aku jumpa sign post ini di blog karut ini.. kreatif betul la orang-orang nambah2 macam2 kat sign STOP tu..
kejji.. bersusah payah nampal..
yang ni bila aku tengok jek terus aku sengeh sebab..
aku terus teringat mamat ni..
pastu aku terus nyanyi dengan semangatnya..
ice ice baby
ice ice baby
all right stop
collaborate and listen
ice is back with my brand new invention
something grabs a hold me tightly
ladskjasuh (tatau lirik)
will it ever stop yo i dont know
turn off the light and i'll glow
kshdusagcidhuw (tatau lirik)
selepas2 itu hanya berjaya menyebut
ice ice baby (pastu buat muzik guna mulut)
ice ice baby
sampai abih lagu.. huahaha entah apa-apa..
Friday, April 23, 2010
Monday, April 12, 2010
bunian?? part deux..
maka aku sambung balik citer terputus.. masa dah hampir subuh belum subuh dalam kol 5 cekgu kuar khemah kitorang pun cuba-cuba la bertanya apa yang berlaku? member aku duorang yang mula-mula beristighfar dengan kuat dan semangatnya pun bagitau kenapa diorang terkujat, agak lawak la sbenanya reason diorang terkujat, sebabnya dalam keadaan sekitar yang memang dah agak gelap gelita kecuali dekat area kitorang yang sedikit diterangi dengan lampu gasolin hidup segan mati tak mau itu, diorang ternampak kepala orang tanpa badan, macam seram la dengornya, tapi yang lawak pulak, kepala tu dipunyai oleh member kitorang yang dah bersikap pelik si S tu, adaker patut dia berdiri kat kawasan yang gelap gulita pastu dia gi suluh kepala dia ngan lampu picit.. hahahah mana la orang tak berisgtighfar dengan kuat lagi semangat, badan sume tak nampak tetiba jek ada kepala tergantung.. hahahaha klako sey siseh jek..
tapi bila aku dengar reason diorang terkujat, aku terdiam, diorang pun takde tanya nape aku terkujat sebab sume orang bajet mestilah aku nampak perkara yang sama kan.. aku tak terus bagitau apa yang aku nampak.. apa yang aku nampak? well sebenornya takdelah seram pun, tapi aku memang pasti aku nampak seorang budak perempuan berbaju putih bertudung putih duduk dekat sebelah kawan aku.. dia tak kelihatan solid, dia kelihatan macam satu tubuh badan yang agak telus ala-ala transparent tapi dengan bentuk nyata pasti.. ceh cemana aku nak sampaikan ni.. susah lak nak jelaskan.. paham-paham sudahlah.. aku terus terkujat sebab memang sah-sahlah sebelah member aku tu kosong sebelum tu takde sesape.. aku berderau gak sebab terpikir sape budak perempuan tu? kalo nak kata hantu, err pakai tudung gitu..
so bila siang menjelang kitorang berani la lagi bincangkan balik apa yang berlaku malam pagi tadi. tapi si S ni macam marah sangat bila kitorang bincangkan hal yang berlaku.. dia siap warning kat member aku yang nampak jelas perbuatan dia tu jangan kecoh-kecoh, nanti ada benda ikut sampai balik hostel.. ha lebih kurang gitu kot amaran dia.. aku lak memang masih tak bagitau sesape apa aku nampak.. sebab aku macam tak pasti dek aku sorang jek yang nampak budak tu so takut kang orang tuduh aku buat citer palsu la plak..
tapi sume2 AJK ni dah mula bising sebab diorang kata si S sangat pelik.. tak berapa nak macam dia sangat.. dahler pakai cap secara biasa (si S biasa pakai cap yang awning (uih macam tudung skang lak ada awning) dia tu dia letak kat belakang, pakai terbalik la kiranya).. then yang buat budak2 lain makin pelik masa angkut barang turun dari hutan nak kuar, si S jalan depan diorang, diorang kata rasa macam jauh giler perjalanan lambat sangat, diorang potong jek si S terus rasa macam biasa smooth jek jalan..
bila dah naik train nak balik JB suku jalan si S berubah dah, normal balik.. dia pakai cap macam biasa.. pastu kitorang dok kumpul dalam 6 8 orang kat kafe dlm train tu kitorang tanya dia macam-macam pasal kejadian malam semalam.. dia antara ingat tak ingat.. dia pun tak ngaku dia ada warning member aku pasal kecoh-kecoh tu.. kitorang pelik.. kitorang paksa dia citer apa sbenanonya jadik kat dia..
