tadi tengah-tengah aku khusyuk ngadap lappy kat opis.. tiba-tiba kat luar bilik dengar bunyik ringtone berlagu 'oooOOoooooo ooOOOoo You know you love me, I know you care
Just shout whenever, and I'll be there..' masa tengah ooOOo Ooo tu otomatik dalam ati aku sebut 'aii laaa student ni' dan dalam bayangan otak aku terus terbayang student pompuan sedang terkocoh-kocoh keluarkan fon untuk jawab fon..
aku tak toleh ke arah luar waktu tu sehingga tiba-tiba aku dengar suara angkat fon 'hahh ello'suara parau ko.. lelaki rupanya.. atas dasar curious aku pun toleh ke luar bilik dan kebetulan tuan pun
ya tepon berlagu 'ooOOoo' itu sedang lalu depan bilik aku.. seorang pakcik yang berumur midlle 40 gitu.. ati jahat nak ngutuk dengan laju pkir 'uishh jiwa muda pakcik ni.. tak sajak btol dengan orangnya' sambil aku sengeh..
no pakcik don't ringtone me
well pada pendapat aku, ringing tone biasanya memang sket sebanyak gambarkan owner fon itu.. bila ko dengar ringtone yang diorang pakai biasanya memang selari dengan jiwanya.. ada sorang staf kat opis lama aku, dia memang suka la lagu 60-an 70-an (memang sesuai la dengan umor dia) so ko akan dengar la lagu-lagu lama berkumandang dari fon dia..
ada pulak sorang mamat ni yang agak skema dan berpegang teguh kepada opisnya, maka aku gelak dengar ringtone dia yang menyanyikan lagu rasmi universiti.. bravo bravo.. dan macam-macam lagi lah.. so dalam beberapa lama selepas peristiwa pakcik berjiwa justin bieber itu, aku dok pkir pasal ringtone dan personaliti orang..
aku pkir betapa tak sajaknya lagu tu dengan pakcik tu tapi pastu aku cuba kaitkan pulak ringtone aku dengan diri aku.. adakah kalo tepon aku berbunyi dan orang lain akan pkir..'amboiii tak sesuai ringtone tu dengan minah ni' (well maybe takde orang pedulik, orang kepo macam aku jek semangat nak pkir panjang)..
memang selama ni aku pilih ringtone yang aku suka lagu-lagu dia, yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku.. aku rasa lah.. buat masa ni aku pakai ringtone lagu Mr.Big To Be With U (oouuu lagu fav seumur idup).. untuk orang yang pernah kenal aku dolu-dolu mungkin anggap biasa sahaja dan memang fav aku cenggitu.. tapi kalo orang yang tak kenal (macam aku tak kenal pakcik tu) mungkin akan tengok dengan penampilan aku di opis dan pkir 'eeuu tak sesuai'..
so bila pikir balik tak baiklah kan aku nak mentaksesuaikan ringtone justin bieber dengan pakcik tadi.. mungkin luaran dia nampak orang tua dan tak sajak.. tapi mungkin kalo kenal dia, dia jenis yang lawak-lawak dan berjiwa muda lagi remaja.. atau mungkin sebenarnya tadi malam anak dia main fon dia tukar-tukar ringtone pastu tertukar la ke ringtone justin bieber itu dan dia tak reti nak tukar lain so layan je ler..
ok end up my post with Mr Big To Be With You.. muah muahs lagu sedap ni..