Showing posts with label facebook. Show all posts
Showing posts with label facebook. Show all posts

Wednesday, December 22, 2010

friend again??

yesterday pagi-pagi aku bukak fb tiba-tiba ada beberapa request untuk jadik kawan.. ada yang aku memang tak kenal langsung dan ada yang aku rasa macam kenal dan ada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab memang aku kenal..

dolu-dolu aku approved jek sape nak jadik kawan.. sebab masa tu aku giat main Mafia Wars so bagi mengukuhkan kumpulan mafia aku, haruslah aku add sape jek yang main Mafia Wars.. but then dah lama aku tinggalkan segala game dalam fb yang menyebabkan aku tinggalkan dunia fb (nampak sangat la takde kawan pastu bukak fb setakat nak main game ajek).. so bila gitu, aku mula delete orang-orang yang tak berkaitan dalam kehidupan sebenor aku (Mafia Wars people dan orang-orang yang dok promote MLM ke Jana duit hari2 ke dan yang sewaktu dengannya)

sume rakan-rakan dalam fb aku buat kategori, dari kategori sekolah rendah, sekolah menengah ada 2 group sebab geng dari Form 1-3 dan geng dari Form 4-5 (sekolah lain-lain kekdahnya), pastu group masa blajo kat U, group tempat kerja pertama, group tempat kerja kedua, family nya group dan lain-lain lagi lah.. dalam 11 group sumenya.. siap ada group unsure iaitu masa aku tatau sapekah yang add aku lalu aku bantai approved jek, maka mereka dikategorikan sebagai unsure..

oh berbalik pada sorang yang membuatkan aku berdekah sebab request friend ni adalah kerana sebelum ni memang kitorang friend pun dalam fb hinggalah aku dan member aku sorang komen something kat wall fb dia.. actually komen tu biasa jek pun takdelah pedih ati punya komen sangat pun, member yang sensitif sangat, dah dia yang dok mula kutuk-kutuk orang pengurusan itu la ini la dan sah-sah member aku tu dok buat benda yang dia dok kutukkan, so kitorang just bagi komen membina jek kat post dia tu.. pastu tetiba dia kata 'oh bahaya ni ada officer spy' and the next thing we knew, he removed us from his fren list.. well it's a joke for us, we laughed at it.. ayooo tak matang btol sesetengah orang ni.. takpelah kitorang memang tak amek ati langsung plus actually kitorang rasa relieved sebab takkan wujud lagilah post-post dia yang kejenya nak salahkan sume orang dalam dunia ni..

so bila tiba-tiba dia request friend balik ni memang aku berdekah sangat.. member aku siap kata'dia tu apahal, dah gila talak?' huahahah.. so skang aku tak sure whether nak approved ke tak.. memang tak kesah tak terasa ati bila dia removed kitorang cuma pkir kang friend balik tak sanggup plak nak tengok post-post status dia yang penuh amarah tu.. akan dipikirkan..

Thursday, September 3, 2009

lembu ku hilang seekor..

ye memang lembu aku hilang seekor, aku beli lagi seekor semalam, aku letak nama dia Jet.. pagi ni aku jengok dia dah takde, tinggal Mo' dengan BonBon jek.. aise.. mahal la.. aku kedekut tau.. penat aku bercucuk tanam, bela ayam itik nak kumpul duit buat beli pokok-pokok ngan haiwan-haiwan lain tup tup ilang seekor..


dahlah aku baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pertanian.. menyahut seruan gomen.. eh ada kan diorang seru suh bertani.. hehehe.. ah tak kira ler.. aku nak cuba hobi baru.. aku dah letih carik gado.. asik gado jek dengan ntah sesape ntah.. kumpulan-kumpulan mafia yang busuk ati.. dahlah gado2 aku asik kalah jek.. :p hahah tu yang boring.. dah kalah.. kahkah.. cuba menang.. mesti suka giler.. hehehe..


sebelum aku cuba bercucuk tanam ni aku dah cuba gak beberapa hobi lain.. sekali tu join minah-minah sorority.. leceh la.. jual barang dah la mahal-mahal pastu ada ke nak beli barang suh pakai special brownies.. nak kumpul duit lagi senang oiii dari nak kumpul brownies..


pastu aku cuba pulak bela pet.. masa memula aku pilih panda jadi pet aku tetiba aleh2 panda itu bukan lagi panda tetapi telah bertukar menjadi monyet.. hok aloh.. bela monyet pulak.. awal-awal aku rajin la mandikan dia bagi dia makan ajak dia gi playground.. masa tu dia kecik lagi masih comel.. tapi la ni makin lama dia dah besor gelik pulak nak pegang-pegang.. hahahaha.. sian chewwy chewwy.. busuk dia dah lama tak tengok..


so skang ni aku cuba la aktiviti bercucuk tanam ini.. i like i like.. sronokkkk tengok pokok-pokok itu menggebu menghasilkan sayur-sayuran dan buah-buahan jenabb oiii.. ayam itik bertelur lembu bersusu.. tak sabar ni nak kutip hasilnyaaa... eh tapi mana pegi lembu ku ituuu.. baliklah Jet jangan merayau gi kebun orangggg..

Friday, April 24, 2009

Laman Sosial

skang ni banyak giler la laman sosial.. eh memang lah kan nama dia laman sosial.. macam-macam ada.. MySpace la, Friendster la, Tagged la, Facebook la, Flixster la, Hi5 la, Kawanaku la.. macam-macam la.. itu yang aku tau.. yang aku taktauuu melambak lagi gamaknya..

setakat ni aku telah terpengaruh dan ada 4 akaun masing-masing di Facebook, Friendster, Tagged dan Kawanaku.. tapi setakat ada nama je la.. aku jenis x reti bersosial.. aku dok diam-diam jek.. ada antara laman tu aku dah tak pernah bukak pun.. skang ni aku cuma bukak Facebook jek.. eh sat aku baru tprasan.. aku ada akaun dekat Flixster??? serius aku x perasan langsung bila masa aku bukak akaun Flixster ni.. ehh ada 5 orang kawan dah?? hah?? gilos la hilang ingatan aku nih.. bila masa aku bukak pun tatau..

abih cemana.. orang invite invite pastu aku terklik-klik.. pastu tetiba terdaftar.. gitu la gayanya.. hehehe.. ntah apa2 jek la..

Friday, October 31, 2008

Perasaan aku kacau

alahaii.. pagi2 jumaat lepas ngaji td patutnya aku rasa lebih tenang.. ewahh.. hehe tapi pastu sape suh aku g bukak facebook.. approval dari kawan lama dlu sbbkan aku membrowse page dia dan tgk gambo2 terbaru dia telah sbbkan aku terganggu.. seriussssss...

giler lah.. page2 kawan lain baru aku terbukak gak.. aku jarang bukak facebook sbb dia nyebabkan nanti keje aku lembab.. tapi aku bukak la gak pagi ni sbb op pesan suh tgk.. huarghh memang shocking.. xkenal beb..

manusia mmg berubah.. terus berubah.. whether turn out to be the good one or the other way round.. dia yang aku kenal dlu sgt berbeza dgn apa yg aku nampak.. aahhhh kacau giler.. ahhh tidakkk.. dan page rakan lain plak jugak menunjukkan satu perkembangan yg aku rasa nak pengsan tgk.. why why.. aku rasa kacau..
 

Template by Best Web Hosting