S pun citer, dia kata masa ari kedua kat bekok, dia tengah round area utan dekat-dekat area camping, dia sorang, dia jumpa sorang budak pompuan, petang masa tu, budak pompuan tu kata nak kawan dengan dia, budak pompuan tu bagi dia something, aku tak ingat apa, tapi S kata dia takde nak bagi apa-apa, budak pompuan tu kata bagi jek apa-apa sebagai tanda kawan so kalo tak silap dia bagi la ada batang kayu ka batu ka apa ntah yang ada dekat situ..
S kata lagi malam tu budak pompuan tu datang dengan family dia tolong kitorang jaga kawasan tu sebab memang agak keras malam tu, kata nya lahhhh.. aku tanya dia, budak pompuan tu pakai tudung putih baju putih ker? ha'a kata S, dia duduk sekali dekat kumpulan yasin (wah macam kumpulan yasin makcik-makcik kat kampung gitu) kitorang ikut baca sekali.. maka tau la aku tak berilusi.. (wehh ayat-ayat aku dalam penceritaan ni sangat skema la lagi bertatabahasa yang tinggi..)
so bila macam tu paham lah kitorang nape S marah-marah pasal makanan buang sepah-sepah.. yelah dalam utan memang tak elok kan.. banyak benda-benda suka.. tapi S kata bukan dia sebenarnya tu.. entahlah aku pun tatau la S tu nak kelentong ke apa.. tapi S ni antara budak yang sangat baik kat sekolah, kurus, tinggi, putih, chinese look, debator sekolah.. memang bagus la budaknya.. tapi kesudahan dia tak berapa baik..
aku tak satu kelas dengan dia, cuma sebab kitorang satu kelab yang sama maka tau lah sket-sket citer pasal dia, dalam seminggu dua lepas camping tu, kitorang dok sembang kat bilik kelab dengan cikgu yang bawak gi camping, S citer idup dia agak tak tenteram, budak pompuan kawan dia kat bekok tu selalu datang tengok dia, kat sekolah pun dia datang, kalo orang ramai-ramai, budak pompuan tu akan perati dia dari jauh, kalo takde orang budak pompuan tu akan datang dekat dia..
pak dia bawak dia gi jumpa bomoh ka ustaz ka aku tak ingat, diorang kata S dah terbond dengan budak tu sebab diorang punya exchange barang, so S kena pegi balik kat bekok tu pulangkan balik barang yang budak tu bagi, S kena naik sendrik tade sape leh teman.. kalo S jumpa budak tu dekat perkampungan dia, maka ketahuilah bahawa S takkan turun kembali dari utan tu.. maka bapak S kena la balik JB sorang-sorang.. tapi nasib baik la, S turun balik, dia jumpa budak pompuan tu sekali dengan family dia, pak mak abang ngan girl tu di kawasan bukan kampung diorang.. cemana S menyeru budak tu tidakler aku tahu.. cuma aku sempat tanya S hensem tak abang budak tu? hensemmmmmm jawab S.. kata S budak pompuan tu pun sangat cantek..
walopun hal tu dah mungkin setel, tapi aku dengor citer lepas-lepas tu S selalu ponteng sekolah, walhal sebelum-sebelum tu rekod dia di sekolah sangat baik, leh dikatakan tak penah ponteng, maka disebabkan strict nya peraturan kat skool aku itu, almaklum skolah ala-ala tentera gitu undeng-undengnya, maka S telah diberentikan skool.. kesiannnn.. tapi sebetulnya apa sebab S selalu ilang takde sape yang tau.. ish ish ishhh.. sejak dari itu aku tak dengor kabo brita S lagi..
huahhh gigihnya aku bercerita.. walopun takde unsur klimaks tapi tetap la aku sanjung kerajinan aku bercerita ni.. maka memang mungkin la kot orang bunian memang memakai baju putih seperti citer sumpah bunian itu walopun aku baru nampak sorang jek.. hehehe...
notes: aku tatau la sejauhmana kebenaran citer si S itu.. anggap je la ni sebagai citer boring-boring nak isi masa luang layan je la malkomal ngan citer merapu itu..

