Tuesday, August 5, 2008

makanan percuma.. rezeki tu..

Bila aku keje kat sini sejak 2 tahun lalu, aku prasan aku slalu dpt berjimat.. lagi2 bila musim mesyuarat.. almaklum bila mesyuarat jek, makanan mesti lah opis sediakan kan.. dari kueh mueh ke mee goreng ke nasi lemak ke soto ke lontong goreng ke buah2an ke air teh air nescafe air masak ke gula2 dan macam2 lagi la bentuk makanan akan disediakan..

dan biasanya juga ada jek makanan lebih.. kalo kita2 masuk mesyuarat of course la kita2 mmg dapat makanan itu.. tapi kalo kita x masuk mesyuarat pun ada pasti gak kita bakal dapat makanan2 itu.. ini penting yer untuk elakkan pembaziran..

makanan yang lebih itu biasanya memang banyak giler lebih hingga membolehkan dimakan up to 10 peoples or more la lebih kurang gitu.. so dari situ kita akan berjimat kerana pasti kita sume xkan g trun untuk makan brunch nanti..

Lagi satu, orang2 opis aku ni pemurah2 pun sumenya.. Boleh dikatakan ada jek makanan disedekahkan.. kalo diorg dapat rezeki lebih diorang pun biasanya akan share rezeki itu dgn kwn2.. oleh itu rezeki diorg jugak bertambah2..

biasanya ari Jumaat lepas sesi ngaji tu diorang tempah la makan.. untuk kawan2.. xkira la apa diorg dapat.. dapat anak baru ke.. naik gaji baru ke.. lulus periksa ke.. birthday diorang ke.. doa selamat ke.. dan macam2 ke lagi.. Pendeknya xpenah putus la rezeki itu di opis ini..

Ha agaknya bila plak aku nak berkongsi rezeki ngn orang2 kat opis ni yek.. belum penah lagi ni.. coming soon la kot.. hehe..
 

Template by Best Web Hosting