Tuesday, December 29, 2009

apa aku buat masa cuti

last week seminggu aku bercuti.. apa aku buat masa cuti? melancong ka? jalan-jalan ka? orang amek cuti sumenya dengan aktiviti asyik.. ada pergi penang lah (sedap sungguh jeruk2 itu), pergi KK la (tinggalkan anak dijaga atoknenek hahahaha), pergi langkawi laaa (dapat habuan coklattt, terima kasehhh), dan lain-lain.. aku? jalan mana? ttheeettttttttt.. masa cuti aku dihabiskan dengan menangkap tikussssss.. bukan seekor tapi EMPAT ekorrrrr.. gelikkkkkk meremang segala bulu yang ada..

kalo rupa kartun gini xdelah aku nak membuangnya.. aku bela ajer..

pastu aktiviti membersihkan peninggalan tikus itu.. itu pun aku tau masih banyak lagi tikus kat siling umah itu.. dahulu aku berjaya kekang dapur aku dari ditawan tikus.. segala lubang yang ada di siling kitorang tutup.. tapi sejak dua menjak ni tikus tu dah mula gigit balik ruang-ruang lubang yang berpotensi untuk dia selitkan badan dia yang fleksibel itu.. maka dia dah berjaya tawan semula dapur aku.. untuk pengetahuan badan tikus sangat fleksibel, walo sekecik mana lubang dan sebesor mana badan tikus itu, kalo kepala dia boleh lepas lubang maka otomatik badan dia leh lepas.. ces..

catch me catch me u can never catch me.. all i wanna say that u don't really care about us.. hahah leave me some food yooo or else i eat ur whole kitchen up..

disebabkan dapur aku malam2 sume makanan telah disimpan.. maka tau apa tikus tu buat??? dia gigit tutup tupperware aku!!! mahal dowhhhhh.. aku jual tikus tu kat restoran cina banyak-banyak pun x dapat ganti sebijik tupperware aku.. setakat ini dah EMPAT tutup tupperware aku kena gigit.. argghhhh tension aku..

ne prends pas de moi, je peux cuisiner pour vous, je suis une excellente cuisinere
(translation: Do not catch me, I can cook for you, I am an excellent cook)

maka aku terus lah dan tak henti2 berdoa, Ya Allah murahkan lah rezeki aku sekeluarga, rezeki kawan-kawan aku, jiran-jiran aku, supaya aku dapat pindah dari umah sewa ku ini dan membeli rumah baru sendiri dan mohon-mohon dijauhkan lah rumah baru ku itu satu ari nanti dari tikus, anai-anai dan segala mala petaka dari haiwan, jin, syaiton mahupun manusia.. Aminnn..
 

Template by Best Web Hosting