume makanan telah disimpan.. maka tau apa tikus tu buat??? dia gigit tutup tupperware aku!!! mahal dowhhhhh.. aku jual tikus tu kat restoran cina banyak-banyak pun x dapat ganti sebijik tupperware aku.. setakat ini dah EMPAT tutup tupperware aku kena gigit.. argghhhh tension aku..

ne prends pas de moi, je peux cuisiner pour vous, je suis une excellente cuisinere
(translation: Do not catch me, I can cook for you, I am an excellent cook)

maka aku terus lah dan tak henti2 berdoa, Ya Allah murahkan lah rezeki aku sekeluarga, rezeki kawan-kawan aku, jiran-jiran aku, supaya aku dapat pindah dari umah sewa ku ini dan membeli rumah baru sendiri dan mohon-mohon dijauhkan lah rumah baru ku itu satu ari nanti dari tikus, anai-anai dan segala mala petaka dari haiwan, jin, syaiton mahupun manusia.. Aminnn..

Wednesday, December 23, 2009

bangkok part II

ahh sangappp malas ni tp sebab dah mulakan so kena abihkan.. maka cuba abihkan in one bulk kalo rajin kalo makin sangap maka berpartpart la tak abih2..

20th November 2009
because of the time difference and i didn't set my watch to thailand hours so we started really early.. going down for breakfast at 0700 (our watch is oledi 0800, and from this time onwards the story will be in thailand hours)..

looked at the breakfast and i gulp.. gosh what to eat.. memang ada variety of foods tapi kaknab warned me not take ANYTHING.. even the telur goreng coz they might fried it with minyak babi.. aduh babi sungguh.. so EVERYDAY i took only fruits and toast.. EVERY SINGLE DAY.. i curse u babi..

today takde apa aktiviti for the debator team cuma registration around 1500 and there will be and adjudicator test at 2000 so we decided to jalaaannnnnnnn.. then after breakfast lepak2 a bit and waited for the right time to jalanjalan..

don't really know where to go, sempat digging out just a bit of info about where to go when we're in bangkok and i choose to go to the shopping complex MBK.. heard much about 'em.. we had a map in our hand but how to go there.. by taxi? tuktuk? oh bodoh sungguh rasa sbb bleh tak perasan MRT station masa ni btol2 dekat luar hotel.. kalu tak naik MRT je senang gilak..

sebaik saje kuar kawasan hotel pak tuktuk sambut dengan senyum mesra.. he can speaks english so-so so i told him that we want to go to MBK, he said that MBK will only open at 1030 (its only 1000 at that time), so he said that he brings us to a souvenir place and if we were inside for more than 15 minutes, he can get a chop for gasoline.. so we think ok la why not.. we could buy some souvenir for our family and frens and also helped the tuktuk uncle.. and the journey begins..

the Tuktuk from our view..

tuktuk in thailand is known for their fast and furious driving style and yes it is.. scary maaa.. i need to hold on tight.. tapi overall ok jek.. kadang2 ada gak scene2 yg menakutkan bila dia buat u-turn and the car from other side was just thisssss close (err ibu jari dengan jari telunjuk didekatkan pada jarak 1 cm)

when we arrived at that so-called souvenir shop, its actually a jewellery place - gold, gems, crystal and so on.. oiii aku bawak duit RM500 jek oiii apakejadahnya nak suh aku beli emas buat souvenir.. ndak xndak layankan je ler.. so kitorang pun buat2lah tengok-tengok sume segala harta pusaka yang ada kat situ.. 'oh mem, don't walk so fastttt, please look at which design u liiikkeeeee so we can custom made it for youuuuuu' (baca lah dengan nada lembut orang siam untuk dapat feel) 'here madammmm, we have a promotion over hereeee, only 1000bahttttt, take a look memmmmmm'... 'if u don't like gold madammm, we have crystal here for youuuuuu, very nice madammmmmm'

perghhhh tekanan beb.. sampai kat hujungggg sekali akhirnya ada jugaklah dia jual2 pelbagai souvenir.. harga dia ok la so tersangkut jugaklah kitorang kat situ lebih dari 15 minutes so we did helped the tuktuk uncle to get a chop for free gasoline..

then abih naik balik tuktuk.. the tuktuk uncle seems less friendly now compared when he first met us, then dia pun anto kami sampai sebelah MBK.. 'u cross the road'.. hmm ok la sebab memang ada jejantas segala pastu dia kata plak ' oh u want to go to muslim food? halal?' because at first we do asked him about halal food and suddenly he took off 'i show u halal food'.. ah sudah aku xlapor lagi ni xmau la pegi.. ttapi uncle tu dah melaju dengan tuktuk bersama kitorang kat dalam tuktuk.. kaknab dah risau2.. but then aku bajet dia just nak tunjuk je la kat mana tempat tu.. then sampai lah dekat Fatimah Muslim Food apakenama dia lebihkuranggitulerbunyiknya.. 'ok u cross the road' ah siol btol asik nak kena cross the road jek ni.. 'eh uncle we are not hungry, we want to go to MBK' 'oh i thought u want halal food' 'yessss but not now, right now we want to go to MBK'..

