Wednesday, March 18, 2009

my green button

Pagi ni on the way nak gi keje, ada rainbow di lelangit biru itu.. automatically aku tersenyum and feel refreshed.. so aku rasa pemandangan itu merupakan one of my 'green button'..


Dalam ceramah oleh DFK yang lalu, beliau telah memberi 5 petua untuk kita 'Sentiasa Ceria'..

1. Setiap hari mohon dengan berdoa dan pasang niat untuk sentiasa ceria dan bersemangat

2. Maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam.. So the next day bila bangun kita rasa tenang, happy dan tiada perasaan berdendam dengan sesape..

3. Programkan minda untuk aura positif sebelum tidur setiap malam. Caranya begini: Duduk dan temukan jari tengah dan ibu jari tangan anda (bukan kaki) dan letakkan atas paha (ini bukanlah amalan untuk yoga), kemudian tutup mata dan mohon kepada Allah keampunan untuk hari ini dan jika kita bangun lagi esoknya, bangunkan kita dengan ceria, sihat dan sempurna. (err aku blom buat lak yang ni, apa beza yer dengan angkat tangan berdoa dan posisi yang diberi oleh DFK ini, DFK orang Sains oleh itu mungkin ada penjelasannya dari sudut sains itu)

4. Apabila bangun tidur, terus senyum dan berdoa.

5. Cari 'Butang Hijau' dan 'Elakkan Butang Merah' iaitu sesuatu yang buat kita rasa happy bila bangun. Ada orang Butang Hijaunya bila bangun tengok muka anak2 tidur, sejukkkk ati.. ada orang bila bangun terus gi toilet dan membuang dan lega itu pun Butang Hijaunya.. Ada orang bangun tidur mesti nak pekena kopi secawan dan terus indah dunianya maka itu Butang Hijaunya.. Butang Merah pulak mestilah sesuatu yang membuatkan kita rasa marah.. oleh itu elakkan lah ia..

Maka pagi tadi aku telah terjumpa satu lagi 'Butang Hijau' untuk diri aku selain dari beberapa 'Butang Hijau' lain.. Cuma agak sukar untuk aku dapatkan 'Butang Hijau Pelangi' ini memandangkan ianya jarang berlaku.. Mungkin aku kena jirus pokok-pokok pagi-pagi supaya air paip itu bila terkena sinaran matahari akan menghasilkan pelangi untuk aku rasa happy..

Go and find your 'Green Button' friends.. It will make your day..
 

Template by Best Web Hosting