Thursday, September 3, 2009

lembu ku hilang seekor..

ye memang lembu aku hilang seekor, aku beli lagi seekor semalam, aku letak nama dia Jet.. pagi ni aku jengok dia dah takde, tinggal Mo' dengan BonBon jek.. aise.. mahal la.. aku kedekut tau.. penat aku bercucuk tanam, bela ayam itik nak kumpul duit buat beli pokok-pokok ngan haiwan-haiwan lain tup tup ilang seekor..


dahlah aku baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pertanian.. menyahut seruan gomen.. eh ada kan diorang seru suh bertani.. hehehe.. ah tak kira ler.. aku nak cuba hobi baru.. aku dah letih carik gado.. asik gado jek dengan ntah sesape ntah.. kumpulan-kumpulan mafia yang busuk ati.. dahlah gado2 aku asik kalah jek.. :p hahah tu yang boring.. dah kalah.. kahkah.. cuba menang.. mesti suka giler.. hehehe..


sebelum aku cuba bercucuk tanam ni aku dah cuba gak beberapa hobi lain.. sekali tu join minah-minah sorority.. leceh la.. jual barang dah la mahal-mahal pastu ada ke nak beli barang suh pakai special brownies.. nak kumpul duit lagi senang oiii dari nak kumpul brownies..


pastu aku cuba pulak bela pet.. masa memula aku pilih panda jadi pet aku tetiba aleh2 panda itu bukan lagi panda tetapi telah bertukar menjadi monyet.. hok aloh.. bela monyet pulak.. awal-awal aku rajin la mandikan dia bagi dia makan ajak dia gi playground.. masa tu dia kecik lagi masih comel.. tapi la ni makin lama dia dah besor gelik pulak nak pegang-pegang.. hahahaha.. sian chewwy chewwy.. busuk dia dah lama tak tengok..


so skang ni aku cuba la aktiviti bercucuk tanam ini.. i like i like.. sronokkkk tengok pokok-pokok itu menggebu menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan jenabb oiii.. ayam itik bertelur lembu bersusu.. tak sabar ni nak kutip hasilnyaaa... eh tapi mana pegi lembu ku ituuu.. baliklah Jet jangan merayau gi kebun orangggg..

Tuesday, September 1, 2009

siri makan dan bercakap dengan jin..

siri makan di bulan puasa yer bukan makan dengan jin.. takde kena mengena antara makan dan bercakap dengan jin.. sambil makan sambil bercakap dengan jin.. ahahaha.. entah apa ko merepek ni mall..

berpuasa sudah masuk hari kesebelas kan.. sekejap sahajork.. esok2 tengok dah mula cuti nak raya.. kat opis pun dah mula edar form jangkaan cuti staf supaya senang nak atur siapa nak kena bertugas 3 ari lepas raya ituuu.. haha nasib la labuu..

selama 10 hari berposa sudah bebrapa kali aku berjaya masak untuk berbuka.. 2 ari di umah MIL, baru 1 kali di umah myfamily :(, 1 kali di umah SIL, 1 kali di jusco, 5 kali di umah sendrik (1 kali beli di param 4 kali masak)..

bulan posa masa buka jarang makan nasi puteh.. biasanya masak benda2 lain seperti mee mee an atau kalo nasik pun dia bukan nasi puteh la..

antara menu aku buat masa ini.. (semua gambar adalah bukan kepunyaan aku, aku telah google dan tampal di sini, maaf la yer pada tuan empunya.. ada yang bersign di gambar itu so itu lah tuanpunya.. tq tq.. )

sizzling mee (tak sizzles pun takde bekas dia) sampingan tambahan daging kebab (malas ah nak google gambo)


mee kari sampingannya bakwan (jemput2 sayur)


spaghetti takde sampingan sebab malas

nasi ayam

leceh dowhh.. sebab sume2 ni aku jarang buat.. so memang ngam2 kol 7 baru nak siap.. kelam kelibut aku.. takpe sempat gak aku berbuka bila tiba waktunya..

haaaa mari masuk siri bercakap dengan jin.. masa aku blog hopping aku telah terjumpa satu blog yang didedikasikan kepada peminat2 Tamar Jalis (orang lama kenal orang baru mungkin taktau, aku orang tak lama dan tak baru jadi ada unsur lama so aku tau :p).. hehehe semangat btol orang tersebut.. dia telah menyecan buku2 siri tamar jalis dan dipindahkan kepada blog itu.. tahniah tahniah.. so sume orang lama-lama leh membaca.. here here the adress.. http://tamarjalis.blogspot.com
yehaa boring2 boleh baca secara online.. enjoyy.. time kaseh time kaseh..

Thursday, August 27, 2009

prevention is better than cure katanya..

menyengeh aku bila bukak emel dengan tajuk di atas.. sama ada memang saje nak buat lawak atau pun memang berniat nak menjauhkan diri dari segala anasir virus..


H1N1 yang sangat menakutkan skrang menyebabkan banyak skool and IPT kena tutup. Even my sis (teacher kat subang jaya) ditutup awal skool sebab ada cikgu yang menjadi mangsa H1N1 dan telah meninggalkan dunia ini.

Dekat my IPT sehingga pagi tadi Pengarah Kesihatan Kampus kata kita tiada lagi kes student meninggal ke atau pun disahkan positih H1N1. Tapi kalo staf memang ada sorang positif tapi alhamdulillah dah baik dan dah keluar pun dari wad. Tapi mana ntah orang dapat rumours kata ada student meninggal pastu tuduh kitorang nak tutup cerita. entah apa2 jek. masa dengar rumours tu pun kitorang pelik sebab biasanya kalo ada kes kematian memang jabatan kitorang la antara yang terawal tahu sebab nak kena uruskan hal-hal berkaitan.

tapi diharap pada bulan posa yang sangat mulia ini, jauh-jauhkan la kes H1N1 dari bumi Malaysia ni yer.. kurang-kurangkan pegi param ek pada sesape yang demam serta selesema lagi batuk.. dok dendiam kat umah.. kirim kat orang lain jek tolong belikan tau.. ok..