tuktuk uncle dengan muka boring pun jalan.. ntah lalu ceruk mana pastu dekat jalan ala2 sunyi dia brentikan kitorang 'MBK over there, u go there' 'where??' 'thereeee' bayar tambang dalam 50THB = RM5 (lebihkuranglerr) tuktuk uncle jalan.. so kitorang pun jalan la dekat arah yang dia tunjuk.. sampai depan tu jalan besor, kitorang terpinga2.. gila la mana ada MBK.. ah sudah.. melihatkan kitorang terpinga2, dengan pantas ada pakcik teksi warna warni tanya (teksi di thailand cantik2 okay uolsss, warna warni i likeeee) 'khapkunkhapprumpram pongprang'.. 'ah??' ' oooo u don't speak thaiiiii??' 'ohooo noooo' (kekdahnya orang muslim siam kalu pakai tudung sah-sah sama jek ngan muka kita ye tuantuanpuanpuan) 'where do u want to gooooo?' 'MBK' 'okay come i send you to MBK for 20THB, but i send u first to the souvenir place, a jewellery place' shoootttt not again.. 'oh its ok we just came back from the place, we want to go to MBK'.. 'this place is goooddd, there's a promotion todayyyy, if u go there, i get the chop for free gasolineeeee' ooo bloody hell who cares.. and we spent about 5 minutes arguing about not wanting to go to the jewellery place.. at last 'okay i send u to MBK 50THB' ah chulalongkorn btol.. 'okay la okay whatever'

see colourful taxi.. macam2 kaler ada.. kuning ijau pink oren.. ceria u..

akhirnya sampai la kitorang kat MBK.. the shopping complex is big.. a lot and lot of things.. we found halal food but it is very expensive, i had plain rice with tomyam and ayam kunyit 220THB = RM22 duhhhh.. we bought quite a lot of souvenir there..

uish baru prasan ni gigih depa ni dah ada meri krismas ngan hepi new year..

oh yang tomyam tuh sebelah gerai ni..

around 1500 we hurried back to hotel, taking a cab and cost 50THB, very cheap.. met with the Guozhang who was looking for me.. we discussed about the registration, the cost for one team is USD85 or around 3000THB, and for the observer (me) we have to pay about 2000THB.. the problem was when the students made the budget they forgot to include the observer's fee so basically we don't have enough money so i decided that i will not be the observer.. the team okay with it so settled..

registrationnn..

so i just hang around with them waiting for the registration and the opening ceremony.. off to our room and lepak till nite..

so end of the day.. sangapppppp..

Tuesday, December 22, 2009

my Bangkok trip.. part I

oho ho ho ho.. disebabkan telah makan berbulan2 i didn't update anything so i guess this entry will take an entire page.. eh yeker.. rasa cam semangat nak menulis.. tengok2 separuh jalan pastu malas maka aku stop begitu sahajork la gamaknya..

i think for this past few months i've been very busy.. i think.. i can't remember.. my memory can only last for few minutes.. i kept forgetting about things.. i really am getting older.. err makin tua memang makin lupa ker?

i'd been to bangkok last month.. yippeee.. one long holiday.. from 19 - 24th November'09, i guess this was the longest holiday i'd spent abroad.. 6 days and 5 nights in bangkok, die maa from lacking of food.. on my way back home all i think was food!food!food!

i went to bangkok for the purpose of escorting the debate team to take part in the Debating Championship that held in Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand. Uni sending two teams and i think other Uni in Malaysia sending about not less than 4 teams.. together with me was my colleagues who are willing to accompany me which means to sacrifice her money (i can claims while she can't.. huahaha)

so as usual everytime i go anywhere i will jot the whole experience so i will not forget about things (yes i am serious about my damaged brain).. so here we go..

19th November 2009
gerak from JB to KL at 0830, stopping at Machap and by 1230 we were safely arrived at LCCT, our AirAsia flight will be departed at 1535.. we only manage to fly with AirAsia due to students mistake in calculatting the fare but thats ok compared to UiTM students which also doing the same mistakes and ended up had to go to Bangkok by train.. duhhh..

meet up with the teams, 6 of them, 5 boys and 1 girl, all Chinese (this is why i had to persuade my colleagues to go with me because the students can eat anything anywhere, food is the key hehe.. well she can't really blamed me because when the Activity Officer offered me to go to Bangkok, she said that if i accept the offer, she will go to Bangkok with me.. now please be careful with what u wish for, u asked for it u got it hua ho ho ho)

to thailand.. the Elephant country.. sawadikaaa.. khapkunkhaaa..

so we fly and fly together, reached Suvarnabhumi Airport around 1800 but its only 1700 thailand hours.. diorang lambat 1 jam kan dari kita).. so sampai tu nak lepas imigresen mak aiiiii ramainya orang.. beratur line bersepah2 ni punya ramai.. punyalah orang dok sbok bkumpul one part ni rupa2nya kat sblh sana kurang orang.. so kitorang selit2 cepatlah sket que nya..

the statue is big and lot of 'em.. oh at the Suvarnabhumi airport before the immigration..

then we had to wait for the Chula Girls.. we couldn't find them anywhere.. tried to call them several times but couldn't get through.. so Guozhang wrote a sign in a piece of paper and had to tawaf a bit and at last the Chula Girls found us.. they were wearing a uniform, white blouse and grey skirt, all the Uni or colleges' students in Thailand had the same uniform, the only difference is their badge..

then we went to the hotel, all the participants were staying at this Bangkok Centre Hotel, RM100 per nite.. i didn't go anywhere that night, just settle down in a room and have some zzzz..

the Hotel and the room..

