Friday, September 16, 2011

I'm a Johorean.. I'm Proud of It..


I found one article about Things You Should Know About Johorean.. Its been circulated year by year.. Aku perasan dalam tahun 2005 dah ada but then maybe earlier..
I'm not sure who was the original writer but i must say the article really make me smiles..

Jom kita cuba kupas kebenarannya dari perspektif the writer and my experience through it..
 1.“They end 9 out of 10 sentences with Ekkk...
Ekk ialah trademark orang Johor. Digunakan di hujung SETIAP ayat menggantikan tanda soal (question mark).
Contoh :-

Ni awak punyer ekk?

Nama awak saper ekk ?
Kenapa kite kaler tak cantik ekk ?
Dan macam-macam ekk lagi.”

So please observe your friends when they are talking to you, if they uses so many of ‘ekkk’ confirmed orang Johor
ahaaaa ini memang sume orang sangat tau kan.. sebagai contoh, aku penah call exbf aku dolu, citer doooolllluuu ni, dia selangor, kebetulan dia takde and phone dia tinggal kat umah and kawan dia angkat.

Me : Ola
Kawan: Aloha
Me: Eh? Saad (bukan nama sebenar) ada?
Kawan: Dia takde
Me: Ooo takde.. dia kuar ekkk?
Kawan: Ha'a.. u ni kawan dia ke?
Me: Ha'a
Kawan: Orang Johor ke?
Me: Ha'a.. Mana tau..
Kawan: Abihtu cakap ada bunyik ekk ekk
Me: Huh? (confused)
Kawan: Biasa kan orang Johor kalau cakap belakang dia mesti ada ekk ekk..
Me: Ohh.. ekk.. erkk.. haha..

2.They refer to Johor Bahru as Johor and not JB
Kalau orang di negeri Johor sebut Johor, it meant Johor Bahru (JB), the city dan bukan Johor, the state. Biasa digunakan oleh mereka yang tinggal di luar bandar Johor Baru seperti di Masai-chusettes umpamanya.

Contoh : Beb, gua nak turun Johor laa. Lu mahu ikut gua tak?


So, if you ARE already in Johor, tak kira di daerah mana - if the locals kata nak pergi Johor, it means nak ke Johor Bahru. Jangan pulak buat lawak bongok** berkata, " Eh, lu kan dah ada kat Johor?" Or worse, jangan memandai nak tambah ekk with that question.
well actually yang ni aku tak berapa tau, maksudnya masa zaman kecil aku tak jumpa benda ni memandangkan aku adalah orang JB dan tak penah kuar dari daerah JB la kiranya.. hehe.. dah beso baru aku tau bila one day aku berbual dengan my fren and dia refer kata nak pegi Johor.. aku pun quite confused at that time and she needs to explain.. huaha.. so now i knowwww..


3.They pronounce Muar as MUOR. (kena juih bibir sikit)
In fact you pronounce everything that ends with "AR" as "OR".

Contoh : Aku kena pakai seluor besor untuk main bolor kat Muor besok. (Aku kena pakai seluar besar nak main bola di Muar besok).


Aku teringat Kakak tegur aku bila aku cakap macam tu. Kenapa Mama sebut besar, BESOR ? Slipper , SLIPPOR ? Aku tergelak. Aku cuma speak like that bila berjumpa dengan true blue Johorean aje.

Lapo (lapar), penampor (penampar), ulor (ular), pagor (pagar) dan lain-lain.
yeah memang la kan.. eh yeker orang johor je yang cakap bunyik o o ni.. ke johorean jek yang perasan.. hehe tapi aku ingat masa aku kecik dolu masa lari wakil daerah, aku wakil JB la masa tu, bila abih tu kan biasa ada penyampaian hediah, ada satu group cheer ni bila time Muar menang.. diorang cheer jerit reramai "Muor!!".. satu stadium berdekah..

and one time jiran aku tegur aku, 
Jiran: dari mana mallll?
Me: bandor
Jiran: bandor? ehh.. bandAArr la bandAArr bukan bandor
(excuse my jiran dia bukan johor origin)

4. They are brash with a CRAZY sense of humour
Honestly, I belum pernah jumpa orang Johor yang serious or square to a T. Or cannot take a joke. Walaupun pendiam atau pemalu , but their sense of humour boleh tahan gak. Almost all of them (yang aku jumpa dan kenal lah) are either loyar buruk or bigor **.

