Wednesday, January 21, 2009

crazy over donut..

ikutkan aku ni bukan jenis org yg suka makan benda2 manis2 macam donut2 ni.. aku ni jenis maging.. nak makan kena ada unsur2 daging ke ayam ke ikan ke ikan bilis pun jadi gak ler telur ke udang kering ke ketam ke udang ke kiranya kalu stakat makan roti manis2 gini aku x lut sangat.. kalu ada roti kena la bubuh sosej ke flos ayam ke.. kalu x aku xboleh kenyang..

danda mmg rajin beli dunkin donut.. skali beli sedozen gitu.. aku mkn sket2 jek.. dolu2 masa skolah aku dah puas makan.. skang ni dah muak.. sehinggalahhhh tiba2 aku dikenalkan dengan J.Co Donut.. hwaaahhh heaven.. sedapppp gilerrr.. aku xperlu matchkan dengan daging dsb utk kenyang makan donut ini..


J.Co ni Indon punya.. kat Malaysia cuma ada 4 tempat jek ada.. 3 of course kat KL and org KL mesti dah xheran dah lama smpai.. kat JB ada satu beberapa ketika telah bukak dekat CS.. well maybe org dah lama sbok cuma aku ni mmg jenis late boomers sket..

kesemua gambar yang dipaparkan bukan kepunyaan aku.. telah diamek dari mana-mana blog yg boleh dilihat pada gambo itu linknya.. aku xsempat amek gambo mesti dah abih donut itu..

Donut dia lembutttsss giler.. masuk dlm mulut ilang.. xcukup 3 bijik makan.. lol.. tapi hargaaa dia punnnnn.. emmm.. and agak manis giler.. tapi xkira aku suka gak..

Tuesday, January 20, 2009

susunan bendera

Dalam aku sibuk clearkan tray.. tjumpa memo yg bgtau kat sume apa kalo kita nak susun bendera kat dinding ke buh kat tiang ka.. kita kena susun ikut kedudukan terbaru susunan kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri. susun ikut gini yer..


1. Malaysia


2. Kedah


3. Pahang


4. Kelantan



5. Johor


6. Perak


7. Perlis



8. Selangor


9. Negeri Sembilan



10. Terengganu


11. Sarawak

12. Pulau Pinang


13. Sabah


14. Melaka


15. Wilayah Persekutuan

Monday, January 19, 2009

hitler quote?

i think i read yesterday article in newspaper titled 'Mungkin ada benarnya Hitler' or something like that.. tentang apa sebab Hitler membunuh Jewish semasa pemerintahan dia dlu.. Hitler beranggapan bahawa bangsa Yahudi ni adalah sangat merbahaya dan mengancam dunia.. He killed around 5 million of jewish peoples at that time..

this morning received a forwarded email that i think most of us will received it by now..I wonder if its really his quote..

Quote from Hitler's

Personal Diary

" I could have annihilated all the jews in the world, but i left some of them so you will know why i was killing them."

signed Adolf Hitler

uishhhh show btol..

watching AJL23 performance by faizal tahir sampai syurga mmg macam tgk video klip gitu.. very la creative.. macamanapun faizal tahir mmg slalu ada sentuhan dia tsendiri eventhough kekadang tu way too pelik and over.. huhuhu.. anyway not a great fan but i think he deserves this win..


Thursday, January 8, 2009

aku yang alpa

dalam pada aku konon2nya tengah rajin bkerja ni, masuk waktu lunch aku nak lah rehatkan diri (lately waktu lunch pun aku pulun buat keje.. ehem :p).. aku pun dok la browse blog yg baru diupdate.. sampai kat blog akak aku, baca je entry dia kali ni mengenai kealpaan dia pada Hari Asyura, tiba2 aku pun sedar.. yerrr aku tergolong dalam golongan orang2 yang telah lupa juga.. tiba2 terus aku rasa sdeh and tiba2 aku trus teringat mak aku..

since mak passed away on 2001, banyak benda yang aku lupa.. awal2 dlu mmg ingt, sebabnya mak la yang selalu mengingatkan, mak ingatkan untuk puasa sekian2 hari, mak ingatkan untuk baca doa awal akhir tahun, mak bagi ayat-ayat untuk dibaca dan diamalkan dan macam2 lagi.. ada aje ilmu yang diberi oleh mak..

walaupun mak belajar sekolah rendah je, tapi mak rajin nak dapatkan ilmu, pergi kelas agama every weekend memang x pernah miss, buku nota mak penuh dengan ilmu-ilmu yang dia pelajari dari ustaz, semuanya dalam tulisan jawi.. cantik, kemas dan tersusun..

tapi sekarang mak dah xde, banyak benda lupa.. ada yang masih aku amalkan.. sedikit kalau xbanyak.. aku patut contohi mak.. masa-masa terluang diisi dengan zikir.. mengingati Allah.. malam2 diisi dengan solat-solat sunat..

hari-hari aku sbok dengan bekerja.. solat yang wajib sahaja.. berzikir menyebut nama Allah bila mendodoikan anak tidur aje.. *sigh* aku selesa di dunia tapi macamana jaminan untuk aku di akhirat sana..

Maal Hijrah kali ni aku berharap aku akan menjadi lebih baik.. aku sdeh dengan keadaan umat Islam.. makin hari makin ditindas.. rakyat Palestin sengsara, anak2 muda kita bersuka ria.. *sigh* takutnya aku dengan keadaan dunia..

Thursday, January 1, 2009

aku tengah rajin bekerja

betol aku xtipu.. aku tgh rajin sampai pening2 kepala aku.. uwaaaa pening aku ekjas joomla ni.. oleh sebab aku bukan org IT malahan aku buta IT maka aku mengambil masa yg amat bersusah payah untuk belajor pakai joomla.. aihhhh..(aku stop tulis ni sat sebab nak ilang pening :p)

aku tengah rajin bekerja..
sebab student baru naik jadi nampak macam meriah je opis sbb student kuar masuk xde lah nampak mcm opis dilanda garuda (masih bleh pakai ek perumpamaan ni)

aku tengah rajin bekerja..
sebab aku memang suka bekerja

oleh itu sama2 lah rajin bekerja macam aku (jangan jadik cam akak aku x g keje xde keje huhuhuhu)
 

Template by Best Web Hosting