20th November 2009
aise malas la pulak nak cerita dah.. hahaha.. esok2 la bila rajin..

Friday, October 2, 2009

terampil = onizuka

smalam masa on da way balik, ada keta kat depan aku buh stiker kat cermin belakang pasal suratkabo berita harian kot, kan berita harian skang dah kecik.. stiker tu berbunyik "lebih kecil lebih TERAMPIL".. otomatik dalam kepala aku tetiba terbayang Onizuka mamat GTO..

pastu aku gelak sebab aku pelik apesal lak tetiba aku terbayang si Onizuka itu.. maka pikiran aku melayang-layang teringat dok baca manga GTO sebab in English GTO = Great Teacher Onizuka tapi aku penah baca dalam melayu diorang tukarkan jadik GTO = Guru Terampil Onizuka..


Pastu aku slalu dok terpikir-pikir.. hish apesal lak Terampil.. Onizuka tu terampil?? Bukan ker Terampil tu membawa maksud lebih kurang 'bagus, cekap' yang baik2 je ler.. bukan ler si Onizuka tu jahat benor.. tapi klakor ah Guru Terampil Onizuka..

Thursday, October 1, 2009

nasib baik aku tak bergegar..

beberapa ari ni berita berita bencana alam tidak berenti2.. last saturday, filipina was struck with Taufan Ketsana yang menyebabkan banjir besar.. more than 200 had died dan menyebabkan kemusnahan harta benda.. on Tuesday Ketsana bergerak dan menghentam pulak Vietnam dengan Cambodia before they hit Laos.. again banjir besar + kerosakan harta benda.. rasanya Kelantan pun kena tempias sket ni.. ribut kencang melanda terbang sume atap2 rumah mek mek.. ada pulak kena hentam dengan hujan batu kat pahang sana.. isk isk..


yesterday morning in american samoa at least 113 peoples died after an earthquake appeared somewhere in Lautan pasifik followed by tsunami.. the waves estimated to be within 4.5 to 6 metre.. abihhhh sume kampung2 kat pulau tu..


and to make things scarier some malaysian can feels the shake after an earthquake struck Sumatera yesterday afternoon.. gegaran sehingga 7.9 skala richter tu memusnahkan banyak bangunan, umah, hotel.. kebakaran berlaku sana sini.. Indonesian bergelap semalam.. ada pencawang yang terbakar..


even pagi ni pun ada lagi gegaran yang berlaku.. alhamdulillah aku nun di skudai ni takde rasa apa2.. tapi rasa sangat takut dan sangat sedeh dan sangat bersyukur.. sangat bersyukur sebab dok kat sini yang memang jarang2 berlaku bencana alam.. selain banjir besar la.. tapi at the same time memang takut.. bumi malaysia dah lama dan sentiasa dihujani rahmat.. rasanya akan sampai satu masa Tuhan akan menguji kita sume.. kadang2 rasa malu pula asyik meminta kesejahteraan kerahmatan dan keberkatan dengan dikelilingi pula oleh terlalu banyak kemungkaran.. moga-moga terus dijauhkan dari segala bala bencana.. aminnn..

Wednesday, September 30, 2009

nanti nanti jangan salam saya dulu kak..

kalo boleh memang dialog tu aku nak cakap dengan akak cleaner kat opis aku ni tiap2 pagi bila dia datang hulur salam dengan aku.. akak cleaner kat opis aku ni memang peramah dan baik orangnya.. aku takde apa2 masalah pun dengan dia.. we talk and laugh together.. cuma semenjak dua menjak ni bila dia datang pagi dia akan hulur salam dengan sume orang pompuan kat sini.. well its good lah bersalamsalaman.. cumanya dia bersalam tu waktu dia tengah meround kutip sampah..

well sampah kat opis pun bukanlah kotor sangat.. mostly kertaskertas sahajork.. but still ada sampahsarap seperti tisu hingushingusan, peluhpeluhan, bekas buangan makanan, habuk segala dan macam2 lagi ler kan.. because sometimes aku tengok dia just kaut sampah dalam bakul tu.. plastik kat bakul sampah tu pulak ntah dah berbulan gamaknya tak bertukar.. so memang dah banyak germs la kan..

nak kata aku ni pembersih sangat idakler.. tapi di zaman2 di mana kebersihan tangan amatlah diperlukan kita just kena take extra caution kan.. so aku tak sampai ati la pulak nak tolak sambutan tangan orang yang mau bersalaman.. kecik atiii.. so skang ni lepas salam agak2 akak tu dah jauh xnampak aku capai la sanitizer dettol dan mensanitizela tangan aku.. biorlah orang nak kata aku ngengada ke apa.. extra cautious..

