Friday, March 27, 2009

TAG: How Well Do U Know About Your Danda

Berterusan menjawab Tag.. Kali ini dari Intan lagi..

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
Hmm.. Most of the time dia tgk Movie.. Stok DVD dia penuh satu lemari boleh bukak kedai jual DVD gamaknya.. Kalo x ngadap Movie.. Sports Channel la takpun Discovery Channel..

2. You’re out to eat, what kind of dressing does he get on his salad?
Mayonaise or Thousand Island

3. What’s one food he doesn’t like?
Ikan.. Kecuali Ikan Selar yangg digoreng garing atau Ikan yang xde tulang..

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
Teh tarik kurang manis atau Carrot + Epal takmo susu

5. Where did he go to high school?
Shah Pekan

6. What size shoe does he wear?
8 kot.. (its actually 7)

7. If he was to collect anything, what would it be?
Dia collect Short Glass HRC dgn T-Shirt HRC

8. What is his favorite type of sandwich?
meat

9. What would this person eat every day if he could?
Puding kastard berkuah or puding karamel

10. What is his favorite cereal?
Jarang amek.. Tapi kalo ada mix sume2 yg ada sudahh..

11. What would he never wear?
Baju kebaya dan baju2 org pompuan yg sewaktu dengannya.. :p

12. What is his favorite sports team?
MU

13. Who did he vote for?
Mana tau.. dia merahsiakannya.. dan aku xpaksa dia bgtau..

14. Who is his best friend?
Ramai la.. ambo-cauci-azizi-isma dan ramai lg lah..

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
Dok membebel x brenti..

16. What is his heritage?
melayu + jawa sket

17. What is his favourite colour?
hmm.. merah boleh biru pun boleh..

18. What is his habit?
Korek kepala..

19. What is he proud of?
hmm.. not sure ler.. his girls la kot.. (other than that now when i think back its his birth date.. he said the number is soo cara)

20. Lastly, do you think he will read this?
Not in a world..

Sisterhood Award

Terima kasih Anie for the Award..

Giving it to Hurul & Asuhara-chan..

TAG: Gambo Dlm Folder

Tag from blog Anie&Hubby:

The challenge is :

- GO to your photos folder in your computer
- GO to the 6th folder of your photos
- GO to the 6th photos in that folder
- Put the picture on your blog & description of it
- Invite 6 friends to join the challenge
- Link them in your blog & let they know they have been challenged

gambo Alisyia+Adrieyana+Kepala Danda masa pergi melaka september 2008 yang lalu.. tengah duduk2+berdiri tunggu danda's friend dekat dataran pahlawan.. pic ni diambil oleh kawan danda, mr. acong..

Saya ingin mengetag Mr.Artakus dan Mr. Kaff.. Sekian..

Wednesday, March 18, 2009

my green button

Pagi ni on the way nak gi keje, ada rainbow di lelangit biru itu.. automatically aku tersenyum and feel refreshed.. so aku rasa pemandangan itu merupakan one of my 'green button'..


Dalam ceramah oleh DFK yang lalu, beliau telah memberi 5 petua untuk kita 'Sentiasa Ceria'..

1. Setiap hari mohon dengan berdoa dan pasang niat untuk sentiasa ceria dan bersemangat

2. Maafkan semua orang sebelum kita tidur setiap malam.. So the next day bila bangun kita rasa tenang, happy dan tiada perasaan berdendam dengan sesape..

3. Programkan minda untuk aura positif sebelum tidur setiap malam. Caranya begini: Duduk dan temukan jari tengah dan ibu jari tangan anda (bukan kaki) dan letakkan atas paha (ini bukanlah amalan untuk yoga), kemudian tutup mata dan mohon kepada Allah keampunan untuk hari ini dan jika kita bangun lagi esoknya, bangunkan kita dengan ceria, sihat dan sempurna. (err aku blom buat lak yang ni, apa beza yer dengan angkat tangan berdoa dan posisi yang diberi oleh DFK ini, DFK orang Sains oleh itu mungkin ada penjelasannya dari sudut sains itu)

4. Apabila bangun tidur, terus senyum dan berdoa.

5. Cari 'Butang Hijau' dan 'Elakkan Butang Merah' iaitu sesuatu yang buat kita rasa happy bila bangun. Ada orang Butang Hijaunya bila bangun tengok muka anak2 tidur, sejukkkk ati.. ada orang bila bangun terus gi toilet dan membuang dan lega itu pun Butang Hijaunya.. Ada orang bangun tidur mesti nak pekena kopi secawan dan terus indah dunianya maka itu Butang Hijaunya.. Butang Merah pulak mestilah sesuatu yang membuatkan kita rasa marah.. oleh itu elakkan lah ia..

