Wednesday, April 29, 2009

mari bercuti lebih awal

dengan bahagianya aku akan mula bercuti untuk weekend ini bermula esok.. sangat bahagia rasanya.. sudah x sabar untuk menghirup udara kotor di Kuala Lumpur..

Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bekerja di pejabat mahupun bekerja di rumah.. yer.. semua orang bekerja.. ibu ibu di rumah juga bekerja.. perampok juga bekerja tetapi mungkin pekerjaan yang tidak halal dan tidak berkat lagi mengundang dosa kalo tidak sempat bertaubat..

mari lah mariii kita bercutiii.. lupakanlah semua kerja yang sakitkan kepala (sila ikut melodi lagu marilah mengundi)

Beautiful Susan Boyle


haaa i think skang ni dia antara yang glamer selain selesema babi.. oh ngeri ngeri selesema babi dah mula menjangkit ke asia.. kat spore dah ada 2 kes.. kena batalkan ni lawatan gi spore dan juga negeri-negeri di malaysia yang banyak babi..

oh ok berbalik pada susan boyle.. have u heard her? beautiful voice.. dilahirkan ketika ibu dia berusia 47 tahun. kelahiran yang sukar dan dia mengalami kekurangan oksigen dan menyebabkan kiranya dia sedikit lembam ler.. seorang yang sangat taat setia pada ibu dia.. never leave her mother until her mother leave her on 2007.. she grief on her mother loss but then found a strength to enter the Britains Got Talent competition.. the one that her mother ask for so long before for her to enter the competition..

She doesn't have a look but u have to admit that she doesn't need that to show how beautiful she is.. she sang the Les Misarebles I Dreamed A Dream in the competition on 11 April 2009.. Simon Cowell keep doing a face and some of the audience rolled their eyes before she started.. but walaaaahh when she open up her mouth.. take that.. even Simon Cowell xboleh nak sembunyikan expression how awed he was listening to her..

Beautiful..

Tuesday, April 28, 2009

akhirnya aku baca twilight


setelah berminggu-minggu aku tengok keterujaan akak aku kat twilight and bila aku nak pinjam dia x bagi-bagi lagi pinjam.. akhirnya aku beli sendiri.. hehehe.. kan aku kata aku ni late boomers.. orang lain dah lama sbok aku baru nak sbok setaun kemudian.. hahaha..

actually at first movie twilight kluar aku x teringin nak tgk sbb bila je tau cite vampire mesti lah aku xmau tengok.. almaklum tahap penakut aku di luar kemampuan kawalan perasaan.. walopun baca review and everything kata its a romance movie still la aku x mau tengok.. walauponnnnn hah amek ko vampire hero dia drooling giler.. edward cullen i love u muahh.. eh tapi robert pattinson ni mmg didedicate kan untuk jadi watak buku cerita yang difilemkan ek.. sblom ni dia blakon harry potter jadi cedric diggory.. even dalam harry potter pun, cedric itu digambarkan sebagai wizard paling tampan dalam hogwart.. ahhh tak tahan tak tahan.. hensem..

eat me! eat me!

so aritu sabtu malam aku gi jusco tebrau dengan satu tujuan iaitu beli novel twilight.. aku beli twilight sahaja.. memandangkan duit aku waktu tu mampu untuk itu sahaja.. heheh aku kedekut.. so new moon-eclipse-breaking dawn sila tunggu i yer.. konon-konon.. malam tu gak balik trus baca macam nak rak.. tido kol bape ntah x hengat.. bangun trus marathon baca xhengat.. by 2pm ari ahad aku abih twilight.. patutnya bleh lebih awal tapi biasa lah ada jek gangguan kecil..

jalan cerita sume sangat menarik tapi ada macam seket la kurang bila aku baca.. aku pun tatau tang mana.. tapi memang best la.. kurang tu cuma o.oo1% sahaja.. tapi kalo kurang dah baca novel pastu tengok movie dia plak lagi lah kurang.. movie memang xmampu bagi justice pada novel.. almaklum.. novel 500 mukasurat ko nak pendekkan jadi 2 jam setengah.. xdapatlah beb..

now ni tangan aku mula gatal untuk dapatkan 3 siri lagi.. bleh pinjam jek ngn kak aku tapi aku ni jenis suka nak simpan sendrik buku.. xpe pinjam dulu baca pastu bila2 beli untuk simpanan.. hahahah.. btol btol.. so eh urul bagi pinjam la ehh..

Friday, April 24, 2009

Laman Sosial

skang ni banyak giler la laman sosial.. eh memang lah kan nama dia laman sosial.. macam-macam ada.. MySpace la, Friendster la, Tagged la, Facebook la, Flixster la, Hi5 la, Kawanaku la.. macam-macam la.. itu yang aku tau.. yang aku taktauuu melambak lagi gamaknya..

setakat ni aku telah terpengaruh dan ada 4 akaun masing-masing di Facebook, Friendster, Tagged dan Kawanaku.. tapi setakat ada nama je la.. aku jenis x reti bersosial.. aku dok diam-diam jek.. ada antara laman tu aku dah tak pernah bukak pun.. skang ni aku cuma bukak Facebook jek.. eh sat aku baru tprasan.. aku ada akaun dekat Flixster??? serius aku x perasan langsung bila masa aku bukak akaun Flixster ni.. ehh ada 5 orang kawan dah?? hah?? gilos la hilang ingatan aku nih.. bila masa aku bukak pun tatau..

abih cemana.. orang invite invite pastu aku terklik-klik.. pastu tetiba terdaftar.. gitu la gayanya.. hehehe.. ntah apa2 jek la..