Tuesday, September 29, 2009

i am sylar..


how i wish. tapi aku xnak part jahat dia. aku just nak kuasa yang dia ada. itu yang aku rasa masa aku sedang beratur pada waktu tengahari di McD di Berjaya Times Square 4 ari sebelum raya lalu..

oh aku telah berada di situ sebab nak belikan anak aku bubur McD selepas kitorang penat merayau dan anak aku dah kelaporan.. sedang aku beratur tiba2 datang budak2 skolah yang dah x berpakaian skolah yg aku bajet umor dalam 15 16 tahun beratur sebelah aku nak beli McD tanpa ada rasa bersalah.. siap selamber tanya member dia yang tak beli McD "eh ko xnak makan ke??".. kalo adek aku memang aku pelempang jek.. tapi aku tatau lah ni anak sape adek sape.. kalo aku ada kuasa memang siap lah budak2 tu aku kejekan.. hahahaha..

oh for those yang never watch heroes.. sylar is the bad character who is craving for powers.. alah malas la nak citer.. takkan la korang tatau kan.. :p emm i just finish season 3.. can't wait to get hold on season 4..

Monday, September 28, 2009

kerja selepas raya..

after 12 days of holiday, now i'm back at work.. haiihh.. what a lazy dreamy monday.. how's ur eid celebration? mine is not much different from the past years.. spending the morning of eid at in-laws, after zuhur need to hurry back to JB my kampung.. mind u.. it is kampung.. oh but klakornya this year i got back to jb only after maghrib then turn out that nobody at home.. my father went to his friend's house while my sister is still not back from singapore (collect duit raya kat sana sangat menguntungkan :p)..

then i head back to my house with all the lauk pauk from kota that supposed to be sent to my kampung.. so the next morning, we went to my kampung house and again hah?? takde orang gak.. my father was heading up to pekan nenas while my sister was on his way to pontian.. cess.. so balik semula to my in laws kat kota with all the lauk pauk.. sirih pulang ke ganggang katanya.. :D

i only got to meet my siblings on petang of third raya.. raya keempat sume 8 of us ada kat kampung except for my eldest brother yang dah oledi balik KL.. masak2 dengan meriah seperti raya pertama kecuali tiada ketupat hanya nasi bungkus segera.. lain-lain seperti rendang, ayam masak merah, sambal goreng, and serunding were there ready to be eat.. malamnya kitorang buat BBQ.. kambing ayam daging ikan udang dan lain lain.. yummy yummy kata alisyia.. so meriah so kecoh kepoh suasana itu.. i luv it..

Thursday, September 3, 2009

lembu ku hilang seekor..

ye memang lembu aku hilang seekor, aku beli lagi seekor semalam, aku letak nama dia Jet.. pagi ni aku jengok dia dah takde, tinggal Mo' dengan BonBon jek.. aise.. mahal la.. aku kedekut tau.. penat aku bercucuk tanam, bela ayam itik nak kumpul duit buat beli pokok-pokok ngan haiwan-haiwan lain tup tup ilang seekor..


dahlah aku baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pertanian.. menyahut seruan gomen.. eh ada kan diorang seru suh bertani.. hehehe.. ah tak kira ler.. aku nak cuba hobi baru.. aku dah letih carik gado.. asik gado jek dengan ntah sesape ntah.. kumpulan-kumpulan mafia yang busuk ati.. dahlah gado2 aku asik kalah jek.. :p hahah tu yang boring.. dah kalah.. kahkah.. cuba menang.. mesti suka giler.. hehehe..


sebelum aku cuba bercucuk tanam ni aku dah cuba gak beberapa hobi lain.. sekali tu join minah-minah sorority.. leceh la.. jual barang dah la mahal-mahal pastu ada ke nak beli barang suh pakai special brownies.. nak kumpul duit lagi senang oiii dari nak kumpul brownies..


pastu aku cuba pulak bela pet.. masa memula aku pilih panda jadi pet aku tetiba aleh2 panda itu bukan lagi panda tetapi telah bertukar menjadi monyet.. hok aloh.. bela monyet pulak.. awal-awal aku rajin la mandikan dia bagi dia makan ajak dia gi playground.. masa tu dia kecik lagi masih comel.. tapi la ni makin lama dia dah besor gelik pulak nak pegang-pegang.. hahahaha.. sian chewwy chewwy.. busuk dia dah lama tak tengok..


so skang ni aku cuba la aktiviti bercucuk tanam ini.. i like i like.. sronokkkk tengok pokok-pokok itu menggebu menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan jenabb oiii.. ayam itik bertelur lembu bersusu.. tak sabar ni nak kutip hasilnyaaa... eh tapi mana pegi lembu ku ituuu.. baliklah Jet jangan merayau gi kebun orangggg..

Tuesday, September 1, 2009

siri makan dan bercakap dengan jin..

siri makan di bulan puasa yer bukan makan dengan jin.. takde kena mengena antara makan dan bercakap dengan jin.. sambil makan sambil bercakap dengan jin.. ahahaha.. entah apa ko merepek ni mall..

berpuasa sudah masuk hari kesebelas kan.. sekejap sahajork.. esok2 tengok dah mula cuti nak raya.. kat opis pun dah mula edar form jangkaan cuti staf supaya senang nak atur siapa nak kena bertugas 3 ari lepas raya ituuu.. haha nasib la labuu..

selama 10 hari berposa sudah bebrapa kali aku berjaya masak untuk berbuka.. 2 ari di umah MIL, baru 1 kali di umah myfamily :(, 1 kali di umah SIL, 1 kali di jusco, 5 kali di umah sendrik (1 kali beli di param 4 kali masak)..

bulan posa masa buka jarang makan nasi puteh.. biasanya masak benda2 lain seperti mee mee an atau kalo nasik pun dia bukan nasi puteh la..