Friday, August 7, 2009

kegemokan yang tak dapat dibendung

makin ari makin gemok.. makin ari makin gemok.. ulasan tu sesuai diluahkan kat aku oleh orang-orang yang ngadap aku.. tak boleh nak buat apa-apa la.. makanan sedap2.. nasib baik dah nak posa.. tapi nanti waktu buka posa lagi la tak dapat2 nak bendung.. makanan sedap2.. jangaann la pegi param (read: pasar ramadan atau bazar ramadan dan apa-apa lagi nama yang sesuai untuk orang jual makanan masa bulan ramadan) alamatnya memang terus gemok la.. makanan banyak giler dekat param ko rambang mata dah tu ko tengah lapo semua nampak sangat giur..

oh aku kan penah buat percubaan beraktiviti dulu ek.. konon2 pegi gym.. hampeh itu lah kali pertama dan terakhir aku berada kat gym tu.. hahahaha burok perangai.. and akhirnya beskal yang dibelikan oleh dandaku telah sampai.. aku dah berjaya bawak beskal tu kat sekitar umah.. pastu last week aku telah dipaksa oleh danda untul follow dia main beskal dan aku tau kalo follow dia bermaksud agak jauh dan lalu entah mana-mana laluan.. okay aku setuju tapi dengan syarat laluan yang tak banyak keta..

so aku kayuh kayuh kayuh wuuu turun bukit turun bukit laju giler ni bahaya bahaya keta banyak lagi ni lagi2 orang tengah balik keje.. jangan terpiuh handle beskal ni tergolek aku tak pasal2 mati katak ni kena langgar keta.. brek brek brek jangan laju sangat wehh.. lepas satu halangan maka masuk la pulak jalan tak banyak kete.. owh shit bukit.. pakai gear rendah ni.. paling rendah dah ni tinggi bukit.. kayuh urghhh kayuhhhh urggghhh kaaaayuuuuuhhh urghhh ahhhhh basikal tak gerakk.. ahhhhh kaaaaayyyy.. ah turun tolak basikal la jawabnya.. perghhhh putus napassss.. dahlah tak bawak bekalan air giler kering tekak.. penat siot.. laluan bukit bukau uolssss.. dahlah tak penah2 bersenam tetiba danda bagi aku jalan bukit bukau.. ni memang nak naya aku gamaknya.. nasib baik dia bersabo dan menunggu aku sepanjang jalan walopun member dia dah jauh giler tinggalkan kitorang..

akhirnya setelah berhempas pulas dan terpaksa break untuk 10 minutes sebab aku memang dah lemau giler tapi akhirnya aku berjaya gak balik umah itu yang penting.. tobat aku taknak ikut danda gi main beskal walo dia paksa cemana pun.. main kat keliling umah jek aku nak.. padahal 4km jek aku kayuh tapi gaya masa balik tu macam 40km.. hahaha.. bila penah camtu baru aku tringat why i hate sports.. hehehe..

Wednesday, August 5, 2009

malas..

sibut btol la ko op.. aku malas la nak update.. xde crita.. benda2 boring jek skang ni.. tp tgk balik aku rasa lama btol xupdate yek blog ni.. last masa bulan jun.. ish skang dah bulan ogos.. bulan july xde apa2 post? ish ishhhhh teruknyaaa.. jangan cuba2 buat blog kalu malas nak jaga.. cit..

hmm memang takde perasaan nak menulis la lately.. apa sebabnya ek.. mari kita carik punca permasalahan:-

1. start ujung bulan jun aritu student baru masuk. bila diorang masuk diorang nak mohon macam2 biasiswa dan pinjaman jadik aku sangat sibuk dalam percubaan nak tolong budak2 ni..

2. broadband celcom dekat kawasan umah aku tidak berperangai mulia.. kejjjiii.. aku bayar rm98 tauuu.. hasilnya x begitu ado... ini telah membawa kepada pemotongan akaun aku dengan celcom so kalo kitorang nak online malam just guna my danda nya phone dicucuk dekat laptop itu..

3. mood aku tak begitu baik.. sebabnya jenuh buat pengesahan dokumen sampai keje ko asik tertangguh.. bila student nak mintak apa2 pinjaman atau biasiswa ke apa2 ke.. salinan sijil2 sume nak kena disahkan.. dahtu orang yang layak untuk buat pengesahan adalah sekian sekian sekian.. dan aku telah termasuk dalam kumpulan sekian sekian sekian.. so bila dah ramai sangat datang sampaikan kitorang pegawai kat opis kena buat jadual bertugas khas untuk buat pengesahan.. masalahnyaaaa pulakkkkk bila ada yang tak bertugas ikut jaduallll dan pastu ilang xde dekat bilik so muka aku yang slalu tercongok kat bilik ni la jadik mangsaaaaa... bayangkan sorang student bawak salinan sijil punya lah banyakkk.. siap buat 2 3 copies lagiiiikkk.. patah tangan dok menyain ko tau x.. aku ingat waktu ni nak bertukar jadik pesuruhjaya sumpah.. ada hasil kutipan dok menyain dokumen2.. hehehehe..

haha aku berjaya update blog aku.. jumpa lagi sebelum posa.. aku akan cuba post new entry bagi mengwish kawan2 aku selamat berposa nanti..
 

Template by Best Web Hosting