Baik di kampung mahu di Bandar. The sense of humour is unique that I find kadang-kadang orang luar (non-Johorean) agak takut with the brashness of budak-budak Johor
I'm not so sure.. well most of people loves to joke right.. most la.. for me yeah i jokes a lot and also few of my friends.. even from other negeri.. this is very subjective ekk..


5. "Diorang ada ENDUT **."

Kalau tak pernah berendut, sure pernah ada endut or busuk-busuk pun teringin nak ada endut.
Contoh ayat :
Haa...kau dah ada endut yer ?Kau pergi berendut kat mana ?Orang berendut dia pun nak berendut.
ha'a kan kecik-kecik dolu memang pernah guna pun perkataan endut ni.. sekarang ni dah takpenah la.. ada lagi ke yang guna.. siseh ek bunyik perkataan ni.. endut.. hahaha sape la cipta..


6. "Diorang Makan Gula Tarik, Sagun, Gula Kandy, Bobotok...."
Dah lama aku tak tengok atau makan gula tarik, sagun or kandy. Ada lagi ke bebenda ni kat Johor ? Aku tak boleh nak describe dengan teliti these things cos it has been 30 years since I last tasted them.

Seperti Kak P cakap - makanan seperti botok-botok. Kalau out of Johor, botok-botok dikenali dengan nama PAIS IKAN. Jangan tanya aku how to describe the ingredients cos aku tak berapa gemar makan sebab guna banyak sangat daun ( aku tak suka makan sayur - especially ulam). Yang aku tahu - pakai daun segala daun, termasuk daun betik dan gunakan kari ikan and balut dengan daun-daun tu dan kukus.

Aku pernah tanya my Dad dulu - kenapa buruk benor nama dia bebotok. Then my Dad cerita :

Di zaman dulu ada seorang nenek yang tinggal seorang diri. Everyday cucu dia akan datang bawak makanan. Nenek ini suka sangat pais ikan dengan bubur so dia suruh cucu ni bawak tetiap hari. Bila cucu tu bawak makanan lain, Nenek akan tanya "
Mana Bubur Tok? ". Lama-lama Bubur Tok jadilah Bebotok - kesan dari cakap cepat-cepat.

Itulah ceritanya. Aku kecik lagi masa my Dad cerita tu. So, kalau dia kelentong aku - maka kelentonglah cerita bebotok tu. Sekian adanya.
seriusli kat negeri lain memang takde ke gula tarik or sagun or candy tu? ishhh takkkkaaannnnlahh.. tapi yeah i had that a lot masa kecik-kecik dolu.. bebotok? i called it botok-botok.. love love love love it so much.. but nowadays ni very hard to find a good quality of botok-botok.. well susah dah kot nak carik pebagai ulaman..



7. "Pernah (or berangan nak) jadi Mat Rock ."

Aku rasa sebab kedudukan Johor dekat dengan Singapore, sebab itulah pengaruh Barat di Malaysia masuk melalui Johor dulu. Itu teori aku lah. But kalau ikutkan sejarah Johor, Sultan yang mula-mula kawin dengan Mat Salleh pun Sultan Johor (Almarhum). So, tak heranlah kalau kumpulan Rock kat Malaysia ini semua ada susur galur dari Johor. Amy, Zainal Abidin, Nash etc.
Boleh pakai ke teori aku ni? Jangan aku kena pancung dengan Sultan, dah ler.
Ampun Tuanku !
hahaha no komennn.. well aku sebenarnya tak bape leh relatekan cite antara pengaruh barat-kawen mat saleh-rockers.. ke aku yang lemb.. hmmm maybe aku yang lemb kot..
 
8." Kenduri Kawin Ada Telur Pindang"

Telur pindang ialah telur ayam yang direbus dengan segala macam rempah dan dedaun untuk mendapatkan that special taste. Lepas rebus, telur akan berwarna cokelat. Both kulit dan isi. I don't like to eat telur pindang, so I cannot to describe the taste. Normally orang buat telur pindang ni for special occasion, seperti majlis perkahwinan. Zaman dulu-dulu, you can tell the social class of the tuan rumah - normally orang kaya-kaya jer buat telur pindang ni sebab ianya rumit dan makan masa berjam-jam therefore menggunakan kos yang tinggi.

ehhhh mestiiilllahhhh.. tapi skang ni dah susah pun nak jumpa telur pindang.. only some true blue johorean still have this telur pindang termasuklah my family.. all 9 of us had this telur pindang for our big day.. and its true quite rumit penyediaan dia.. makan berhari-hari nak buat telur pindang.. lagi lama rebus lagi shedaappp.. tapi i don't think cost dia tinggi kowt.. leceh yeklah.. hmm tapi still la lebih kosnya dari rebus telur biasa kheennn..


