Thursday, March 18, 2010

love the skin..

oh bukan my skin.. tp firefox punya skin.. hehe maybe aku dah ketinggalan ketapi sume orang dah naik ketapi sampai penang tp aku tak naik pun lg memandangkan aku ni jenis ignorant tak bape nak peduli apa berlaku sekeliling aku (yea memang burok perangai aku tau) dan jugak jenis malas nak update apa-apa yang perlu diupdate termasuk antivirus utk pc maka slalu la aku ketinggalan.. hehehe..

tapi kan firefox aku telah mengupdate diri dia sendrik maka aku terperasan yang skin dia bleh tukor2.. yeayyyy aku suka.. walopun ada sesetengah skin yang nampak nyemak ala2 sakit mata aku xnampak button mana nak tekan tapi aku tetap suka.. leh variasi skin macam2.. so ari2 aku tukar skin firefox.. ari ni aku pakai totoro.. sangat comel.. yeayyyy sukaa..




dah bape lama ek bleh tukor gini? giler jakun aku nih..

Tuesday, March 16, 2010

the wondergirls dancing boy is haunting me

oiiiii.. scary mehhh.. well bukan la dia datang melayang-layang dengan mata putih takdak mata hitam kepala bulat montel-montel mengganggu tidur.. tapi dengan cara asal aku bukak mata jek aku terbayang-bayang dia joget sambil lagu nobody terngiang-ngiang kat telinga aku.. sangat menakutkan..

asek-asek aku terpandang budak tu gelek-gelek dengan tangan lembut gemalai sangat mengikut rythm pergerakan dia ittewwww.. oh shoooo shooo.. gangguannnn..

Monday, March 15, 2010

sooo gayyyy

iyer iyer tau dah lama berleluasa video nih.. tapi tak tahan aku melihatnyaaa.. mesti kak dia praktis selalu dia teruja lalu follow sama2.. tapi tera seyy.. bagi aku praktis lelama pun aku xleh nak hapal step gini..

Tuesday, March 2, 2010

jurus hikmat elak lecak

aku heran la.. kenapa setiap kali kalo aku tengah drive ker takpun aku jadi penumpang tido ke, asal ari ujan pastu ada lecak tersimbah kat keta aku mesti elak lecak tu.. bukan elak lecak dengan menswerve keta ke kiri atau kanan.. tapi mengelak dengan menswerve badan ke kiri atau kanan dan kadang-kadang lebih dramatik siap tutup muka dengan tangan sambil kejam mata..

tingkap keta bukannya bukak pun takut kebasahan.. sangat spontaneous reaction.. dan sangat siseh (read: burok huduh) keadaannya.. dan bleh juga membawa kepada sangat bahaya.. kadang-kadang dalam keadaan sedar aku akan perasan yang aku bakal disirami lecak sebab dah nampak contoh keta hadapan kena siram limpahan air berlebihan di jalanan yang tak masuk ke longkang oleh keta dari lane sebelah.. so aku cuba dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi saat-saat itu.. aku cuba berlagak tenang dan bukak mata dengan jelas tengok depan.. tapi tak dapat jack.. otomatik aku akan cuba elak lecak itu.. sekurang-kurangnya aku akan terpejam mata.. cis cis..

tapi aku rasa bukan aku sorang kot alami masalah ni, ramai gak orang lain yang mesti mempunyai tindakbalas macamtu.. aku ingat dolu masa naik bas skolah, aku ngan kawan-kawan aku slalu gelakkan pasal isu elak mengelak ni.. bukan setakat elak air lecak sahaja, malah elak ranting-ranting pokok pun selalu jadik bahan gelakan..

ada sekali tu ada budak ni apakenama dia ek Suresh ke Sarmilan, dia dok depan sekali masa tu, waktu dah remang-remang senja Uncle bas tengah anto budak-budak balik umah lalu taman perumahan kecik yang ada pokok-pokok rimbunan tepi jalan, tetiba bas lalu dekat dengan satu pokok ni maka ranting-ranting pokok tu pun dok libas la bas ni, si Suresh ke Sarmilan dengan pantas mengelak.. bukan elak sikit-sikit jek, siap jatuhkan badan lagi.. punyalah drama king cara elakan itu.. aku tengok muka kawan aku dia tengok aku pastu kitorang tengok tingkap bas - tutup - maka kitorang terus ketawa besar-besaran.. haaaaaaa klakooo.. well suka ar pada aku memang klako.. aku leh bayangkan lagi situasi tu.. haaaahhhhh.. adehh penat aku ketawa.. ah sudahlah..

