Monday, January 31, 2011

hujan rintik-rintik air sudah banjir


ces aku rasa baru bape ari lepas aku nyanyi lagu ujan rintik-rintik air sudah banjir sambil lukis gambo bear.. tetiba tadi malam kak aku tepon cakap our hometown dah banjirrr.. bior benor.. ujan tak lebat mana pun.. baru turun sepanjang ari semalam kalo ikutkan.. before ni tak ujan sepanjang ari kat area umah itu.. tiba-tiba saje sudah banjir..

dolu-dolu kalo nak banjir pun kat kawasan umah tu, tunggu ujan lebat selebatnya dalam 3 4 ari sebelum banjir melanda.. kini tak lagi.. ujan rintik-rintik jek pun ko dah kena prepare untuk larikkkk..

sejak aku dilahirkan kat umah kat kampung aku, ada beberapa kali aku merasa banjir.. kak-kak aku lagi banyak kali gamaknya.. yang aku ingat sekali masa tahun 1990.. tapi tu pun tak dalam, ala2 paras peha aku yang masih belum akil baligh lagi.. pendek lak aku tu.. pastu tahun 2001 ke 2002 tak silap.. masa aku 3rd year ke 4th year kat U.. masa kejadian aku kat hostel.. tapi disebabkan bilik aku kat umah tu di tingkat bawah and kebanyakan buku aku blajo dah anto balik umah maka semua buku-buku blajo aku dah tamat riwayatnya..

pastu masa tahun 2006, ha tahun ni kritikal yang aku jumpa.. air naik tinggi smpai dah nak tenggelam tingkat bawah umah aku.. aku ada kat umah masa tu, tengah berpantang anak sulung hari ke -19.. pagi tu dalam 730 tinggal aku ngan bibik aku jek kat umah aku, kak aku kuar mana ntah masa tu.. jap lagi tetiba aku nampak air menderu masuk ruang dapur umah.. oh no.. aku terus salin kain batik pakai sluar pastu dukung baby bawak naik tingkat atas.. bilik pantang kat tingkat bawah.. aku terus suh bibik angkat barang-barang naik atas.. jap lagi kak aku balik kata kawasan kampung kat belakang sana dah banjir.. so kak aku pak aku yang baru sampai umah terus ops angkat barang.. even aku puntolong gak angkat apa-apa yang bleh angkat.. ada yang kitorang naikkan kat tingkat atas tapi kebanyakan kitorang letak di atas meja kat kawasan tinggi.. sebab pengalaman banjir paling tinggi pun paras-paras pinggang so kitorang pikir tinggikan je barang-barang tu might be enough..

air naik agak cepat.. aku tak duduk lama kat tingkat bawah.. bila air dah naik paras peha kak aku halau aku suh naik.. bahaya orang tengah pantang itu.. pastu tak lama pak aku mula naikkan barang kat tingkat atas umah.. sebab macam lain macam jek laju banjir ni.. ada satu dua family jiran yang dah datang and nak tumpang kat umah aku.. yang aku rasa agak klakor ada jiran depan umah aku tu.. dia pasang papan tebal buat tahan depan pintu, papan tu setinggi pinggang jugak rasanya.. orang sibuk kemas, dia sebok cedok air yang masuk buang kat luar..

pastu tak lama, kak aku ngan hubby dia yang dok pasir gudang datang and tolong kejekan barang kat bawah.. yelah umah kampung dok dah bertahun-tahun barang jangan citer la bape punya banyak.. memang jenuh nak kejekan.. yang orang kat tingkat atas pulak dok kemas barang yang diangkut dari bawah.. masyaAllah memang macam tongkang pecah masa tu..

dan dalam kol 2 lebih kurang, sume orang dah berada kat tingkat atas, nothing we can do, air dah makin naik makin naik dan dah lepasi paras kepala.. lagi 2 anak tangga je sampai la air tu kat tingkat atas.. memang berdoa banyak-banyak air tak naik lagi.. sume orang dah kepenatan and pikir whether to stay here or we should move out.. sume orang tak sangka banjir akan naik setinggi ni.. our jiran yang dok cedok air tu pun dah lama keluar ke pusat banjir.. kebanyakan orang yang tinggal sume cuma umah-umah yang dua tingkat jek.. tapi bila petang menjelang, memasing dah risau, with no electricity and no water plus the house yang sudah tonggang terbalik dengan aku yang tengah berpantang ni.. susah keadaannya.. so we decided we have to move on.. kitorang tak cadang nak ke pusat banjir sebab memang tau dah pack giler.. so our option to my sister house kat taman daya which is very near to our house.. but then of course perjalanan ke sana pun akan agak mencabar..