antara menu aku buat masa ini.. (semua gambar adalah bukan kepunyaan aku, aku telah google dan tampal di sini, maaf la yer pada tuan empunya.. ada yang bersign di gambar itu so itu lah tuanpunya.. tq tq.. )

sizzling mee (tak sizzles pun takde bekas dia) sampingan tambahan daging kebab (malas ah nak google gambo)


mee kari sampingannya bakwan (jemput2 sayur)


spaghetti takde sampingan sebab malas

nasi ayam

leceh dowhh.. sebab sume2 ni aku jarang buat.. so memang ngam2 kol 7 baru nak siap.. kelam kelibut aku.. takpe sempat gak aku berbuka bila tiba waktunya..

haaaa mari masuk siri bercakap dengan jin.. masa aku blog hopping aku telah terjumpa satu blog yang didedikasikan kepada peminat2 Tamar Jalis (orang lama kenal orang baru mungkin taktau, aku orang tak lama dan tak baru jadi ada unsur lama so aku tau :p).. hehehe semangat btol orang tersebut.. dia telah menyecan buku2 siri tamar jalis dan dipindahkan kepada blog itu.. tahniah tahniah.. so sume orang lama-lama leh membaca.. here here the adress.. http://tamarjalis.blogspot.com
yehaa boring2 boleh baca secara online.. enjoyy.. time kaseh time kaseh..

Thursday, August 27, 2009

prevention is better than cure katanya..

menyengeh aku bila bukak emel dengan tajuk di atas.. sama ada memang saje nak buat lawak atau pun memang berniat nak menjauhkan diri dari segala anasir virus..


H1N1 yang sangat menakutkan skrang menyebabkan banyak skool and IPT kena tutup. Even my sis (teacher kat subang jaya) ditutup awal skool sebab ada cikgu yang menjadi mangsa H1N1 dan telah meninggalkan dunia ini.

Dekat my IPT sehingga pagi tadi Pengarah Kesihatan Kampus kata kita tiada lagi kes student meninggal ke atau pun disahkan positih H1N1. Tapi kalo staf memang ada sorang positif tapi alhamdulillah dah baik dan dah keluar pun dari wad. Tapi mana ntah orang dapat rumours kata ada student meninggal pastu tuduh kitorang nak tutup cerita. entah apa2 jek. masa dengar rumours tu pun kitorang pelik sebab biasanya kalo ada kes kematian memang jabatan kitorang la antara yang terawal tahu sebab nak kena uruskan hal-hal berkaitan.

tapi diharap pada bulan posa yang sangat mulia ini, jauh-jauhkan la kes H1N1 dari bumi Malaysia ni yer.. kurang-kurangkan pegi param ek pada sesape yang demam serta selesema lagi batuk.. dok dendiam kat umah.. kirim kat orang lain jek tolong belikan tau.. ok..

Friday, August 7, 2009

kegemokan yang tak dapat dibendung

makin ari makin gemok.. makin ari makin gemok.. ulasan tu sesuai diluahkan kat aku oleh orang-orang yang ngadap aku.. tak boleh nak buat apa-apa la.. makanan sedap2.. nasib baik dah nak posa.. tapi nanti waktu buka posa lagi la tak dapat2 nak bendung.. makanan sedap2.. jangaann la pegi param (read: pasar ramadan atau bazar ramadan dan apa-apa lagi nama yang sesuai untuk orang jual makanan masa bulan ramadan) alamatnya memang terus gemok la.. makanan banyak giler dekat param ko rambang mata dah tu ko tengah lapo semua nampak sangat giur..

oh aku kan penah buat percubaan beraktiviti dulu ek.. konon2 pegi gym.. hampeh itu lah kali pertama dan terakhir aku berada kat gym tu.. hahahaha burok perangai.. and akhirnya beskal yang dibelikan oleh dandaku telah sampai.. aku dah berjaya bawak beskal tu kat sekitar umah.. pastu last week aku telah dipaksa oleh danda untul follow dia main beskal dan aku tau kalo follow dia bermaksud agak jauh dan lalu entah mana-mana laluan.. okay aku setuju tapi dengan syarat laluan yang tak banyak keta..

so aku kayuh kayuh kayuh wuuu turun bukit turun bukit laju giler ni bahaya bahaya keta banyak lagi ni lagi2 orang tengah balik keje.. jangan terpiuh handle beskal ni tergolek aku tak pasal2 mati katak ni kena langgar keta.. brek brek brek jangan laju sangat wehh.. lepas satu halangan maka masuk la pulak jalan tak banyak kete.. owh shit bukit.. pakai gear rendah ni.. paling rendah dah ni tinggi bukit.. kayuh urghhh kayuhhhh urggghhh kaaaayuuuuuhhh urghhh ahhhhh basikal tak gerakk.. ahhhhh kaaaaayyyy.. ah turun tolak basikal la jawabnya.. perghhhh putus napassss.. dahlah tak bawak bekalan air giler kering tekak.. penat siot.. laluan bukit bukau uolssss.. dahlah tak penah2 bersenam tetiba danda bagi aku jalan bukit bukau.. ni memang nak naya aku gamaknya.. nasib baik dia bersabo dan menunggu aku sepanjang jalan walopun member dia dah jauh giler tinggalkan kitorang..

akhirnya setelah berhempas pulas dan terpaksa break untuk 10 minutes sebab aku memang dah lemau giler tapi akhirnya aku berjaya gak balik umah itu yang penting.. tobat aku taknak ikut danda gi main beskal walo dia paksa cemana pun.. main kat keliling umah jek aku nak.. padahal 4km jek aku kayuh tapi gaya masa balik tu macam 40km.. hahaha.. bila penah camtu baru aku tringat why i hate sports.. hehehe..

