Monday, January 4, 2010

S.Hi.T 2010

yeaaa itu diaa.. kalo keje dipanggil Sasaran Kerja Tahunan maka untuk life ini dipanggil Sasaran Hidup Tahunan.. well aku tapenah rasa la aku ada apa-apa sasaran nak capai secara tahunan.. tapi mesti soalan wajib tanya oleh orang-orang 'apa azam ko untuk tahun baru?' 'haa azam? azam apa? azam abang ipar aku tu aku tau lah' huahaha bodo sey lawak itu..

but then y not.. aku nak berazam tahun ini.. aku nak tetapkan S.Hi.T untuk 2010..

1. Bebas Jerawat

sejak aku dibalighkan aku memang mempunyai hormon yang menyintai jerawat.. never in my life i'm free from jerawat.. oh tidak, pernah pernah.. ada 2 kali aku telah bebas jerawat sepenuhnya iaitu
(1) sepanjang tempoh aku mengandung atau tempoh tidak datang bulan.. yer tiba2 kulit bersih aku kagum ingatkan akan kekal selamanya tetapi oh tidak sebaik sahaja tamat tempoh tadi maka here i come bebeh i will never leave u, kata jerawat itu..
(2) semasa aku kena demam denggi, masa ni aku masuk spital xde ler lama dalam 3 ari sahaja tapi dalam tempoh itu, sebanyak 8 botol air berjaya dimasukkan ke dalam badan aku dan sangat ajaib selepas itu tiba-tiba jerawat sume ilang tetapi hanya mampu bertahan selama lebih kurang 2 minggu sahajork..
so rumusan: sama ada aku kena preggy lagi atau pegi spital ke klinik suh doc masukkan air dalam badan selang beberapa ari.. huahaha.. actually minum je la air masak banyak2 kata orang.. masalahnya berbotol2 aku minum pun takde hasil la.. takpe mungkin blom ckup banyak aku minum.. jangan terlebih minum sampai mati sudah.. kan ada kan kes tuh.. nauzubillah..

2. Turunkan berat badan sebanyak 10kg..

Huahahaha.. hahahaha.. ridiculous.. eh tak boleh negatif kena positif.. tak boleh 10kg, 1 kg pun jaaaadilahh.. hmmm.. *sighhhh*

Cukup dua dolu untuk sasaran hidup tahunan.. kesukaran tahap tinggi tuh..

Bagi sasaran hidup abadi S.Hi.A aku harap aku akan jadik manusia yang lebih bersyukur.. satu sahajork kerana bilan menjadi manusia yang bersyukur maka point dalam situ sudah mencakupi segala-galanya.. mudah-mudahan..
 

Template by Best Web Hosting