Monday, June 2, 2008

jual mahal..

Ooo itu bukanlah jual mahal dari segi perbuatan yang konon-konon xsudi-apabila-ditackle-tapi-sebenarnya-saje-buat-buat-xsudi-sebab-nak-biorkan-orang-terus-merayu itu, tapi ia adalah barang-barang yang dijual mahal..

Aku nak comparekan sket barangan yang dijual di negara yang mendapat 'Middle Rocks' (MR) ini dan negara yang kini pemilik sah 'Batu Puteh' (BP). Aku tersangat lah perasan bahawa banyak jugak barang yang di jual di MR ini harganya agak tinggi berbanding di BP. Bukan sume, sket2 ajek.. (eh yeker sket? macam banyak jek kalo aku revise blk pembelian dlu-dlu.. hmm xpelah) Kalu x, xkanlah orang BP asik sbok datang sini untuk isi tank-tank minyak di kereta mereka.
Aku cuma mampu nak compare sket depence on experience yang ada. Macam baru-baru ni, aku g bli puting susu botol jenama AVENT di salah sebuah sopping complex kat MR sini. Satu pek ada 2 puting and harga dia around RM24++. Hmm tapi disebabkan mmg diperlukan so belik sahajork. 2 or 3 days later, while danda (bahasa pasar utk suami dalam nihongo) kluar lunch dari opis dia di BP itu dan membeli ler puting yang sama jenama dan rupa dia dengan harga S$6 sahajorrrkkk.. cets.. kalo convert ke duit kita pun still harga dia around RM13.74 dengan beza harga lebih kurang RM10.26..

rupa puting yang dijual mahal


Dlu-dlu plak, aku g blik stroller utk baby.. ushar punya ushar berkenan la satu stroller ni.. 'COMBI' haa ni pun masa kat BP gak ler.. harga dia kat situ lebih kurang S$200++.. setelah belek2 dan bpuashati maka diangkat la satu.. Xlama pastu masa jenjalan di MR aku tjumpa la satu stroller yang juga memiliki jenama dan rupa yang sama dengan harga sebanyak RM 1,300++.. aku macam hah what the *toot toot tooooott* astaghfirullah.. kenapa gitu sekali reganya.. bayangkan.. beza harga hampir RM800++.. ishhh muskil sungguh..


stroller juga dijual mahal (gambar hiasan)

Actually banyak gak kalo diingat2 balik beza price yang sangat ketara ni.. Kenapa ada perbezaan rega yang sangat ketara tu.. ni sume mungkin kat sini tax tax yang dikenakan.. tapi kalo ye pun kenakan tax tu jangan lah smpai cekik darah n menyebabkan barang-barang terpaksa dijual dengan harga yang sangat mahal.. dan menyebabkan peniaga pun amek kesempatan.. consumer consumer la gak yang dianiaya.. bagi la peluang kat rakyat untuk menikmati barang-barang berkualiti dengan harga yang mampu milik.. hmm entah lah sampai bila ler asik nak diperas je kita ni yer..
 

Template by Best Web Hosting