sibut btol la ko op.. aku malas la nak update.. xde crita.. benda2 boring jek skang ni.. tp tgk balik aku rasa lama btol xupdate yek blog ni.. last masa bulan jun.. ish skang dah bulan ogos.. bulan july xde apa2 post? ish ishhhhh teruknyaaa.. jangan cuba2 buat blog kalu malas nak jaga.. cit..
hmm memang takde perasaan nak menulis la lately.. apa sebabnya ek.. mari kita carik punca permasalahan:-
1. start ujung bulan jun aritu student baru masuk. bila diorang masuk diorang nak mohon macam2 biasiswa dan pinjaman jadik aku sangat sibuk dalam percubaan nak tolong budak2 ni..
2. broadband celcom dekat kawasan umah aku tidak berperangai mulia.. kejjjiii.. aku bayar rm98 tauuu.. hasilnya x begitu ado... ini telah membawa kepada pemotongan akaun aku dengan celcom so kalo kitorang nak online malam just guna my danda nya phone dicucuk dekat laptop itu..
3. mood aku tak begitu baik.. sebabnya jenuh buat pengesahan dokumen sampai keje ko asik tertangguh.. bila student nak mintak apa2 pinjaman atau biasiswa ke apa2 ke.. salinan sijil2 sume nak kena disahkan.. dahtu orang yang layak untuk buat pengesahan adalah sekian sekian sekian.. dan aku telah termasuk dalam kumpulan sekian sekian sekian.. so bila dah ramai sangat datang sampaikan kitorang pegawai kat opis kena buat jadual bertugas khas untuk buat pengesahan.. masalahnyaaaa pulakkkkk bila ada yang tak bertugas ikut jaduallll dan pastu ilang xde dekat bilik so muka aku yang slalu tercongok kat bilik ni la jadik mangsaaaaa... bayangkan sorang student bawak salinan sijil punya lah banyakkk.. siap buat 2 3 copies lagiiiikkk.. patah tangan dok menyain ko tau x.. aku ingat waktu ni nak bertukar jadik pesuruhjaya sumpah.. ada hasil kutipan dok menyain dokumen2.. hehehehe..
haha aku berjaya update blog aku.. jumpa lagi sebelum posa.. aku akan cuba post new entry bagi mengwish kawan2 aku selamat berposa nanti..
Aki | luruh | autumn
6 years ago