ye memang lembu aku hilang seekor, aku beli lagi seekor semalam, aku letak nama dia Jet.. pagi ni aku jengok dia dah takde, tinggal Mo' dengan BonBon jek.. aise.. mahal la.. aku kedekut tau.. penat aku bercucuk tanam, bela ayam itik nak kumpul duit buat beli pokok-pokok ngan haiwan-haiwan lain tup tup ilang seekor..
dahlah aku baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pertanian.. menyahut seruan gomen.. eh ada kan diorang seru suh bertani.. hehehe.. ah tak kira ler.. aku nak cuba hobi baru.. aku dah letih carik gado.. asik gado jek dengan ntah sesape ntah.. kumpulan-kumpulan mafia yang busuk ati.. dahlah gado2 aku asik kalah jek.. :p hahah tu yang boring.. dah kalah.. kahkah.. cuba menang.. mesti suka giler.. hehehe..
sebelum aku cuba bercucuk tanam ni aku dah cuba gak beberapa hobi lain.. sekali tu join minah-minah sorority.. leceh la.. jual barang dah la mahal-mahal pastu ada ke nak beli barang suh pakai special brownies.. nak kumpul duit lagi senang oiii dari nak kumpul brownies..
pastu aku cuba pulak bela pet.. masa memula aku pilih panda jadi pet aku tetiba aleh2 panda itu bukan lagi panda tetapi telah bertukar menjadi monyet.. hok aloh.. bela monyet pulak.. awal-awal aku rajin la mandikan dia bagi dia makan ajak dia gi playground.. masa tu dia kecik lagi masih comel.. tapi la ni makin lama dia dah besor gelik pulak nak pegang-pegang.. hahahaha.. sian chewwy chewwy.. busuk dia dah lama tak tengok..
so skang ni aku cuba la aktiviti bercucuk tanam ini.. i like i like.. sronokkkk tengok pokok-pokok itu menggebu menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan jenabb oiii.. ayam itik bertelur lembu bersusu.. tak sabar ni nak kutip hasilnyaaa... eh tapi mana pegi lembu ku ituuu.. baliklah Jet jangan merayau gi kebun orangggg..
Aki | luruh | autumn
6 years ago