9. "Tidur atas LECA** (rhyme with letak and baca, the non-baku way). Baju simpan dalam GEROBOK **."

okay the writer had no explaination on this.. or orang yang copy paste tertinggal.. almaklum dah di copy paste hundred of times.. ini sampai skang pun aku still guna.. 'Sheraaa.. gi amek Lece bentang sini' 'Lila gi simpan baju ni dalam Gobok.. ada one time in my Uni years, member aku the nonJohor one ask for something.. aku suh dia amek sendrik 'tu ar ada tu ko tengok dalam gobok aku' and she was like 'ah? apa?' 'tu ar dalam gobok sana pegi la tengok' 'gobok tu apa?' 'gobok la.. gerobok' 'apa? (blur)' 'err.. almari la'... 'hahahaha gobok? kelakarnya.. apsal ko panggil camtu' aku tiada jawapan...


10. "They never watch RTM sebab semua cerita dah tengok kat TV Singapore!"
When I was growing up, aku cukup suka tengok TV Singapore sebab iklan dia semua dari overseas, very menarik. Besides the cerita yang terkinilah. Yang aku suka ialah iklan jeans Levi's (Let your love flow), iklan lagu Coke ( I'd like to build the world a home), iklan Kodak (Times of Your Life -Paul Anka ). Paling syok ialah masa Christmas, iklan dan lagu semua best-best.
(But itu dulu, sekarang aku rasa semua rancangan sudah semasa.)
Well, TV Singapore cuma dapat ditengok oleh penduduk JB dan kawasan yang sewaktu dengannya. As you go further up north (of Johor), you can see aerial TV semua setinggi pokok kelapa - semata-mata nak dapatkan siaran from Singapore!  

seriously so true.. heheh.. i'm growing up waching SBC channel.. sangat jarang tengok tv malaysia.. most of movies kalau yang ditayangkan kat malaysia kitorang dah tengok dulu kat tv singapore.. but then actually tv indon lagi advanced tau dari singapore.. yeahhh kita dapat gak channel indonesia.. kalau orang lain negeri cuma ada dalam 3 ke 4 channel kita kat johor ada dalam 10 ke 11 channel untuk dipilih..

okay tu jer.. and ini adalah tambahan oleh the writer.. the Kamus Johor she said..

Kamus Johor :

Bongok - bodoh

Bigor - gila-gila, contoh :- Apek Senario tu macam budak BIGOR ekk ?

Endut - makwe/pakwe. Awek/balak. Boifren/girlfren. Boleh digunakan tanpa mengira jantina.

Berendut - berpasangan.

Pergi berendut - dating.

Botok-botok, bebotok - sejenis makanan menggunakan ikan, ditambah memacam dedaun, letak serbuk kari (don't ask me - aku tak reti buat) dan dibalut dengan daun betik, diikat dengan sebelum dikukus. Alah, macam Pais Ikan tuh.

Leca - tilam. Normally dibuat sendiri menggunakan kekabu (orang zaman dulu-dulu semua DIY - tak ada Vono, Slumberland ).

Gerobok, Gobok - cupboard. Almari. Tak kiralah simpan kain baju ke, simpan pinggan mangkok ke.

well aku rasa tambahan yang bleh aku buat adalah tentang pakaian kot.. aku rasa sume orang tau baju melayu lelaki untuk orang Johor adalah Baju Melayu Teluk Blangah or Belanga ke i'm not sure how to spell it heheheh.. even for my danda pun dia takpenah ada baju Cekak Musang.. setiap kali mesti lah Teluk Blangah itu.. agaknya tercekik kot pakai Cekak Musang tu.. kalo orang leher pendek lagi la senak kan leher itu.. hahahaha..

err itu je kot yang prasan very obvious.. ok dah.. cukup gigih dah mengulas ni..
 

Template by Best Web Hosting