so kalo tak silap masa tu dalam kol 4 bot datang umah.. luckily umah kitorang punya tingkap kat boleh bukak cermin dia so memang cermin tu tanggal and nak masuk ke bot kitorang kena melangkah melalui tingkap.. nak lalu beranda tak boleh sebab ada awning tingkat bawah bot takbleh nak rapat.. masa tu ujan masih tak brenti ngan air berombak plus berarus keadaan agak sukar.. and we have with us a 19 days old baby.. how are we gonna do it? so apa yang kitorang buat, kitorang letak Alisyia dalam kotak toyogo (kotak plastik tu).. a small box ngam-ngam with her length size.. my oldest sister turun dulu dalam bot, then we passed Alisyia in toyogo pada dia and pastu aku turun.. ngeri siol.. nasib baik la jahitan aku dah baik masa tu tapi tetap sangat ngeri berhati-hati nak melangkah.. yelah terkangkang kiap kang tak pasal-pasal terbukak jahitan aku padan muka aku kena jahit balik pulak kan..

so sorang-sorang turun dalam bot, aku tak ingat berapa ramai, so sume turun bot pun jalan.. sebabkan kitorang nak ke taman daya, bot perlu pergi ke arah jambatan kat sungai.. by this time jambatan ni dah macam pulau.. untuk sampai ke jambatan ni memang susah sangat sebab arus kat situ sangatttttt derassss.. bi cant remember how but we made it after kena gak berendam dalam air lebih kurang paras pinggang if i'm not mistaken.. ramai gak orang tengah dok atas jambatan.. yelah dah takleh nak ke mana kan.. i guess around 50 peoples ada sana termasuk 2 of my brothers.. they already found a sampan for us to cross the other side of banjir..

kitorang ke hujung jambatan side sana and naik sampan lak.. pastu sampan dah takleh jalan and kitorang kena mengharung air paras peha pulak.. bila sampai kat tempat tinggi, my sister yang kat pasir gudang tu ada park keta dia kat situ and my brother yang stay kat taman daya pun ada, kitorang naik ler keta pegi ke umah kak aku.. gitulah pengalaman aku berbanjir..

2007 pun banjir lagi.. i wasn't around but that time awal-awal lagi sume orang da berpindah.. and yesterday pun masa air sampai paras peha pun my family dah moved out.. hmm i guess this chinese new year kena la kitorang cancel all our jalan-jalan plan.. tukar jadik aktiviti gotong royong pulak.. hmm lepas banjir nak mengemas tu yang mak aiii.. nampaknya kosong balik la tingkat 1 umah kitorang.. dah tak kuasa nak beli perabot segala u.. even lepas banjir dolu pun memang dah takde beli perabot apa pun.. dahtu our kampung pun dah banyak berubah.. banyak penduduk asal yang berpindah.. umah-umah disewakan pada bangla-bangla yang keje kat kawasan kilang atas tu.. even yesterday my father pun dah mula bersuara, 'pindah je la'.. hmm sayangnya kan.. yelah kawasan membesar berapa generasi.. tanah sendiri.. kawasan umah luas.. sedihnyaaaaa..

Banjir in 2006
gambo-gambo ni aku rembat pic dari FB brother in law aku, masa ni the next day kejadian banjir berlaku, kitorang sume takde dah dok kat umah sis aku tu, BIL aku ni bleh pulak balik dari singapore terus pi umah kitorang, he had to swim la to sampai umah.. semangat giler kan.. orang singapore takpenah merasa banjir gamaknya.. hehe..

gambo atas ni sisi tepi umah aku, tingkap yang kat depan tu la digunakan untuk langkah keluar ke bot.. bayangkan jauh tak nak langkah.. ngeri ooo..

haaa yang ni dari umah mengadap ke umah sewa depan kitorang yang salah satu umah pakcik dok ceduk air ke luar tu.. ha tinggal bumbung jek umah pakcik tu..

ha other side umah..


Banjir 2011 (yesterday)
gambo ni BIL amek masa petang sebelum diorang kuar umah.. masa ni paras peha tinggi which is kalo ikut ketinggian aku dah paras perut ngandung aku la.. (tinggi sket dari pinggang tapi bawah dada) hehehe..

ini pic dari jambatan ni.. tu sungai..

aha ini gambo depan umah.. ces ada bangla seksi pakai spender jek..


the other side of kampung.. i think kawasan dekat masjid ni..


kawasan near the house la..

hmm ini petang semalam ek.. by malam kata kak aku orang-orang di sekitar kawasan umah yang tak berpindah melaporkan bahawa banjir sudah naik paras dada.. dengan ujan yang masih merintih seperti kata kak aku, tatau la air akan terus naik sampai bila..

Updated: just called my sister at 4.30pm today, dia dah balik ke umah, air dah surut katanya.. tengah mengerjakan lumpur together with my other sister and brother.. nasib baik tak lama banjir cuma takut ujan terus ni kang naik balik.. hmm..
 

Template by Best Web Hosting