Thursday, April 8, 2010
bunian??
adalah sangat frust kan bila blog malas diupdate.. macam aku tiap-tiap sebelum mula kerja aku akan bukak blog-blog yang aku suka baca dan akan rasa aiseeee takde apa-apa citer diupdate ke kalo orang tu tak update citer.. tapi hal tu berkecuali la untuk blog aku sebab aku sorang jek baca.. dan 2 3 orang kawan2 yang terbaca.. heheh..
aku rasa sepanjang aku berblog selalu benor ada tajuk pasal blog berabuk la bersawang la.. eleh.. ntah apa-apa aku ni.. aku sebenornya skang tak sibuk tapi aku malas dan aku takde idea.. rutin harian aku terlalu sama.. takde apa yang menarik.. kalo ada satu dua benda menarik pun aku terlalu malas nak tulis apa-apa..
eh apa kena mengena ngan tajuk ni.. oh ok balik ke landasan tajuk.. last week masa aku ikut danda pi kl, sementara tunggu danda balik keje, dok lepek2 dalam bilik hotel terbukak tv3 kot ada citer sumpah bunian.. sumpah aku tapenah tengok citer ni walopun penah dengar pasal citer ni.. apa nak buat.. tv kat umah cuma ada sebijik je pastu 24/7 ngadap 612, 613,615,616 astro.. harap paham yek anak tengah membesor naik memang itu jek dia nak tengok..
so sebab aku tau la serba sedikit citer pasal sumpah bunian ni lebih kurang pasal nora danish ni anak bunian yang suka kat lelaki dunia kan maka paham la sket jalan citer.. tapi apa yang aku tertarik ialah pakaian orang kat dunia bunian.. sume putih kan.. so memang btol ke orang bunian sume memakai baju putih sahajork?
jadik aku terus terimbau kenangan aku tak sengaja ternampak orang bunian.. yeee.. aku pernah nampak orang bunian.. sangat berdebar-debar walopun in glimpse.. peristiwa berlaku sekitar tahun 1997 masa aku bercamping kat hutan bekok.. masa malam kedua kitorang kat situ, dalam kol 8 mlm kitorang ada sesi ceramah, masa tu pakcik guide kitorang sorang pakcik agak tua yang sangat berpengalaman duduk sambil mata dia melilau merenung kawasan di balik pokok-pokok kat situ, abih jek sesi ceramah dalam kol 10.30 malam, pakcik tu panggil kami yang AJK tertinggi. Dia kata dia kena balik malam ni sebab esok dia nak kena bawak orang lain masuk utan, tapi dia tinggalkan pesan, dia kata malam ni agak keras, dia dapat rasa, mintak beberapa org AJK bergilir-gilir baca yasin sampai pagi.. ah sudahhhh..
so kitorang AJK dalam 10 orang, 6 perempuan 4 lelaki pun bergilir-gilir duduk berkumpulan dok baca yasin sementara sume orang lain sodap-sodap tido.. ada sorang AJK ni aku namakan dia S berperangai agak pelik malam tu, kitorang tak berapa nak prasan sangat tapi dapat terasa sket tapi tak pkir apa-apa, dia asek ke hulu ke hilir macam risaukan something, dia dok pusing kawasan camping kitorang pastu marah-marah sebab ada budak chinese yang camping sesama telah masak maggi ke apa pastu sisa makanan diorang buang sepah-sepah.. tak pasal-pasal AJK makanan kena dok bersihkan sebab S dah bising kata bahaya biorkan makanan sepah-sepah..
dalam kol 3.30 ke 4 pagi lebih kurang, dengan unggun api dah makin malap, lampu gasolin pun dah tak berapa sudi nak nyala, kawasan keliling memang dah gelap hitam pekat, turn aku ngan group aku abih baca dan disambung group lagi satu, tetiba member sebelah aku jerit "ASTAGHFIRULLAHAL'AZIM" aku ngan dah ala-ala ngantok pun dengan keponya "HAH APA KENAPA SAPE MANA??" sambil toleh sana-sini, tertiba aku tertoleh sebelah member aku, aku terus "Allahh" terus capai balik Yasin yang kitorang dah letak bawak terus ikut group satu lagi baca yasin tapi memang obvious giler suara kitorang menggigil2 baca tergagap2..
Apa yang kitorang nampak? Abih baca yasin tu kitorang tak bincang balik apa yang berlaku, tak berani nak timbulkan apa sebenarnya yang kitorang nampak, cuma bila subuh dah jelma cikgu dah kuar dari khemah baru kitorang berani tanya, apa yang korang nampak.
dahler nak balik.. lain kali sambung..

Subscribe to:
Posts (Atom)