antara contohnya ialah kes pecah umah, setiap kali dengar kes pecah umah aku mula la tak lena tidur, pastu asal ada bunyik jek aku terjaga.. penat okayyy.. ada sekali tu masa Al baru dalam 2 bulan gitu, biasanya baby-baby kan suka bangun malam mau minum susu (alangkah kagum aku pada baby yang tidur all through the night takyah bangun minum susu), so memang aku selalu bangun malam, so lepas aku susukan Al, aku gi la toilet (toilet dalam bilik).. dalam toilet aku dengor bunyik 'ketakk' macamtu lebih kurang, agak kuat.. aku pikir ape bunyik dengkur la danda aku buat ni..
bila je aku kuar bilik air.. across bilik air tu ada tingkap, aku nampak ada satu tangan sedang selak langsir tingkap.. oohhh la la aku pun terus jerit sekuat rasa 'oiiiiii sape tu???' (macamlah orang tu nak jawab 'saya ni kak.. meonnn') zup tangan terus ditarik balik.. aku kejut danda pastu jenguk ikut tingkap dah tak nampak sesape la.. of course la kena lari kan takkan nak tunggu depan tingkap pulak.. dan semenjak dari ari itu tidur aku makin tak lena.. ngeri takut orang bukak tingkap lagi..
dolu masa aku blom kawen masa tinggal kat umah pak aku pun, aku penah kena gak.. aku ni alpenakut.. tido sorang aku mesti bukak lampu segala.. umah aku dua tingkat, umah kampung, bawah batu atas papan, tingkap kat tingkap jenis panel kaca yang bleh kita kutis besi tepi tu pastu bukak satu-satu tu.. dahtu takde grill lak tu.. so sedang aku lena diulit mimpi, dalam mimpi aku ada bunyik, ketek ketek ketek ketek.. agak lama dalam mimpi tu.. tetiba otak aku separa sedar dan aku realized itu bukan bunyik dalam mimpi.. otomatik aku bukak mata dan pandang arah bunyik tu datang maka terus la dengar bunyik papan keriut-keriut kena pijak ngan orang dengan lajunya tapi aku tak nampak apa-apa.. sebabbbbb aku rabun tahap tinggi.. tidur kan bukak spek mata, bila bukak mata pun nak kena pakai spek dolu baru leh nampak.. tapi dalam kes tu blom sempat aku pakai spek, alpencuri sudah lari..
dah pakai spek aku tengok tingkap bilik dah rompong 2 panel, oh bilik aku ada balkoni so pencuri tu panjat balkoni tu dan kutis besi nak bukak panel tingkap.. aku terus lari turun bawah kejut pak aku.. kitorang gi ruang tamu tengok salah satu tingkap kat ruang tamu tu dah terbukak luas, pencuri bukak tingkap kat tingkap 1, buat panjat naik ke tingkat dua, licik btol pikiran pencuri ni kan.. ada je idea-idea kreatif.. cuba la salurkan idea tu ke jalan yang btol..
ha jadik bayangkanlah.. boleh ke aku menjalani malam dengan tenang? mana boleh.. tak pasal-pasal anak-anak aku sume skang ni suka gelisah tidur malam, dah omaknya masa ngandung asik terjagaaaaa je.. kesian bayi dalam kandungan itu, sampai ke besor terganggu (ewah pandai la aku buat teori)
pastu lately aku dengar kes rampokan curian kat area sekitar umah aku.. tapi setakat ni targetnya macam umah-umah yang mewah rupa parasnya.. tapi mana la leh sangka kan.. orang kalo dah nak mencuri dia bukan kira kaya miskin.. jadik bertambah la risau aku..
itu baru paranoid hal rompak-rompak.. blom lagi aku hal orang bukak pagar nak masuk umah pastu kena rompak.. tu pun lagi buat aku ngeri.. sampai stiap ari.. diulang.. setiap ariiiii.. aku balik umah bukak pagar mata aku melilau kiri kanan dolu tengok ada tak kereta ke orang yang mencurigakan.. ada je keta lalu aku berdebar-debar.. ha tahap gitu sekali..
macam-macam lagi lah.. sume ni memenatkan tau.. aku rasa ianya sangat membahayakan untuk minda aku.. aku akan idup dalam ketakutan.. aku akan buatkan otak aku jadik stres, badan jadik penat..
aku kena lebih banyak think positive.. banyakkan doa minta dilindungi.. banyakkan amalan dan zikir serta ayat kursi la kan.. kita dah buat precaution untuk elak benda burok.. selebihnya kena la doa minta pada Nya harap-harap takde benda pelik-pelik jadi..