Today aku g keje pkai gelang yg dihediahkan oleh seorang kawan.. kawan yang agak baru aku kenal.. cuma dia mmg pemurah la gamaknya.. dan lagi sebab dia slalu tumpang aku balik dari opis.. gelang merah.. cantik.. dia tempahkan khas untuk aku sbb kak ipar dia buat gelang2 segala ni.. dia pilihkan merah sebab dia kata aku slalu berbaju merah so dia bajet aku suka merah.. hmm btol lah tu.. hampir 50% baju aku bewarna merah..
Pastu tgh sbok2 buat keje member kat opis dtg bawak sampul.. Bukak2 kat dalam tgk2 gelang mutiara yang dicampurkan dengan batu berwarna merah.. dia kata thanx sebab aku tolong dia dlm siapkan keje2 penerbitan dia kat opis.. waaahhhh thank youuu.. bestnya dpt hediah.. kawan ini kebetolan baru blk dari sabah bercuti.. so dia buatkan khas utk aku gak katanya.. uwaaa baik sungguh mereka ini..
Tapi aku tengok kat opis aku ni diorg suka buat aktiviti melancong.. ada jeeee aktiviti yang dirancang.. this year aku rasa diorg dah g sarawak, kelantan and latest ni g sabah la.. ada lak ujung taun ni akan g bercuti kat china.. dan kalo tgk jadual melancong mmg penuh la.. dan diorg ni plak x kedekut.. biasanya kalo diorg kluar g mana2 mesti ada something yg diblikan utk org kat opis.. biorpun kecik tp ingatan tu tetap ada..
Sepanjang aku kat sini aku dah dpt mcm2.. ada keychain, penanda buku, magnet, sarung pensil dan memacam lagi.. ada dari langkawi.. sarawak.. koala bear dari australia.. gelang kristal dari sabah dan mcm2 lagi..
Aku rasa bos aku bagi paling banyak.. sbb dia paling banyak berjalan.. heheh.. memang memacam la.. so thank you so much.. banyak diorg beri pasti banyak la lagi rezeki Tuhan akan bagi pada mereka2 itu.. Amin..
Aki | luruh | autumn
6 years ago