Thursday, December 30, 2010

emmm..

i was on leave for quite a few days.. since friday lepas sampai la semalam.. arini masuk keje sebab nak siapkan yearly report.. oh baru ku tahu esok jumaat cuti disebabkan menang menang menangg!!

so tadi malam aku mimpi yang aku dapat surat kena tukar kat certain department.. and pagi-pagi sampai opis aku tatau nape aku terus belek tray masuk aku and there ada satu surat dalam sampul yang tulis 'sulit'.. aku amek bukak and tengok.. yup btol kena tukar and boleh dikatakan 90% btol mimpi aku tu sebab the same name of department yang aku kena pindah..

tarikh pindah isnin depan ni.. yeah rightttt.. nak siap serah tugas, kemas bilik and everything dalam masa satu hari ni.. brilliant.. aku takde apa-apa perasaan langsung.. aku tak rasa happy ke sedih ke confused ke apa ke memang takde.. kosong jek rasa buat masa ni..

well maybe sebab aku dah tau sooner or later memang aka kena pindah dari sini.. aku dah few years dok sini.. but then tukar tempat in short notice is not something i'm looking forward to.. duhh.. dahler isnin depan ni aku dah cadang nak cuti sebab both of my girls masuk school.. yeahhh skang aku dah termasuk dalam golongan parents yang akan amek cuti on first day of their children went to school..

so better skang ni aku ngadap la buat yearly report, then siapkan nota serah tugas, then kemas bilik.. emmm..

Thursday, December 23, 2010

my beijing trip part I

early this month, my colleagues and I plus few other department's staff headed to Beijing for about 6 days 5 nights.. its actually a part of company punya program.. urusan rasmi + pelancongan juga.. so seperti biasa aku perlu jot down my experience for future reference.. iyolah mana tau nak poie lagi..

on 5th Dec tu kitorang naik flight Air Asia kat LCCT dalam kol 0830, sebab penerbangan adalah selama 6 jam, maka aku berdoa supaya banyak seat kosong untuk aku berpindah ke seat2 yang x pack.. luckily flight tidak bape penuh, ada a lot of tempat kosong, so sebaik sahaja selamat untuk bergerak aku trus memburu krusi kosong dan conquer terus 3 seat kosong dan bleh tido dengan amannya sepanjang perjalanan (tapi tak begitu aman sebab aku telah pilih seat belakang sekali yang dekat dengan pintu toilet dan pintu toilet tu jenis tak reti tutup diam-diam setiap kali orang kuar masuk mesti gedegang gedengang bunyinya, nasib baik x busuk)

disebabkan lamanya terbang maka perlu makan dalam flight, dahler menu pilihan tak banyak pastu sebab aku dok belakang bila time aku, menu yang aku harapkan nasi ayam hainan dan abih yang ada cuma Vegetarian Kung Pao Chicken With Rice.. hmmpph tak sedappp!! tapi sebab lapor maka makan sampai habih tak toleh kiri kanan sampai sorang pramugara tu lalu terus tegur amboi sedapnya makan tak toleh kiri kanan.. nampak na aku tengah melantak dengan burok dan khusyuk sekali.. ces..

Tido bangun borak tido bangun borak last-last dalam kol 1500 kitorang sampai ler ke Tianjin Airport.. oh disebabkan Air Asia takde flight terus ke Beijing maka perlu ke Tianjin dolu dan amek bas ke Beijing yang akan ambil masa lebih kurang 2 jam.. sebelum kuar flight sume orang dah kuarkan winter coat memasing dan ada yang sarung stokin sampai 2 helai sebab badan tak kalis sejuk.. langkah jek kuar dari pintu flight dah rasa angin sajuk serbu muka.. ouuu i likeee (terus terang i sangat jakun okay sebab belum pernah pegi negara pada musim sejuk and aku suka sejuk-sejuk ni).. excited giler sume orang hehe..

Lepas setel imigresen amek beg segala, kuar-kuar tu Tourist Guide, Henry dah tunggu dengan pegang nama member kitorang yang jugak kiranya ketua la dalam tour kali ini.. tunggu sume orang kumpul kitorang pun kuar la dari Airport itu dan sekali lagi 'huaaaaaa sejukkkkkk gilerrrr'.. yelah dalam airport tadi sah-sah ler ada heater so idaklah rasa sangat sejuknya.. dok luar amek ko nganga jek mulut terus berasap-asap kuar..