Wednesday, August 5, 2009

malas..

sibut btol la ko op.. aku malas la nak update.. xde crita.. benda2 boring jek skang ni.. tp tgk balik aku rasa lama btol xupdate yek blog ni.. last masa bulan jun.. ish skang dah bulan ogos.. bulan july xde apa2 post? ish ishhhhh teruknyaaa.. jangan cuba2 buat blog kalu malas nak jaga.. cit..

hmm memang takde perasaan nak menulis la lately.. apa sebabnya ek.. mari kita carik punca permasalahan:-

1. start ujung bulan jun aritu student baru masuk. bila diorang masuk diorang nak mohon macam2 biasiswa dan pinjaman jadik aku sangat sibuk dalam percubaan nak tolong budak2 ni..

2. broadband celcom dekat kawasan umah aku tidak berperangai mulia.. kejjjiii.. aku bayar rm98 tauuu.. hasilnya x begitu ado... ini telah membawa kepada pemotongan akaun aku dengan celcom so kalo kitorang nak online malam just guna my danda nya phone dicucuk dekat laptop itu..

3. mood aku tak begitu baik.. sebabnya jenuh buat pengesahan dokumen sampai keje ko asik tertangguh.. bila student nak mintak apa2 pinjaman atau biasiswa ke apa2 ke.. salinan sijil2 sume nak kena disahkan.. dahtu orang yang layak untuk buat pengesahan adalah sekian sekian sekian.. dan aku telah termasuk dalam kumpulan sekian sekian sekian.. so bila dah ramai sangat datang sampaikan kitorang pegawai kat opis kena buat jadual bertugas khas untuk buat pengesahan.. masalahnyaaaa pulakkkkk bila ada yang tak bertugas ikut jaduallll dan pastu ilang xde dekat bilik so muka aku yang slalu tercongok kat bilik ni la jadik mangsaaaaa... bayangkan sorang student bawak salinan sijil punya lah banyakkk.. siap buat 2 3 copies lagiiiikkk.. patah tangan dok menyain ko tau x.. aku ingat waktu ni nak bertukar jadik pesuruhjaya sumpah.. ada hasil kutipan dok menyain dokumen2.. hehehehe..

haha aku berjaya update blog aku.. jumpa lagi sebelum posa.. aku akan cuba post new entry bagi mengwish kawan2 aku selamat berposa nanti..

Monday, June 22, 2009

email dan fungsinya untuk aku..

once upon a time.. hahah kisah klasik gitu bunyiknya.. nowadays dah jarang kan kita tengok orang dapat surat yang mengandungi kisah-kisah peribadi atau bertanya kabo melalui surat-surat yang diantor oleh pakcik posmen..

kalo ada pakcik posmen datang umah mesti sebab nak anto surat dari bank utang kad kredit,

surat dari bank-bank yang menjelaskan penyata hutang pinjaman peribadi ke,

surat dari syarikat-syarikat telekomunikasi nak bagitau bil bulan terkini,

surat-surat dari jusco sebab nak bagitau ada promosi ke nak bagik rebate RM20 ke supaya bleh terus berbelanja di jusco

dan beberapa jenis surat lagi yang kebanyakannya pengirimnya bukan dari golongan rakan-rakan dan yang pasti kita tak berapa sudi pun nak terima surat-surat tu..

if ada pun surat-surat dari kawan, paling-paling pun dia nak anto kad kawen..

maybe still ada lagi that conventional way to send a letter to ur friends but peoples choose to make it fast and go by email.. when i was introduced to email back on 1996 1997, i'm happily used it as one way of communication but back then not many of my friends had an email account..

through 1998 1999 i am totally for email.. so at that time my email was functioned as to received and to send email to and from friends. All the emails will have a subject that indicate a title as 'Re: haiiii' 'Re: apa ko buat arrrr?' and other but the word 'Re:' was always there.. and then years later, the 'Re:..' title was reduced and it was replaced by the title ' Fwd: Kisah di Carrefour' or 'Fwd: Gossip Siti - Dato' K' and all that forward kind of things.. the 'Re:..' is still there but just not as much as 'Fwd:...'

now i saw some slightly change again in my inbox.. there were a bit of 'Re:..', much of 'Fwd:..' and much much of the social network info came in to my mail.. u opened up ur email and there at the first page will be a message from Facebook, Friendster, Tagged.. *sighhh*

i wonder for years to come, what will i see in my inbox. (please don't count on spam)

Friday, June 19, 2009

percubaan beraktiviti..

aku mempunyai perjalanan hidup yang sangat rutin.. start my day at 6.30am, get ready to work, got out from house at 7.30am, driving lazily, reaching opis at 8am, switch on the bloody old computer, need to wait about 10minutes untill its ready, start working, once in a while i will come out from my room and went to frens room to chat or gossiping around, break at 1pm, start again at 2pm, shutting down pc exactly at 5pm, punch out, driving recklessly back home, reaching home at 5.30pm, solat mandi and lepak2 with the girls, doing some cooking, dinner with family, and sleeping at 10 or 11pm..