Thursday, April 23, 2009

aihh kesilapan

kurang bijak tindakan itu..
tengah lapar-lapar giler camni pegi bukak blog-blog dan fotopages masakan @ makanan..
damn.. drooling beb..

oh bertahann

jangan pitam dulu..
kena bertahann..
sikit jek lagi..
jap lagi ada mesyuarat..
ada makan..
goreng pisang..
aku tau sebab aku dah cilok satu..
oh tapi aku dah mintak izin..
dari PA boss aku..
huahaha..

ah lapar

oh tidak.. lapar laparr..
sangat laparr..
mau boleh pitam ni..
inilah masalah orang yang hidup untuk makan..
kurang makan sikit sudah tak tahan..
pitam pitam..
kepala pusing..
ah laparr..

ah malas

memang malas.. sangat malas..
dahlah malas.. lapar lak tu.. ah lapar..
malas nak pegi turun carik makan..
nasiblah..
orang malas kena berlapar..

Thursday, April 9, 2009

'Sangat Memalukan' kata Nik Aziz

Yer aku rasa insiden tu memang sangat memalukan.. Membakar kereta dan memecahkan cermin kenderaan.. Kita selalu disajikan dengan situasi buruk begitu di negara-negara luar yang kebanyakannya kita tahu memang mempunyai rakyat yang hilang akal.. Tapi insiden macam ni berlaku di negara kita yang selalu diwarwarkan dengan negara aman damai hidup harmoni amatlah membimbangkan.. Manusia sekarang makin hilang pertimbangan..

Apa pun yang menyebabkan tidak puas ati, bukanlah begitu cara nak luahkannya.. Itu sume tindakan bodoh semata.. Ko puas ati? Puas yer.. ketawa ler puas ati.. tapi apa ko nak jawab bila malaikat tanya nanti..

Nik Aziz kata, Kelantan terkenal dengan gelaran-gelaran yang 'baik-baik' termasuk 'bumi tadahan wahyu' - namun kejadian semalam memberikan gambaran sebaliknya. ish ish.. kesal btol la aku dengan sesetengah orang yang berjaya mencemarkan nama negeri diorang ni..

Tapi dekat umah parents aku pun satu ketika dulu memang ramaiiiiii sangat orang kelantan memandangkan umah tu di kawasan kilang.. and banyak gak insiden pergaduhan berlaku antara orang kat umah aku tu dengan orang negeri itu.. banyak lah puncanya.. dan bukanlah nak berpihak mana-mana tapi bila dilihat punca pergaduhan tu memang banyak berpunca daripada mereka..

Aku tak tuju pada semua orang kelantan.. hanya segelintir aje yang menjadi nila dalam susu sebelanga.. emosi diorang terlalu terganggu agaknya.. Aku doakan untuk diri aku agar x sampai jadik macamtu dan aku doakan jugak diorang agar muhasabah diri semula dan kurang-kurangkan amarah diri..

Monday, April 6, 2009

sauna..

ramai orang suka bersauna.. aku x suka.. sayang lemak di badan..
aku memang x suka sauna.. lagi-lagi sauna dekat pejabat..
seminggu dua ni opis aku penuh suasana sauna..
ari-ari bersauna..
aku x suka sauna..
abih berpeluh-peluh badan melekat kat baju.. busuk aku..
jauh-jauh dari aku.. aku busuk.. kesan sauna kat pejabat..
aihhh apa la aircond ni.. ada angin je tapi x sejuk..
ni kes penjimatan ke atau nak hasilkan kakitangan berpeluh lagi busuk..
aduhhh..

p/s: jangan google gambo sauna..

Thursday, April 2, 2009

tadi tengahari

macam biasa pukul 1 tutup pintu bilik tutup lampu lalu melepek.. selalu-selalu aku dok ngadap je pc dulu sampai azan baru pegi bilik air.. tapi tadi because i had really an urge to go to toilet so tukar selipor and jalan ke toilet slow-slow sambil daydreaming..

sampai dekat ruang tamu opis cek jenab tengah baca paper aku pun stop sat borak-borak sket.. lepas tu sambung jalan pegi toilet.. had a pee and amek wudu' la cam biasa..

jalan terus balik bilik bukak laci amek sejadah dengan telekung.. bentang sejadah pakai telekung aku pun pasang niat and mula solat.. tengah kumat-kamit baca Al-Fatihah dan nak Amiiinnnn tiba-tiba kedengaran dari Masjid berhampiran "AllahuAkbar AllahuAkbar"

huahahahaha biol aku.. blom masuk waktu rupanya.. kehkeh aku gelak-gelak sorang pastu duduk tunggu abih Azan.. cess memalukan..
 

Template by Best Web Hosting