Sempat lah kitorang snap-snap picture dolu depan airport tu.. pelancong kan kejenya memang amek gamboooo jek kejenya.. masa ni dah dekat kol 1600.. suasana sekeliling nampak berkabus dan suram.. pokok-pokok sume togel-togel belaka takde daun.. ranting jek tinggal.. tak silap suhu dalam sekitar 7 - 8 degree celcius.. kitorang naik bas yang dah sedia tunggu dan gerak ke Beijing..


Masa Beijing ngan Malaysia adalah sama iaitu kalo Malaysia kol 4 petang maka di Beijing pun kol 4 petang cuma musim sejuk ni siang pendek sket, kol 5 dah gelap dah masuk Maghrib.. Subuh masuk cam biasa dalam kol 0535 gitu, zohor masuk dalam 1230 kot, asar masuk dalam 1500++ dan maghrib masuk dalam 1655 lebih kurang. isyak masuk errr lupa lak dalam 1830 tak silap..

Sampai ke Beijing first thing first adalah dinner, masa ni dah kol 1800 gitu, dah malam perut sudah berkeroncong.. makan dekat restoran muslim.. memacam lauk ada.. banyak sayur-sayuran.. timun adalah antara menu wajib kat sini.. hari-hari lantak timun, nasib baik timun dia sedap.. minum pun hari-hari teh cina.. air masak kadang-kadang ada kadang-kadang takde.. teh cina teh cina teh cina..


Lepas makan kitorang dibawa gi tengok acrobatic show, masa ni dalam kol 1900 makk aiii sojukkk sangatlah sebab angin kuat giler.. sebenarnya stakat sejuk jek bleh lagi tapi kalau datang bersama angin kuat erghhh tak tahannn.. kitorang sempat singgah jap kat muslim mini market.. just beli air-air sahaja rasanya..

acrobatic show ni dalam sejam lebih kot entah ek lupa lak nak tengok jam.. memacam ler show-show dibuatnya.. ada gak yang aku rasa nak tertidur tengok sebab dahler suasana kat tempat dok penonton gulap gulita kan pastu kepenatan memang sangap arr.. aku rasa aku ada dengor dengkuran dari selang beberapa seat dari aku.. orang tak penuh sangat dalam tu.. banyak pelancong jek la.. rasanya mcam ramai Russian..

oh acara muto ni aku kagum sekalik.. diorang leh pusing laju-laju ramai-ramai dalam sfera kecik tu.. gilos ar..

so itu aktiviti untuk first day.. xdelah banyak aktiviti yer tapi bercerita panjang lebar tak kuasa orang nak baca kan.. ala-ala baca skip-skip jek.. huahaha..

Wednesday, December 22, 2010

friend again??

yesterday pagi-pagi aku bukak fb tiba-tiba ada beberapa request untuk jadik kawan.. ada yang aku memang tak kenal langsung dan ada yang aku rasa macam kenal dan ada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab memang aku kenal..

dolu-dolu aku approved jek sape nak jadik kawan.. sebab masa tu aku giat main Mafia Wars so bagi mengukuhkan kumpulan mafia aku, haruslah aku add sape jek yang main Mafia Wars.. but then dah lama aku tinggalkan segala game dalam fb yang menyebabkan aku tinggalkan dunia fb (nampak sangat la takde kawan pastu bukak fb setakat nak main game ajek).. so bila gitu, aku mula delete orang-orang yang tak berkaitan dalam kehidupan sebenor aku (Mafia Wars people dan orang-orang yang dok promote MLM ke Jana duit hari2 ke dan yang sewaktu dengannya)

sume rakan-rakan dalam fb aku buat kategori, dari kategori sekolah rendah, sekolah menengah ada 2 group sebab geng dari Form 1-3 dan geng dari Form 4-5 (sekolah lain-lain kekdahnya), pastu group masa blajo kat U, group tempat kerja pertama, group tempat kerja kedua, family nya group dan lain-lain lagi lah.. dalam 11 group sumenya.. siap ada group unsure iaitu masa aku tatau sapekah yang add aku lalu aku bantai approved jek, maka mereka dikategorikan sebagai unsure..

oh berbalik pada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab request friend ni adalah kerana sebelum ni memang kitorang friend pun dalam fb hinggalah aku dan member aku sorang komen something kat wall fb dia.. actually komen tu biasa jek pun takdelah pedih ati punya komen sangat pun, member yang sensitif sangat, dah dia yang dok mula kutuk-kutuk orang pengurusan itu la ini la dan sah-sah member aku tu dok buat benda yang dia dok kutukkan, so kitorang just bagi komen membina jek kat post dia tu.. pastu tetiba dia kata 'oh bahaya ni ada officer spy' and the next thing we knew, he removed us from his fren list.. well it's a joke for us, we laughed at it.. ayooo tak matang btol sesetengah orang ni.. takpelah kitorang memang tak amek ati langsung plus actually kitorang rasa relieved sebab takkan wujud lagilah post-post dia yang kejenya nak salahkan sume orang dalam dunia ni..