this is the same routine since 3 years ago.. while my everyday routine turn to be the same exact way, my weekend didn't help me much.. every weekend i had to go back to MIL's house and there's nothing to do except lazying around..

i think i need to change my life a little bit.. my boring schedule makes me unfit.. makes me gain some weight.. i'm easily tired and my body's ache.. so to start things and to get myself a fit and healthy body, i decided to try on gym.. hahah.. so today on Friday's long hours break, me and 2 of my colleagues went to the gym here inside the University, nobody in the gym so i feel more confident because i know that i can't stand to workout for more than 10minutes..

start with some stretching, and one things lead to another.. the gym is so small and there isn't much facilities but i think it will be more than enough for me.. i manage to try on 4 different things and each of it i can only make it up to 7 minutes.. huahahahaha.. but its a start.. i dont wanna push myself.. my shirt already wet with sweat only after 10minutes of working out.. its good because i rarely sweat.. i dont feel tired but i do feel lighter (berangaaaannnnnnnn.. xsampai 30 minit dah nak perasan kurusssss)

so we agree to try this on at least once a week.. beside the gym, there's also a sauna room and a steam bath room.. maybe i'll try one of those later.. (but i bet if i can sit inside the sauna room more than 5 minutes.. lemas aku dok situ lama2)..

oh and i think i'm going to have another new things to tried on.. danda bought me a bicycle so i can cycle with him petang2.. ah shoot i dont think i can make it.. the bicycle is too high for me, i have a short leg, tak sampai la nanti nak brenti kena jinjit2 pastu tak sampai gak lalu tergolek pulak.. but still need to have a go.. i need it anyway for a healthy and fit body.. go me..

Sunday, June 14, 2009

siseh ar anak wayang tu..


memandangkan aku blom tido lagi ni pastu ada pulak ulangan anak wayang ni maka aku telah tertengok.. bukan tengok sangat pun.. sambil bekerja sambil berfacebook sambil bermafia wars ni..

tapi sesungguhnya memang aku rasa siseh (read: burok, klakor, bodoh) giler jek la anak wayang tu.. pertandingan lakonan rasa aku memang sesuatu yang memalukan.. aku selalu rasa malu kalo tgk benda2 cenggini.. walopun aku bukan peserta tapi xpelah aku rasa malu bagi pihak mereka (padahallll mereka xmalu langsung dan sangat suka)

ahhh terganggu sey tengok aksi2 lakonan pelik itu.. aduhhh dahlah ada mamat duduk blakang judge tu asik buat muka 'look at me, i'm cool'.. ahhh gangguan.. nasib baik ada selingan iklan 'Jangan Lupa Lirik' yang aku rasa iklan-iklan tu agak klako..

ah dah tak suka tu jangan lah tengok kan.. tutup sudahhh..

hahahahah klako la plak yasmin hamid ni.. hahahaha klako.. ah aku sorang jek la paham ni.. korang pun bukannya tengok pun citer ni..

Thursday, June 11, 2009

lama..

wah sudah seminggu lamanya tidak mengepost apa2 di sini.. sangat malas.. dan sedang sangat sibuk juga.. supposed while the semester's break and students are not around, i'll be lazying around but oh NNOO.. ada lak 2 3 kertas kerja nak kena siapkan plus ada KIK la or ICC and also the 5S lagi.. i'm the auditor.. macam baguss.. next week nak kena audit for 5S.. duhhh.. oh and also write up for university's prospectus, Prof want it by next week.. and i'm only on 50% of it.. shoot..

better stop hooking with Mafia Wars now.. aekkkk...

Monday, June 1, 2009

EXCLUSIVE - New Moon Official Trailer

hahahah.. suka suka.. just can't wait to watch da movie this year..

u know its a school holiday when..

haa yeapp cuti skolah datang lagi.. anyway i think even an ignorant person like me pun will eventually knows that it is a school holiday because..

1. the wedding invitation keep coming in.. yaa amboi banyaknya dapat kad kawen kan.. then anywhere u go u might see khemah.. jalan tutup sebab pasang khemah la.. weuyrebchdf hampeh xpasal2 aku kena meround pusing2 jalan..

2. the road is quite clear.. hmm biasa kan mcm banyak jek keta but today a bit clear lah... even from skudai to jb is surprisingly moving fast..

3. Still got lot of parking spaces even though it nearly 8am.. biasa 10
10 minutes before 8 kalo ko sampai pun ko dah kena parking jejauh but today dapat parking dekatt uolsss padahal dah nak kol 8 sangat2 ni..

4. opis quite deserted.. and surprise surprise my boss take a leave (my boss sangat susah nak ambil cuti, cuti dia melambak2 giler simpan bertahun2 buat golden handshake gamaknya.. dia hanya bercuti masa cuti skool bawak anak dia jenjalan)


5. people asking u whether u r going to take a leave or not (and i was like a 'apehal lak aku nak kena bercuti?') because some people do but it doesn't mean i also need to ride a boat with 'em..