Maka pagi tadi aku telah terjumpa satu lagi 'Butang Hijau' untuk diri aku selain dari beberapa 'Butang Hijau' lain.. Cuma agak sukar untuk aku dapatkan 'Butang Hijau Pelangi' ini memandangkan ianya jarang berlaku.. Mungkin aku kena jirus pokok-pokok pagi-pagi supaya air paip itu bila terkena sinaran matahari akan menghasilkan pelangi untuk aku rasa happy..

Go and find your 'Green Button' friends.. It will make your day..

Tuesday, March 17, 2009

TAG : Romantic Movies

tehehe.. aku nak jawab tag lagi.. walopun aku seorg yg pemalas giler tapi sebab aku dah memblog dan TAG boleh dikatakan sebagai link or connection within pemblog, maka aku akan penuhi tanggungjawab sosial dari intan..

Please copy the following rules in your post (as usual)
1. You have to point out 5 romantic movies that you would love to share with your loved ones.
2. It doesn’t have to be in order.. as long as you love the movies, it will be fine.
3. You have to tag another 5 person to answer this tag..

aku rasa TAG ni susah gilerr.. sebab aku jarang tgk movie secara penuh.. aku jenis tgk separuh2.. suku2.. 3 suku.. pastu romantic lak tu.. lagi susah.. aku xingt la and aku tatau apa category movie aku tgk tu... anyway bantai sudahhh..




errr.. drama pun kira la ek.. long live takuya kimuraaaa yeayyyy.. hehe.. aku tag akak aku urul.. hahah padan muka diaa (aku tau dia pun sama malas cam aku)...

Monday, March 16, 2009

TAG: Winter Sonata

Aku perlu memenuhi tanggungjawab sosial dan menjawab tag ini dari k.gha..

For those who are new to this, the rules are:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer
3. You must write that song name down NO MATTER HOW silly it sounds.
4. Put any comments in brackets after the song name.
5. Put this on your journal/blog.

1. If someone says, “Is this okay?” … you say?
Superman (by Five for Fighting :mesti org sakit ati giler kalo aku jawab cenggini)

2. How would you describe yourself?
The Scientist (by Coldplay : hahaha sains adalah subjek paling aku bodo)

3. What do you like in a girl/guy?
Wakachau (by Space Sheriff (lagu cite Gaban) ; wahaaa ooo yeahhh)

4. How do you feel today?
Sunday Morning (by No Doubt : well.. Monday isn't something that we look forward to)

5.What is your life’s purpose?
Vindicated (by Dashboard Confessional : its true i guess)

6. What is your motto?
Don't Speak (by No Doubt : errr.. it can be applied)

7. What do you friends think of you?
The Freshman (by Verve Pipe : no comment)

8. What do you think of your parents?
How Do I Live (by Trisha Yearwood : wahhh kena kena)

9. What do you think about very often?
I Need To Know(by Marc Anthony : kepoh ni)

10. What is 2 + 2?
Lonely No More (by Rob Thomas : betollll)

11. What do you think of your best friend?
Always (by Bon Jovi : always be there for me)

12. What do you think of the person you like?
My Sacrifice (by Creed : haha)

13. What is your life story?
Where U Lead
(by ntah tapi Gilmore Girls Theme Song: macam kena yer.. where my danda go i will follow)

14. What do you want to be when you grow up?
25 Minutes (by MLTR : ah sudahh)

15. What do you think of when you see the person you like?
Cintamu Milikku (by Ning Baizura : ahahah uyoo romantisss)

16. What will you dance to at your wedding?
Bad Day (by Daniel Powter : hahahaha.. the starting of long quarelling nagging life ke)