so bila tiba-tiba dia request friend balik ni memang aku berdekah sangat.. member aku siap kata'dia tu apahal, dah gila talak?' huahahah.. so skang aku tak sure whether nak approved ke tak.. memang tak kesah tak terasa ati bila dia removed kitorang cuma pkir kang friend balik tak sanggup plak nak tengok post-post status dia yang penuh amarah tu.. akan dipikirkan..

Tuesday, December 21, 2010

there goes my anniversary..

my 5th anniversary is coming.. for once i feel like i want to celebrate it.. takpenah celebrate ko.. mana taknya.. tahun pertama kedua aku tengah sibok pantang.. huahaha.. tahun ketiga keempat eh nape ek.. tak ingat plak nape tak buat apa-apa.. tapi sebab kitorang ni memang jenis tak reti romantis romantis tak macam all lovey dovey couple yang lain.. maka anniversary is just like any other day..

so aritu cakap la ngan danda apa kata kita cuba brangan untuk celebrate.. nothing special sangat la.. just spend a day together ke pi simple dinner ke apa.. hehe.. but then danda cakap cemana nak together gether.. jiran sebelah kan buat keje kawen.. and sperti yang diciterkan sebelum ni, kan ke diorang nak tumpang umah kami.. hok aloh.. yer xyer.. sah2lah kitorang pun kena la rewang merewang jugak yer.. takkan nak nyombong, 'hah nak pakcik amek la kunci umah kitorang ni, kitorang sbok xleh tolong' huahahaha.. eh masih baik gitu sebab bagi kunci umah.. takpelah berkorban ler ni.. lagipun jiran kami ni memang baik.. bukan selalu pun mintak tolong.. small matter jek la tu kan.. so there goes my anniversary..

Monday, December 20, 2010

umah sewa oh umah sewa

weekend smalam diabihkan dengan menyiapkan umah macam nak buat keje kawen adanya.. jiran sebelah nak kawenkan anak dia, kitorang yang beriya2 dok cat umah segala.. mana taknya, aritu jiran datang bagitau majlis anak sulung diorang 25 Disember ni, diorang nak tumpang umah kitorang kat garaj depan untuk orang bungkus berkat.. ok no problem cuma bila tengok balik burok benor area depan tu dengan cat murah yang sudah berbelak-belak, buat ilang selera pembungkus berkat jek nak buat keje makanya danda ngan adek dia pun dok la mengecat semula.. takdelah cat lawa mana sangat pun, buat cover area burok sahaja..

tu lah kan bila dok umah sewa ni, memang tak bape minat nak kejekan umah cantik-cantik.. katanyaaa.. entah-entah dok umah sendiri nanti pun sama sahaja kekdahnya.. tetap malas segala.. apa la salahnya pun kan dok umah sewa cantik-cantikkan sket.. ko gak yang dok dalam tu beranak pinak kat situ..

semalam gak berjam-jam danda dok ngadap nak kejekan sinki kat bilik air yang terbakor aritu.. ha amek ko sinki kat bilik air terbakor.. bibik aku buat keje bijak.. pasang lilin kat situ tak bubuh alas, bubuh jek kat alas tempat letak sabun segala yang hanya berunsur plastik tu.. sudahnya mencair semua dengan sinki sekali abih.. sinki tu lak jenis fiber apa ke.. musnah segala.. punyalah lama dah terbakor baru skang nak buh sinki baru.. tak ke rajin sume orang dalam umah ni.. hehehe..

Friday, December 17, 2010

their birthday..

today is Adrieyana's 3rd birthday, last 30th Nov was Alisyia's 4th birthday.. dah besar anak2 itu.. time flying so fast.. they cheer me all the time.. bayangkan everyday balik keje tengah bukak pagar rumah, they stand in front of the grill and sing 'ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku.. bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu..' and i smile i laugh with joy in my heart.. i love u girls.. membesarlah jadik anak yang baik yang solehah..

Thursday, December 16, 2010

thinking of writing something in here again..
untuk mengingatkan diri sendiri about things happen around me.. coz i found out that my blog helps me remember a bit of whats revolves each day or week or month.. i tend to forget a lot of things though i think i'm still young.. duhhhh..
 

Template by Best Web Hosting