Wednesday, February 24, 2010

sarcastic

dis year will be my fifth year in this opis. dunno how much longer i'll be here sebab rutin kat organisasi ni akan merotate staf. even skang ni bos aku terkini adalah bos baru. ada 3 bos besor kat opis ni. yang paling besor pun baru jugak la. baru masuk sini tahun lepas. bos kedua beso dah agak lama dari aku belum masuk. bos ketiga beso baru masuk jugak tahun lepas. bos ketiga adalah bos yang aku direct report kat dia. sama sbenarnya jawatan dengan bos kedua beso. tp bos kedua tinggi sket gred.

well aku nak cite pasal second big boss. He is one of the most patience boss. Aku rasa aku tapenah nampak dia naik angin ke apa. Dia sangat cool. Sangat bertenang. Tak pernah tinggi suara. Kalo orang buat silap pun dia panggil pun dia cool jek. Even dia ni penah dapat offer from other organisation nak bagi dia jawatan ke tahap boss yang terutama. tapi dia tolak. sebab dia tak kuasa nak pindah randah kot. hehe aku tatau.

second big boss ni pun tak pandai2 sangat nak perli orang ke apa. dia memang relax abih la. tapi kitorang tetap respect dia. tapi semenjak dua menjak ni aku prasan dia pandai dah mula perli orang. tapi dia buat dalam bentuk lawak la. contoh macam silent mode phone dalam meeting.

Aku cukup nyampah orang yang tak reti nak buh silent mode kat phone bila meeting. tak respect majlis langsung. kalo terlupa kita paham la tapi kalo dah 2 3 kali lepastu tepon ko menyanyi2 dengan kuatnya takkan la lupa lagi kot. aku rasa macam nak penampo. even aku pernah gado ngan colleague aku yang tak reti silentkan phone dia. kalo ringing tone ko tu level 1 ke 2 bunyi slow2 manja bleh tahan lagi. ni ko buh level 5 tahap loudest tak ingat. terganggu weh. tapi takpe skang dia dah pandai silentkan tepon dia. lepas gado ngn aku dolu.

So dolu 2nd big boss akan senyap jek dan buat-buat tak dengar jek kalo ada tepon sesiapa menyanyi dengan hebatnya dalam bilik mesyuarat. tapi skang dia dah mula pandai perli2. hehehehe.. bagus bagus. kalo tak diorang ni tak paham2 bahasa. ada bape kali dia mula sebut kalo ada tepon orang bunyik. "hah kita brenti dulu la mesyuarat ni kita dengar lagu-lagu" tapi dia tetap cakap dalam nada lembut berhemah sambil senyum. kemarin aku paling suka apa dia cakap bila tepon sorang mamat ni berbunyi memang kuat giler, lagu genre disco techno gituuuu, sedang mamat ni terkocoh-kocoh nak kuarkan tepon dari poket dia, 2nd big boss dengan spontan cakap, "on jek mikrofon kat depan tu letak tepon kat situ bior lagi kuat" dia cakap sambil ketawa2.. tapi aku dengar memang aku terus ketawa besor sebab tak sangka dia cakap camtu.. so smalam mesyuarat lain bila ada member2 aku yang terbunyik tepon lupa nak silent dengan pantas aku quote balik ayat 2nd bis boss.. mak sukaaaaa..

well ada la lagi bebrapa ayat2 berbunyik sindiran maupun sarcastic yang 2nd big boss mula dah pandai cakap. maybe dia dah letih ngan orang-orang yang tak reti dengan situasi. thumbs up boss!!
 

Template by Best Web Hosting