17. What will they play at your funeral?
Hero (by Mariah Carey: wahh terharu2.. trime kasey..)

18.What is your hobby/interest?
All That She Wants (by Ace of Base: giler tamak ni)

19. What is your biggest fear?
Cats In The Cradle (byUgly Kid Joe: i do scared of cat, in the cradle? yikess)

20. What is your biggest secret?
Whats My Age Again (by Blink 182: nehh.. i dont think so)

21. What do you think of your friends?
Hajimete Kimi To Shabetta (by dunno but its one of Naruto theme song: mungkin asuhara bleh tolong terjemah)

22. What will you post this as?
Winter Sonata (by dunno la tp of course u guys knwe what song is this)

ahhh abih jawab akhirnya tag ini.. jenuh gak nak jawab 22 soalan.. oleh itu aku tag korang2 yang rajin dengar lagu2 sambil buat keje itu..

Tuesday, March 10, 2009

Kembali Pada Fitrah kata Dr. Fadzillah Kamsah

Last week near my office ada ceramah dari Dr. Fadzillah Kamsah (DFK).. its about self motivation la cam biasa.. Disebabkan aku bawak buku utk menulis maka aku dok lah menulis apa points yg dia bagi.. Cara dia memang best.. pada aku lah.. bleh masuk dengan aku..

tapi ada jugak orang boring kot sebab ada yg bleh tido laaa baca suratkhabar laaa.. nyampah aku nengok.. kalu xmo dengar xyah la datang kann.. ni tak.. dari awal smpai akhir ko tido pehal.. eh ish ish xbaik aku bising kat org.. Astaghfirullahal'azim..

haha macamanapun aku suka gelaran yg DFK beri pada member opis aku yg dok bz snappy gambo dia.. he called her 'mamarazi'.. tapi aku rasa memang sesuai pun sebab member aku ni mmg kejenya amek gambo sahaja sebab bkaitan la gak dgn keje dia.. maka skang aku mmg panggil dia 'mamarazi'..

ok so kita masuk sket tips dia..

Manusia ni ada 3 kategori:
1. Orang Yang Berjaya : Kategori ni sentiasa anggap Hari Ini Lebih Baik Dari Semalam
2. Orang Yang Terpedaya: Ni jenis tiap-tiap ari sama je
3. Orang Yang Celaka: Haa yang ni jenis masa masuk keje dulu bagus semangat pastu lama-lama dah k.o

haaa sape xnak rasa seperti celaka maka sentiasa la keje lebih bagus tiap-tiap ari arrr..

Jadik sape yang nak jadi orang berjaya, bermotivasi dan bersemangat.. semuanya kata DFK 'Jangan Melawan Fitrah'

Apa fitrah manusia?? Haaaa baliklah mengikut agama kita yang cantik indah ini.. ISLAM..

Macamana??

1. Solat dan doa
Haaa ni mmg confirmlah wajib ye uolssss... kalu boleh jangan setakat wajib, sunat pun kenaaa buatttt.. Lepas solat tu kita berdoa lah mintak jadi orang yang lebih baik dan yang lain-lain yang baik-baik aje lah..

2. Maafkan Semua Orang
ni penting gak ni.. tiap2 ari sebelom tido tu kita maafkan lah sume org.. bukan je kita nak kena mintak maaf kat org.. kita sendiri kena maafkan sume org.. contohnya arini ko nyampah btol dengan Jebon yang telah makan puding karamel yang ko simpan kat peti es.. sudah-sudahlah jangan marah-marah lagi.. mahapkan sudah..

3. Tidur Mengiring Ke Kanan
Cara tido pun main peranan.. ingat.. tidur tu ngiring ke kanan tangan bubuh cenggini.. bagus cara ni..

4. Bangun Tidur, Senyum dan Berdoa
Biasa lah kan kalo bangun kita memang kena mula dengan postif, kalo bangun pun dah gloomy confirm la spanjang ari tu ko bitching xpun ala2 bad witch.. Jadinya bangun jek senyum2 la sendirik disebabkan semalam pun dah mahapkan sume org pastu berdoa la mintak yang baik2 lagi..