6. u will find an easy way to get home without trying to avoid waiting cars in front of skool (obviously la kan mak pak dah xyah tunggu anak balik skool)


7. hotel-hotel, resort and many other vacation places were fully-booked, even the expensive ones..


kann.. haa actually tu ler yang buat aku tau ianya cuti skolah (memandangkan anak2 aku tidak berskolah lg lah).. pada aku memang dapat rasa la bezanya.. heh..

Friday, May 29, 2009

bantal untuk penggila komputer

heheh cute kan bantal-bantal ni..


transmission end..

smiley..

RSS feed..


lappy..

ipod maaa..

hehehe.. DOS command..


i'm a super duper geek


Alt+Ctrl+Del


adobe creative suit icon

Thursday, May 28, 2009

hot hot

emmm..

Tuesday, May 26, 2009

sambungan crocs warehouse sale hahaha yang sangat suka terus ketawa itu..

actually on sunday sekali lagi aku telah menghadirkan diri ke expo di mana telah berlangsungnya crocs warehouse sale.. misi pada hari tersebut adalah untuk mendapatkan sepasang sandal untuk my danda kerana beliau telah tidak berpuas ati tidak mendapat yang secukupnya pada hari sebelum..

we arrived at 9.20am.. the q was oledi long.. people's been sitting and chitchatting while waiting the store to open at 10am..

so tepat at 10am the store open and the grabbing started again.. not much left today.. most of size 5 and 6 were oledi sold out.. but most of items' prices were reduced.. the Niles pink color sandal that i bought yesterday for $10 was sold at $5.. damn.. even the kids clogs (the one that i bought for RM100++ in Malaysia) were down at $10.. damn again.. and also we've got a lot of free jibbitz.. i think there were 12 jibbitz disney princess and 10 jibbitz pirates of the carribean.. we like em all..


bought it at $10 for alisyia.. jibbitz free..


Wall E for $20.. for ilhanmunsieff..


for maisha my niece.. $10.. free jibbitz..


mine.. $15.. huahaha.. akakkkk suka uolsss..

dengar cite spore sale dah nak start ni.. aihhh takut ni.. abih duit yang tak berapa ada tu..

Saturday, May 23, 2009

Crocs Warehouse Sale!!! hahaha suka suka..

dua ari ni aku dok sbok dekat spore.. semalam jumaat pegi hostel dekat National University of Singapore.. balik tu sempat singgah Bugis.. oh PM Dato' Seri Najib solat jumaat kat Masjid Sultan.. abih solat orang ramai tak balik lagi gather kat luor nak tunggu Najib kuor agaknya.. dia dok lama kat dalam masjid.. berzikir lebih.. hehehe..

pastu sempat lagi singgah orchard.. tapi aku dok dlm bas sahajork kerana kaki telah melecet.. lagipun aku dah selalu sangat pi orchard jadik malas la nak round lagi..

Arini pulakkkkk.. wah show ni.. ada crocs warehouse sale.. dekat expo.. 3 ari x silap.. start jumaat sampai esok ahad.. masa sampai tu memang terkujat gilak.. mana taknya.. nak masuk pun kena beratur and the q was already looooonnnnggggg.. memang panjang giler.. but luckily its moving quite fast.. but then pun orang datang non stop and the line tak pendek2.. maintain panjang.. masuk dalam wah excited ni.. mana taknya.. range of price from $10 - $30.. jibbitz pun 2 pair bleh dpt $5 kalo disney character.. yg lain2 jibbits lagi murah sket.. huahahaha best ooo best best..

let see what we have here..

ni sket suasana dalam tu.. x amek banyak gambo.. ni pun sebab masa tu tengah melepek dok kat lantai sambil bentang sume kasut and sandal yang digrab untuk dipilih.. orang pakai grab jek dulu pastu sume melepek kat lantai pilih memilih..


this one for alisyia and adrieyana.. price dia dalam $25.. kalo convert duit malaysia skang lebih kurang RM60.. last month aku beli adrieyana punya yg plain crocs dekat butik dia kat ikano harga dia lebih kurang RM 130 tak silap.. arghh sesalan yang tidak guna lagi..

huahahaha aku punya.. price antara $10-$30.. huahahahaha.. puas ati puas ati... huahahahah ketawa lagi.. yang ijau tu nak dapat seksa giler.. letak atas meja orang grab.. laku giler.. pastu tak boleh silap letak kat lantai.. mesti ada je yang datang tanya 'are u gonna take this?' maka dengan tamak segera menjawab 'yeah yeah i'm taking it'.. and hurul, i bought u the pink one.. same like mine.. very cheap.. hehe.. oh yang ni aku belikkan untuk ilhanmunsief my anak buah.. dalam $15 ke $20 ek.. lupa kena cek balik nanti yer cek hurul..

this one for iqram munsieff.. is it too plain hurul? i think its around $20.. kalo fancy sket dalam $25 dolar.. color? i think red is quite nice..

haa these are some items that we bought.. ada lagi but danda oledi gave it to his father and mother.. and also for his niece..
hahahahaha.. puas atiii.. cuma tak best saiz ler.. saiz aku banyak dah sold out.. yang cantik dan lain sket rupa tinggal saiz besor bagai.. and saiz 4 yang ketat padat.. hmpph.. oh and danda quite tak puas ati coz i grab three and he got only one.. size problem.. and tak banyak sangat la design yang dia kuarkan.. macamanapun i think memang berbaloiiiiii....
 

Template by Best Web Hosting