5. Kaedah Buang Air Kecil dan Besar Kena Btol
Buang air kecik xkira laki ke pompuan ke, kena duduk or cangkung lah kan.. pastu kena istibra'.. untuk lelaki pas kucil dehem la 3 kali.. setiap kali dehem mesti ada kucilan yang still kuar.. xcaya test.. untuk pompuan xleh dehem, alat x sama kat DFK.. pompuan kena urut bawah perut 3 kali..
Buang air besar pun ada gaya tersendiri.. masa ko duduk ke cangkung itu, kepala lentok kiri, tangan kiri cekak kat pinggang, urut2 sket perut ituu, tangan kanan bubuh atas kepala.. maka cepatlah ex-food yang korang hadamkan tu kuar..

6. Breakfast with Tiffany.. eh Pisang..
Sarapan pagi paling bagus makan pisang.. almaklum pisang ni kan melawaskan cepat.. setiap penyakit ni katanya mula dari perut.. jadik kalo perut condition bagus maka gembiralah sume..

7. Keluar Rumah Kaki Kiri
Apa?? Kaki kiriii.. keluar kaki kiri, masuk kaki kanan..

8. Senyum selalu
Selalu senyum kan hilangkan stres.. senyum bior ikhlas.. orang kalo senyum ikhlas kita bleh nampak kat mata dia.. mata pun mcm senyum..

9. Makan buah sebelum makan nasi
Bukan makan buah penghabisan.. salah tu.. makanlah masa perut kosong.. pastu bolehlah mula melantak lunch ituuu..

10. Kasih sayang merawat segalanya
orang kalu xde kasih sayang xdisayangi kan suka marah2 and xmemahami.. eh kan.. memandai jek aku ni..

11. Masuk rumah baca Bismillah, bagi salam 'Assalamualaikum' pastu masuk dengan kaki kanan

12. Mandi ikut sunnah

Mula mandi dengan basahkan kaki, pastu naik ke atas sket2 sampai kepala.. Salah satu tujuannya ialah supaya kita ingat mati.. roh ditarik mulai dengan kaki naik sket2 sampai atas.. so bila mandi tu letak kai tu rasa sejuk kaki tu naik la sampai atas.. hmm..

13. pakai Warna yang Sesuai
Warna ni kan sebagai terapi.. pilihlah warna yang boleh mewarnai mood kita dengan baik..


Ha tu lah kot antara sedikit talk dari DFK.. amboii rajin aku bubuh sini.. xpe tu untuk peringatan aku sendirik lain masa.. kat internet senang nak carik balik.. aku buh kat buku nota aku ni, nanti sampai masa buku aku kena 5S maka entah mana lah jawabnya..

Saturday, March 7, 2009

blog x bersapu

aihhhh.. lama betul aku x tulis apa2 kat sini.. memang sesuai tag musim sibuk tu la yek.. ha'a la mana taknya.. kalo aku xsibuk dengan keje-keje hakiki aku kat opis, aku sibuk pulak dengan keje-keje yang 'arahan dari masa ke semasa' itu.. skang ni opis aku tgh giler 5S adeh dehhh.. sebab ala2 baru nak start so banyak benda la kena buat.. oleh tu aku dah xde masa nak berinternet..

selain keje, faktor komputer pun jadik sebab.. disebabkan my danda dah mula keje kat malaysia smula sebulan lepas lalu maka laptop yg aku usung ke opis tiap2 ari telah diambilaleh oleh beliau smula kerana beliau masih blom meperoleh laptop dari company nya.. oleh itu aku malas lagi la nak bukak tenet sebab pc aku kat opis tahap lembab mcm siput yg menyebabkan tiap2 ari aku urut dada dan beristighfar supaya lebih bersabar dan tidak mengeluarkan kata-kata cacian dan carutan kat pc itu.. jadik aku xberminat nak bertenet di waktu rehat untuk memblog atau membaca blog org lain.. (btol aku memblog atau membaca blog waktu rehat je ekkk.. :p)

oleh sebab dah lama x memblog aku dah malas nak memblog.. xde ati dah.. tapi ni aku tulis la sket ek sbb kononnya aku masuk ni nak update blog my girls.. hehe jadik curiklah tulis sini.. ah sudah lah..
 

Template by Best Web Hosting